Wednesday, July 8, 2015

Tak Pernah


Assalamualaikum :)




OST Drama Dia Isteri Luar Biasa...

Tetiba suka dengar lagu drama ni... feating Shukri Yahya dengan Fathia.

Sedap sungguh suara diorang...macam masuk jer :)

Thursday, June 4, 2015

Perihal Berpantang

Assalamualaikum :)

Minggu ni genap 27 minggu kandungan aku.

Lagi 3 minggu cukup 6 bulan. Aduhh berbaki lagi 3 bulan sebelum nak deliver. Takut pulak rasa.. Kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi yang aku ni dah bersalin.. Hahaha..

Kali ni nak sharing sedikit tentang perihal berpantang. Setiap orang mesti ada cara dan kaedah berpantang yang tersendiri kan.. Ecited terlebih pulak rasa, bersalin belum , tapi dah bercerita tentang pantang ye.. Bukan camtu, saja nak sharing benda yang boleh bagi sedikit input even tak banyak kepada reader yang baca blog aku ni.

Seperti kelahiran anak pertama dulu, aku tak berapa tahu sangat nak guna set bersalin mana, yang mana yang ok dan tidak menyusahkan aku kalau berpantang sendiri. Jadi aku pun refer ke akk ipar dan akak-akak sepupu,makcik aku yang lebih pengalaman dari aku. Diorang suggest untuk pakai Nona Roguy. 

So, anak yang sulung aku beli set bersalin Nona Roguy. Tapi aku hanya beli yang mana PERLU sahaja. Sebabnye aku lebih prefer berpantang cara orang dulu-dulu berbanding makan or minum jamu or something yang telah dimodenkan. Pantang dengan mak kan, so aku kena ikut cakap dia la.. Hahaha.. Bagi aku ok jer sebab aku jenis tak tahu apa, so semua aku depends pada mak aku.

Tapi utk kelahiran kali ni, aku masih memilih set bersalin Nona Roguy. Tapi aku beli full set sebabnya harganye sangat-sangat berbaloi. Hanya RM240 sahaja berbanding harga asalnye RM300++. 

Meh nak cerita sikit kenapa aku masih menggunakan set bersalin Nona Roguy nie.

Set Lengkap Nona Roguy

Ok, aku review sikit masa aku pakai di kelahiran pertama dulu. Aku hanya beli Phytonatal, Minyak Herbanika dan Krim Herbanika Barut. Paling suka sekali is minyak herbanika.. Memang berkesan sangat-sangat untuk badan aku. Lepas je mandi, aku akan terus sapu di betis dan tapak kaki and terus pakai stokin. Memang badan tak rasa angin lansung.. Bila nak pakai barut tu, aku sapukan dulu Krim Herbanika Barut. Boleh nampak kesan dia lepas  2minggu kita pakai.. Macam mana aku boleh nampak kesannya, nahhh masa aku memula pakai benkung kan, aku akan selalu ingat panjang mana tali bengkung aku yang terakhir bila ikat. Then aku perasan lepas 2 minggu je aku pakai, lagi panjang tali bengkung terakhir aku tue. Makna kata, perut aku dah semakin mengempis. Bau minyak-minyak ini memang macam herb sikit, tapi bau dia sedap. Aku jenis yang tak suka bau minyak, apatah lagi nak sapu menyapu ni. Tapi minyak nona roguy ni aku boleh pulak go on..

Untuk Phytonatal ni, aku tak habiskan pon sebabnye anak aku kuning agak tinggi, aku stop dulu makan, and aku stop terus buat selama-lamanye.. Hehehehe..

Kali ni yang buat aku masih nak pakai set bersalin ni and terus beli full set, sebabnye masa aku bersalin anak sulung, aku perasan yang leher aku ada kesan hitam-hitam.. Hormon bersalin gamaknye. Ada orang masa mengandung mengalami masalah macam tu kan.. Aku pulak terbalik, lepas bersalin baru nampak kesannya. And aku nampak diri aku sendiri terlalu gemuk.. Ke cermin tu yang jahat.. Hehehe.. 


Meh kita tengok apa kelebihan set bersalin Nona Roguy ni


Minyak Herbanika

 Sapuan Minyak Herbanika ni untuk bersalin normal mahupun pembedahan. Gosokkan minyak herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tenguk dan bahu. Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang secara pembedahan

Untuk bersalin normal: Tuangkan minyak herbanika ke bahagian sulit (biat minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari.

Uncang Cuci Herbanika

Ini khas untuk sesi basuh bahagian sulit untuk bersalin normal. Amik 2 gengam garam dan 2 peket Uncang Cuci Herbanika. Masukkan ke dalam sebekas air suam panas.. Then lakukan cucian serta cebok ke bahagian sulit dan luka jahitan. Kesat kering dan sapukan minyak herbanika ke bahgian luka jahitan.

Untuk yang bersalin secara pembedahan pula, rendamkan 1 peket Uncang cuci herbanika ke dalam sebekas air suam. Cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih.

*Uncang cuci herbanika boleh direbus bersama daun sireh, inai, daun pandan, serai wangi, halia tua, halba dan garam untuk dijadikan "Mandian Herba" ibu bersalin selama 14hari-30hari.

Akar Herbanika

Untuk minuman Antioksidan
Minum 2-4 gelas sehari. rendam 2 peket akar herbanika bersama air panas yang mendidih sehingga kelaur pati herba teh sederhana pekat. Boleh campur  dengan madu sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Phytonatal

Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Boleh diamalkan pada hari ke-4 bersalin. Tapi jika anak ada kuning, tunggu sehingga baby pulih dan sihat dulu then baru start makan.
(Atas pengalamn diri sendiri, makan jamu ni sehingga yakin anak bebas dari jaundice dan siaht sepenuhnya. Makan selepas pantang pon boleh jer)

Krim Herbanika Barut

Krim ni digunakan sebelum kita nak pakai bengkung.. Sapu ke bahgian perut serta pinggang, sapu rata Krim Herbanika di perut, ari-ari,pinggang, pinggul sertas atas peha.. Then pakai la benkung.. Confirm sangat selesa and hasilnye sangat-sangat berkesan.

Herbanika Lulur

Fungsi Herbanika Lulur ini untuk menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan disamping mengelakkan kemasukan angin sejuk.

Ini part yang paling aku suka... Memang aku lulur habis satu badan nanti... hahaha

Masing-masing mesti ada set bersalin yang korang rasa sesuai dengan badan korang kan.. Ini hanya perkongsian peribadi aku jer ye.. Before this aku ada servey set yang lain dan ada jatuh hati dengan set Tanamera. Tapi set tu untuk luaran ajer, macam ala-ala spa.. Agak pricey jugak bagi aku.. Better kita pakai benda yang kita pernah pakai dah kan..


Semoga info ni boleh dijadikan panduan untuk ibu yang bakal melahirkan baby nnt.. Terus aku rasa macam nak luruh jantung.

Ok bye!



Monday, May 18, 2015

Quality Time


Assalamualaikum ;)

Last weekend husband bawak anak teruna i tu mandi kolam di Presint 5. Berzaman dok Putrajaya ni, baru la rasa teringin nak pergi situ.. Sebelum ni just pergi ke lautan buatan tu, tengok sesi photgraphy pengantin baru.. hehehe

Untuk masuk kena bayar RM2.00 untuk dewasa.. Untuk anak teruna tu free.. Ada banyak sesi rupanye kolam renang ni dibuka.. Aku decide pergi petang sebabnye teduh dan tak panas. Untuk sesi petang dibuka dari 5 petang hingga 7 malam.







Seronok tak terkata sampai ibu panggil nak snap gambar pon payah.

Untuk kolam budak ada 2 jenis, yang cetek sekali and dalam sikit.. Untuk anak teruna i yang ketot ni, kena pakai pelampung la, senang sikit dia nak berenang. Boleh lepas gitu jer.

Then ayah dia tak puas hati sebab tak dapat nak mandi sama, ayah bawak anak teruna tue kena kolam yang dalam sikit, tapi still ramai jugak budak yang besar sikit mandi situ... Tapi anak teruna i ni la tak berapa gemar sebab kaki dia tak sampai ke lantai.. Heheh takut la tue..



Lepas habis mandi, ajak dia balik nasib dia ok jer.. siap cakap nanti datang lagi ye bu... Baiklah nak...

Wednesday, May 13, 2015

Agar-agar Santan Version Suka Hati Aku


Assalamualaikum semua :)

Nah, tajuk entry tak boleh blah kan.. kau hado tajuk macam tue... kihkih.. Okla disebabkan aku rajin Jumaat lepas and terkenangkan anak aku suka sangat makan agar-agar, aku gagah buatkan jugak..

Tetiba terus terlintas kat kepala otak ni, buat agar-agar santan laa.. Asyik warna merah je kan...Terus google macam mana nak buat... Internet dihujung jari katakan....

Bahan-Bahan:

1 paket agar-agar
3 cawan air
1 cawan perahan air daun pandan (aku guna pewarna hijau je)
* kalau guna pewarna, tambahkan 3 cawan air ke 4 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan santan dicampur dengan sebijik telur(dipukul bersama-sama)
Secubit garam


Firstly korang masukkan 1 paket agar-agar bersama dengan 3 cawan air... Kacau sehingga agar-agar tu larut. Then masukkan 1 cawan gula. Kacau sehingga sebati, then masukkan 1 cawan perahan air daun pandan.. Nak warna pekat lagi, tambah sedikit pewarna.

Bila semua dah larut, masukkan 1 cawan santan bersama telur tadi.. Perlahan api semasa masukkan santan. Bila nampak macam mendidih, kuatkan api and kacau selama 1 minit.. Kacau sehingga nampak santan tadi berbentel(macam berbiji-biji). Perasakan dengan secubit garam. And teruskan matikan api..

Masukkan dalam loyang. Make sure loyang tu dibasahkan dulu. Confirm nanti jadi punya lah...


Sorry la tak sempat nak snap gambar penuh, sebabnye husband and anak aku tu ngap terus bila keras... Laki aku tanya bila nak buat lagi... hahahha.. sedap la tu kan..

1st time aku buat agar-agar macam ni.. Sebelum ni asyik makan hak orang buat jer.. Memang favorite aku agar-agar nie. Kalau korang xnak ade rasa bau telur tu, masukkan esen vanila sikit pn xper...

Pregnant kali ni memang ak rajin buat ape yang tekak aku rasa nak makan.. Tak tahu kenapa la kali ni Alhamdulillah sangat diberi kesihatan yang baik. Cuma kekadang jer sakit kepala menyerang tu, memang kelepek jela..

Lepas buat agar-agar, terus sakit pinggang...

Selamat Mencuba

Sunday, May 10, 2015

Sambal Ayam Penyet


Assalamualaikum semua :)

Al-kisahnye ahad baru ni pegi makan nasi ayam penyet kat Equin dekat husband cheq tue..
Tetiba sambalnye dia masyaAllah sedap ya amat..Sedang-sedang elok je rasanye... pedas sangat pon tak, manis masam masin semua cukup la..

Dinner malam tu, laki cheq pon mempelawakan diri nak buat sup ayam... Version dia katanye..



Sup Ayam ni lain sikit husband cheq buatkan.. Ayam tu dia goreng dulu light-light cmtu jer.. Then baru tumis bahan-bahan tumis.. Tu yang kuah tu jadi warna kuning, disebabkan minyak ayam yang kita goreng tadi.. Alahai anak aku makan satu mangkuk habis.. Dia kata ayah masak sedap.. Sentap ibu nak oiii..

And aku pulak buatkan sambal nie..

Taraaa...

 Sambal Ayam Penyet

Ayam penyetnye xde ok, sebabnye ak teringin makan sambalnye jer... Hahahaha...

Bahan-Bahan:
Ikan Bilis(2 sudu makan)
Cili Merah
Cili Padi
Tomato
Bawang Besar
Belacan

Korang gorengkan dulu ikan bilis sampai garing.. Then dengan minyak yang sama, gorengkan pulak cili merah, cili padi dan tomato hingga layu. Then, korang masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam blender kering bersama-sama dengan belacan.. Blend kasar-kasar jer, baru sedap.. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, korang gorengkan lagi sekali bahan yang diblend tue... Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.. Minyak tu lebihkan sikit pon xpe baru sedap.

Sedap ya amat.. Laki cheq cakap sedap macam kedai... Hihihihi...

1st trial menjadi jugak.. Lepas ni boleh buat lagi... Buat dengan ayam penyet sekali....



Selamat Mencuba!

Wednesday, May 6, 2015

Preparation for Newborn


Assalamualaikum ;)

Bila kandungan dah lepas 1st trimester, hati berkobar-kobar nak buat persediaan.. Mesti semua parent macam tu kan.. Tak kisah la anak ke berapa pon kan..

Kali nie rasa excited sangat nak prepare semua benda... Tambah bila dah ada anak sulung sorang tue... Dia yang sibuk lebih menolong ibu dia mengemas untuk keperluan adik dia nanti.

So, aku and husband decide nak beli wardrope lain untuk anak-anak kitorang... Sebabnye almari baju Muhammad yang lama dah rosak. Disebabkan bilik aku tu xdela sebesar rumah banglo kan, jadi, aku decide pergi servey kat Ikea.. Planning nak letak semua sekali baju and barang anak-anak aku dalam satu almari jer.. Jimat ruang sikit kan.

Bila dah pergi Ikea tu, bukan kata almari, semua benda yang comel and lain dari yang lain aku nak beli.. Pening kepala laki tu melayan mak buyung nie.. Kahkahkah..

And husband suggest aku beli bekas untuk letak barang yang kecik-kecik.



  Jadi,aku pon beli bekas nie... Berkenan sebab ada rerambut merah kat depan tue... kihkihkih... Sesuai la untuk boy and girl kan... Dua-dua gender masuk utk wrna yang nie..




Diam-Diam Sayang





Bukan semua cinta boleh diungkapkan dengan kata-kata. Diam diam sayang, kadangkala lebih bermakna.

Second Trimester

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah... Kandungan aku dah cecah 24 minggu... Sepanjang 5bulan ni, alhamdulillah baby tak banyak ragam sangat dalam perut ni.. Baik-baik aje dia... Aku perasan jugak, pregnant kali ni aku xde banyak masalah sangat berbanding pregnat kali pertama dulu. Alah pon hanya 1-3 bulan je tapi xde sampai tahap alah yang kronik.. Sehinggakan berat aku naik 2kilo tiap bulan.. Tak giler ko, baru 5 bulan, berat dah 57.7kg... cer bayangkan 9 bulan nanti berape berat aku nak naik kan....

Perubahan yang ketara kali ni, dah tentu2 dari segi fizikal badan aku.. Orang lain sampai tegur katanya, pregnant kali nie nampak besar sangat perut. Masa mengandungkan Muhammad, rupa paras aku yang sekarang dah nak dekat-dekat bersalin... Hahahha nampak tak disitu, penangan selera kali nie... Semua benda yang aku tak suka makan masa anak dara dulu dah jadi terbalik.. Semua benda aku nak makan even aku tak suka n xpernah makan dulu... Baguih jugak kan, rupanya sedap..Haha

Pengalaman pregnant kali nie, aku terpaksa minum air gula awal.. Dah kenapa kan awal,sebabnya berat badan aku naik terlalu mendadak sebelum kandungan mencecah 20minggu. Tiap bulan naik 2kg. Maka dengan itu, nurse di KK Putrajaya ni risau gamaknye kot kan aku kena diabetes, aku terpaksa la minum awal time kandungan aku 21minggu..

No bad la, aku dah pernah minum masa mengandungkan Muhammad dulu, tapi tu pon masa 8bulan tak silap aku... Tapi kali ni lain macam sikit, sebabnye aku terus sakit kepala lepas minum... Lepas minum air gula terus kena jumpa nurse... Ditambah pulak nurse tu dok tekan-tekan perut aku ni sampai rasa macam nak muntah balik air gula tue... Selamat mampu bertahan..

Apa ke halnye nurse tu suruh aku refer doctor. Doctor pon pelik, katanya kandungan semua ok.. Tapi xpela alang-alang dah jumpa dia, kita scan nak dia tanya aku... Hahaha aku apa lagi nak la kan sebab nak tahu gender kandungan aku ni... Macam tau-tau je doctor tu.. Dia tanya aku dah tahu ke jantina anak.. Terus dia pon godek-godek la dengan alat scan.. Lastly doctor bagitahu, saya rasa anak awak ni..............*tetttttt*

Hahhahaha,to be continue,


Belanja satu pic mak buyong ni :)

Tuesday, April 14, 2015

Quality Time wif Family


Assalamualaikum :)

Tiap hujung minggu je fikir nak bawak anak teruna sorang tu pergi mana.. As a parent mesti hujung minggu nak bawak anak jalan-jalan kan..

Last weekend aku and husband habis fikir dah nak keluar g jalan mana, nak pergi mall memang malas dah rasa, buat habis duit jer..

Terus teringat taman botani, bawak Muhammad naik basikal.. Cuaca pon nak hujan2 jer, cepat2 bersiap terus bawak dia pergi taman.. Siap bawak basikal itik dia tue...


Jenuh ngajor macam mana nak kayuh basikal tue.. Lastly ak tolak je dengan payung.. Berguna jugak ak bawak payung sekali pergi taman... Lastly ibu ayah dia yang berpeluh sebab tolak dia... Muhammad relax jer berangin jer kan...

Lepas pergi taman, saja ronda area opis, tengok ramai benor kat Dataran Gemilang tue... Singgah kejap tengok apa yang menarik. Ramai pulak yang bagi anak mandi kolam.. Anak aku apa lagi melompat la nak mandi... too crowded la sayang... lain kali jela ok..

Main belon sabun tu dhla ye..



 Aksi seorang Juara...hahaha






Seronok tak kata dapat main sabun bagai ni... Lepas main, nak balik masuk kereta terus lena...

Big Hero

Assalamualaikum :)

Lamanye tak update kan.. Tiap hari ada je benda nak tulis dalam nie tapi tula xde kesempatan nak buka blog... Minggu lepas dah seminggu pergi kursus... Rasa cergas jer tiap-tiap minggu buat kerja sebab nak bagi cepat-cepat hujung minggu.. Sebab nak rehat and tidur... heheheh

Upload sekeping gambar abang sado

Abg sado main bubble di hujung minggu
 
Terus rasa Abang Muhammad dah macam matang sangat-sangat.. Tembun semacam jer ibu tengok, dah macam ibu jer tembunnye.. hehehe
 
Kemanjaan sekarang membuak-buak.. Semua benda wajib IBU yang kena buatkan... Ayah memang duduk relax jer sekarang.. Tapi bila Ibu tak larat sangat2 memang ibu kerahkan ayah jugak..

Sekarang mulut macam bertih jagung.. Hari-hari akan datang kat perut ibu tanya adik tengah btpa??adik tido tau.. macam la dia tu tau adik btpe je dalam perut ibu ni..

Alhamdulillah boleh harap la jugak sekarang abg muhammad ni.. Minta tolong apa-apa dia boleh buat. Dan sekarang pandai behave la pandai bawak diri sikit-sikit.. Harap-harap ada adik nanti, abg muhammad boleh tolong ibu sikit-sikit...

Agak-agak apa gender adik ni ye??

Jeng...Jeng...Jeng..

Doctor dah scan semalam... ecxited aku tanya doctor semalam, gender apa ye doc??


 
 

Monday, March 23, 2015

RAHSIA




Waktu kau ucap dulu
Kata-kata racunmu
Membuat diri ini
Terus mati

Mengapa pula kini
Kau hadir dalam hidupku
Tidakkah engkau lupa
Kau pernah bunuhku

Tidakkah pernah terlintas di fikiranmu
Waktu kau senang benar untuk melepaskan
Sakit ini hanya aku yang rasa sayu
Kacau bilau meracau sakit hati ini

Yeah....


Kekasihku...
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini

Kekasihku
Kini kulebih bahagia
Tanpa dirimu disisi
Menyakiti, meracuni hati ini

Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku mensyukuri kebahagiaan
Yang kukecap hari ini

Kekasihku
Kini kulebih bahagia
Tanpa dirimu disisi
Menyakiti, meracuni hati ini

Kekasihku...
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini

Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku

Thursday, March 5, 2015

Tiada Duka yang Abadi


Assalamualaikum :) Salam Jumaat


Tiada Duka Yang Abadi Dunia
Andai Terduka dan terluka
Let It go..

Tak perlu dirintih ditangisi dan dikenangi
Sebabnya...

Ada Hikmat yang telah direncanakan oleh Pencipta Kita
Pasti dan Pasti ada hikmahnya yang baik-baik semuanya

Pecaya pada takdir 
Allah Uji kita sekarang sebabnya dia nak kita senang kemudian hari


Thursday, February 26, 2015

Cucu Tokwan


Assalamualaikum :)



Cucu punya pasal, apa pon tokwan sanggup kan... hehehe.. Aku suka lagu nie... nah dengaq lagu loghat kedah ni...tak faham jgn tanya aku na sebab aku pn tak faham sgt...kihkih

Aku tak berapa sempat dengan tokwan a.k.a bapak aku panggil.. Bapak aku lebih ke abang aku lagi.. masa tu aku kecik lagi.. tak tahu pape.. Selalu nenek a.k.a mak aku citer macam mana bapak aku sayangkan abang aku tue..

Sanggup bawak abang aku pergi medan masa kecik... tudia last ajak mak aku balik cepat sebab semput jaga abang aku tak reti dok senyap..kahkahkah.. buas tahap max dah abang aku tu.

Kalau mama aku tidokan abang dalam buai, tapi bukan abang aku yang lena, mama aku yang lena, terus bapak ni bangun ketuk kepala mama aku.. Pedia ni anak tak tido, mama dia yang tido... anak sampai terjun buai la... hahhahha.. Punya sayang kat cucu time tue...

Aku teringat2 jer muka bapak aku... Masa tu aku baru 1tahun kot tak salah... Bapak pergi dulu tinggalkan mak aku.. Disebabkan penyakit leukimia... Rasa rindu pulak kat tokwan ngn nenek kita kan... yela dari kecik dibesarkan sampai la ke besar tua bangka ni, kalau balik kampung, dok suap jugak aku nasi.. aiyakkkk

Tambah kalau aku call tanya khabar, macam2 laa nnt dia tanya teringin nak makan pape ke, sihat ke, anak sihat ker... Nenek aku suka panggil anak aku budak baik.. Patut la anak aku baik jer,doa dari nenek aku gamaknye...

Adik aku selalu update kisah nenek aku kat kampung.. Adik aku cakap hari2 nenek aku nangis sebab teringatkan aku, selalu time solat dia nanti solat nangis2.. Bila tanya kenapa?? dia nnt jawab, Doa kat akk la ni sampai sedeh2... Aiyaaaaa terharu aku...

Mak aku dunia akhirat aku sayang sangat2.. Kalau dia dah takda nanti sebelum aku, tak tahu aku macam mn nanti..

AL-FATIHAH untuk arwah bapak.


Monday, February 16, 2015

Potty Training


Assalamualaikum ;)

16hb Februari 2015 yakni semalam genap umur Muhammad 2 tahun 4 bulan.. Sudah tiba rasanye kena ajar Muhamamd tak pakai pampers.. Memandangkan aku pon dah pregnant dh masuk 2nd trimester.. Kekuatan daya tahan bumi aku dah kembali normal and sihat walafiat berbanding 1st trimester 3 bulan lepas..



Maka dengan itu, ibu rasa macam nak sembang-sembang dengan Muhammad pasal potty training... Sesi pujuk la ibu dengan anak.. Dok cerita dengan dia ni, Muhammad dah besar kan, so kita tak payah pakai pampers nak x?? terus dia jawan, No, Muhammad kena pakai pampers..

Aku pon alamak macam mana ni ye.. Tiba-tiba dia suruh aku potong epal.. Aku pon terus keluar idea.. Haa nak makan epal kena buka pampers dulu.. Terus jawab, Ok Abu..

Then aku pon terus buka pampers then ajak pergi toilet, suruh dia kencing.. Dia kata Muhammad taknak kencing... Ok xpela.. Elok dia main-main dengan kereta api, tup-tup tak sempat ak nak tanya Muhammad nak kencing x?? terus dia nangis, kata abu,bashah.... Melalak la kau sebab seluar dia basah... hahhaha kelakar la Muhammad ni, basah je pong... Terus nangis sendu sedan.

Before tu aku dan angkat semua toto, karpet kat hall tue, kasi dia duduk atas lantai jer... Then terus tukar baju. Haaa ni  mencabar ni, setiap 5-10 minit aku tanya dia nak kencing tak... Kejap cakap nak, kejap cakap xnak... 

Aku ajak jugak pergi tandas, yang tak tahan dia ajak aku cangkung sekali kencing dengan dia... Hahhaha... Mak ni haaa ikutkan jela cakap anak sebab nak train katakan... Memang lansung dia tak kencing... Berlarutan la sampai ke maghrib... Baru sekali Muhammad terkucir dalam seluar... 

Then malam aku pakaikan pampers balik... Huhhhh lenguh pinggang aku sebab asyik mencangkung jer teman dia kat 10kali jugak ulang alik tandas...

Suruh snap gambar dia

 Tengokla kejap, nak kencing pon nak bawak James sekali.. Katanye James pon nak kencing jugak... Ibu ikutkan je..aiii la Muhammad


Udah cangkung kat hall then cakap Muhammad nak kencing lagi abu... Kelam kelibut aku suruh buka seluar masuk tandas cepat...

Lepas jer ayah balik kerja, dok bercerita kat ayah dia yang dia tak pakai pampers tadi.. Kencing dalam tandas... hahhahaha... Paling penting, aku kena selamatkan Spongebob dia dulu sebelum dia terkucir.. Kang basah jenuh aku nak menjawab dengan dia kenapa Spongebob dia basah..

Aku gamble jer ajar dia tanpa pakai bekas potty tue.. beli pon tidak lagi... Hahhaha.. Kalau rasa dia ok jer kencing bawah, nanti2 baru beli utk dia pakai nak berak...

Thursday, February 12, 2015

AL-FATIHAH

Assamualaikum :)

12 Februari 2015
Perginye seorang Pejuang Islam Terhebat
Aku bukanlah jenis yang kuat politik,bukanlah seorang yang berpihak pada mana-mana parti..
Tapi...
Insan Terhebat ni buat aku sedih teramat sangat. Sedih yang rasa seolah ahli keluarga kita yang pergi menghadap Illahi..
Kuatnye aura dia yang Allah hantarkan kepada hati kita semua..

Tribute buat Tuan Guru Nik Aziz.
Rehatlah ayahanda sepuas-puasnya tanpa fikir hal dunia yang tiada kesudahan


Semoga ayanhanda ditempatkan dikalangan para solihin. 

Tenangnye wajahmu dan matang sungguh kau berbicara sebabnye kau yakini TUHAN yang MAHA ESA.

Al-Fatihah

Tuesday, February 3, 2015

Kebaikan dan Keburukan Ipad


Assalamualikum :)

As a parent, pasti akan pantau dulu kan kebaikkan dan keburukkan gadjet yang dok ada sekarang nie kan.. Semua benda ada kebaikan dan keburukan.

Ok dari segi pandangan aku la ye.. Sebabnye aku pon beli ipad untuk anak aku... Sememangnye tak gemar la nk beli benda camni semua untuk dia... Sebab dia pon kecik lagi.. Tapi dia suka sangat main hp aku sampai nak call orang pon payah....

Then aku n husband amik keputusan belikan dia ipad. Then aku hanya install games yang berunsurkan basic learning jer... Then dia pandai buka youtube, aku buka kan cartoon yang jenis education jer...

So far, dekat setahun dah rasanye aku belikan kat dia... Disamping tue, aku jugak ada belikan dia buku-buku education.. Buku yang berunsurkan colouring, numbering, aplhabet and haiwan-haiwan.. Biar la seimbang kan dia main ipad, sekali dapat baca buku jugak.

Kelebihan:

1. Dia cepat bercakap.. Dia akan tiru semua benda yang cerita  Thomas and Friends cakap. Sebagai contoh, "Hello Ben, Wait for me".. "Ok,Fine". Then semua kawan-kawan thomas dia dah boleh hafal namanye... Husband aku pon download dalam ipad,game Thomas yang jenis puzzle.. Dia boleh susun puzzle tu dari yang mudah hingga ke susah... Otak dia boleh berfikir la macam mana nak susun bagi dapat sebuah gambar yang betul. Ok suka part ni.. Sebab dia guna otak dia untuk susun puzzle tu sampai habis... Kalau dia tak tahu, dia nanti panggil aku tolong dia.

2. Dia cepat menghafal. Aku ada belikan buku yang jenis numbering 1-10.. Dalam buku tu, dia kena susun nombor dari 1-10 ikut nombor yang betul.. Sebelum aku beli buku ni, dia dah belaajr melalui ipad...Setiap hari dia akan buka video yang ada unsur numbering... Dari situ aku praktikkan melalui buku.. Sekarang dia dah boleh kenal and sebut nombor 1-10.. Kebetulan pergi makan KFC, ada la pamplet set-set harga KFC.. Husband aku saja test dia, tanya setiap amount harga yang tertera tue.. Alhamdulillah dia kenal and boleh sebut semua nombor tue.. Tapi semua dalam bahasa inggeris dia sebut... Itu yang aku suka tentang ipad ni... Kebetulan anak kita boleh cakap english sikit2.

3. Dia cepat belajar. Dia cepat belajar dari setiap video yang dia tengok.. Contoh video tentang warna, video alif ba ta. Kalau dia tengok warna biru, dia dah tahu tue wrna blue or red... so far, warna dia hanya tahu 2 warna tu jer... And alif ba ta pulak, dia hanya tahu dari alif sampai ta jer... Jadi la kan... kena ajar lagi lepas ni bab-bab islamiah pulak.. 


Keburukan:

1. Dia akan mengigau tengah malam, cakap apa yang dia buat petang tadi dengan ipad dia... Ni kelakar.. Sebabnye dia akan bercakap sebijik apa yang ipad dia cakap.. Hahaha

2. Dia buka je mata terus tanya, "Abu, nak ipad Muhammad". Kalau ko tak bagi nanti dia nangis... 

3.Dia sayang giler kat ipad dia... Jangan ko pandai-pandai nak pinjam, or main mainan dia dalam tue... Nanti dia cakap,"Muhammad punya". Nah ko nak cakap apa time tue...

Itu jer yang aku nampak pada anak aku selepas dia ada ipad ni.. Alhamdulillah, xdela mendatangkan kesan negatif lagi kat anak aku... So far aku tengok, dia tidak 24jam je mengadap ipad dia... Dia macam budak lain jugak, main kereta api, main basikal, main keta dia semua.. Kalau dia rasa dh bosan main mainan dia semua, baru dia amik ipad, baring tepi aku sambil tengok video.. Then dia rasa bosan tgk ipad, dia g main balik mainan dia tu semua...




2nd Pregnancy


 Assalamualaikum :)

Orang cakap kalau pregnant utk kali kedua ni, ecxited dia xdela excited macam anak sulung.. Ye erk? Aku plak takde palak rasa camtu.. Sama je excitednye masa mengandungkan Qhalish.. hehehe. Bezanye aku lagi banyak risau mengandung kali nie.. Sebabnye boleh ke Qhalish terima kehadiran adik dia nanti.. 

Sekarang selalu train panggil dia abang.. Kadang-kadang dia marah... hahaha, xnak dipanggil abang.. Suruh panggil Muhammad jugak.. kalau suruh sayang adik pon, dia xnak, dia nanti cucuk perut aku terus kata, alamak adik terkejut.. Hahhaha nakal!

Kali ni pregnant, alah tu xdela seteruk masa mengandungkan Qhalish... Kerja nak makan jer 24jam... Kalau tak makan baru rasa nak muntah... Mungkin tak boleh biar perut kosong kot, nanti masuk angin... Angin tu plak jahat nanti buat ak rasa nak muntah... Tapi alhamdulillah, masa 1bulan aritu je rasa lemah longlai ala-ala permaisuri nak beradu je kerjanyer... Cuma sekarang asyik nak tido awal jer.. then tengah malam terjaga dah tak boleh tido sampai ke pagi...

Moga-moga aku akan ok la kan sampai 9bulan nanti... Actually takut utk mengandung dan bersalin tu lagi berkuasa segala-galanye dalam diri aku nie ha..Aku ni penakut sikit.. hahhaha.. Kalau beranak tengah malam pon aku takut... aiyakkk... Nak cucuk jarum kat tangan tu pon aku takut... Penakut tahap cicak kobeng dah aku nie... Dengan cicak pon aku takut... Hahahhaa...

Perubahan yang aku nampak sejak pregnant ni, dah tentu2 anak aku tu Qhalish... Dia sekarang kira nak merap dengan aku jer... Semua benda aku yang kena buat, ayah dia jangan pegang2 semua ok.. Hadoiii.... Kalau buat drama menangis bagai tu, aku la kena pujuk dia.. Aku kena buat susu, kena amik ipad, kena amik spongebob semua... Yang lain jangan pandai2 pergi sentuh dia.. mengamuk nanti... Manja nau-nau...

Moga aku diberi kesihatan yang baik-baik je sepanjang pregnancy kali nie... dan diberi kesihatan yang baik jugak untuk adik Qhalish ni haa..



 

Thursday, January 29, 2015

Thursday, January 22, 2015

New Look


Assalamualaikum :)


Taraa

 Sebelum



Selepas

Haaaa kan dah comel ibu tengok...baru nampak dahi ngn kening Muhammad tu kan...

Belajar, Belajar dan Belajar


Assalamualaikum :)

Hye, Jumaat dah kan arini... yeay... hari yang ditunggu-tunggu..esok sabtu.. Maka dengan itu boleh berehat lelama sikit :)

Dah jom Muhammad, cepat buka buku belajar... Ibu kena rajin lebih sikit sekarang, kalau tak asyik melepek atas katil je...Nanti anak pon jadi malas je kan... Sorry ye adik.

So, semalam dia yang suruh ibu amikkan buku. Mayb lama tak membaca kan.. asyik melayan upin ipin, doraemon dengan thomas je.. Lagha sungguh..






IBU



Assalamualaikum Penghulu Segala Hari :)



Mata masuk habuk pula :..(

Tuesday, January 20, 2015

Family Finger


Assalamualaikum :)

Al-kisahnye semalam ibu macam sihat sikit.. Muhammad suruh buka kan Thomas and Friends dekat Ipad.. Ibu pon buka then tinggal la sebab nak solat.. Alih2 tak kasi ibu solat sebab dia nak pakai telekung nak solat sekali..

Huwawawa awak laki nak oiii.. Dah macam jembalang je ibu tengok rupenye.. Jenuh jugakla ibu pujuk cakap Muhammad lelaki, ni telekung untuk perempuan ajer.. Baru la tersedar dari lamunan agaknye anak ibu ni lelaki ropenye... 

Then selesai solat, ibu lepak sebelah dia dok tengok dia asyik je layan Thomas tue... Tupppp keluar la lagu Family Finger... Ibu actually suka lagu nie sebab Hanna hafal lirik lagu ni... Ibu nak ajar Muhammad pasal finger asyik mengamuk je taknak.. Harini dia tergerak hati nak dengar sampai habis.

Nahhhh akhirnye ibu berjaya ajar dia even tak semua kan..


 Dia kalau suka, baru la dia tumpu perhatian nak dengar ibu ajar... Kalau mood kelaut, jangan kau harap Jah dia nak bagi kita rakam muka dia. Nasib la ada Family Finger version Thomas.. ibu dok ajar panggil daddy mommy, dia sibuk dok sebut Thomas bu, Percy bu, tu Gordon bu... Alahai itu je ko ingat nak oii...



Sebenar-benar lagunye macam nie... Hahaha ibu sempat ajar panggilan untuk ibu ayah adik and abang je dalam english..

Lastly, pujian yang selalu ibu cakap akt Muhammad, "Good Boy, Muhammad Pandai". Dengan bangganye dia akan tepuk tangan tanda seronok tahap Dinosour...haha

Monday, January 19, 2015

Misi Bantuan Banjir Belia Bayan Baru

Assalamualaikum

Abang aku memang minat la aktiviti macam nie, lepas misi bantuan Syria 2 tahun lepas dia join, kali nie misi bantuan mangsa banjir pula di Kelantan. 

Malas nak citer panjang, biarla gambar berbicara :)













































Semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental kepada mangsa-mangsa banjir semua.. Allah tak akan duga kita kalau ktia tak mampu menanggungnye. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku.

Snowman


Nak tengok video ni beratus kali sebab comel

Penghibur Hati



Assalamualaikum 

Semenjak dua menjak ni badan xberapa nak sihat sangat. Tambah kalau datang angin muntah yang terover.. Naik lesu and lembik terus rasa. 

Tapi si anak teruna tu tetap nak hiburkan hati ibu even dia tahu ibu tak sihat.. Nampak ibu melepek je mesti datang tanya, ibu sakit erk, ibu demam erk.. 


Cara dia goda ibu nak minta buatkan susu... Nanti dia sayang pipi, dahi, mulut and hidung... Alahai lesu2 ibu terus bangun jugak dukung pergi buat susu kat si manja ni


Nak makan epal, suruh ibu potongkan.. Then amik hati ibu dok cakap epal tu hurmm sedap, manis... 

Terhibur hati ibu even tak sihat pon..

Sunday, January 4, 2015

Family Gathering


Assalamualaikum :)

Hujung minggu yang best sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik. 1st time la kitorang pergi bercuti lengkap semua ada adik beradik.. Bukan senang nak ajak abang sulung aku sorang tu pergi bercuti... Kerja dia tak tentu masa, orang cuti, dia kerja.. Orang tido dia pergi kerja.. Aiyakk.. Disebabkan dia cuti sebulan, maka dengan itu, dapat la berkumpul dengan semua anak beranak cucu cicit nenek moyang semua ada... Complete set! hahaha

Sebab nak bercuti hanya hujung minggu, kitorang decide nak pergi PD aje.. Yang penting, nak amik hotel yang siap ada semua dalam satu bilik. Jadi abah gue telah booking family room di Grand Lexis. Oh yaa, sememangnye pada mulanya memang takde bajet sampai macam tu sekali nak tido kat Grand Lexis.. Bilik paling murah dah dekat Rm500 semalam... tu paling murah hokeyh.. Tapi selepas dibincangkan adik beradik share duit sorang sikit, maka abah pon booked family room with garden pool dengan harga sebilik Rm1000++ semalam... aiyak pengsan aku dengar. Tapi kan tapi... abah booked under my booking.com, maka dengan itu, dapat harga sebilik Rm700++ semalam.. hahaha tetap mahal.

Pandangan dari bilik atas. Aku seronok dok skodeng orang mandi kat public pool tu.. hhaha.. Kita bole la pilih nak bilik yang camne... tapi kebanyakkannye bilik ada private pool sendiri..

  Family room yang kitorang amik.. Not bad, sangat selesa... Siap bentang toto tido kat bawah tu haaa.. hehehe

Ni yang dinanti-nanti ni... Anak aku dengan anak buah sibuk la dk cakap bila nak mandi kolam... tambah2 anak aku sorang tue.. Tak larat nak kepong...

Pintu kat tepi-tepi tu boleh buka.. sangat santai.. ehh boleh dikatakan hotel ni user-friendly sungguh la.. sangat sesuai utk kita yang nak mandi pool, tak perlu pakai tudung. Sebab tu kitorang pilih garden pool sebab dia jauh sikit dari orang.. Kalau yang public tu, orang boleh ushar dari atas.. macam aku dok skodeng tu... hehehehe..

Ni jela gambar yang sempat aku upload.. Yang lain semua ada dalam kamera adik ipar.. Sekarang mood aku malas nak tengok hp lelama.. rasa nak muntah hijau..

So sesape yang nak try pergi, try la selalu buka my booking.com.. Bole ricky harga.. Sebelah Grand Lexis ni, Ada lagi satu Lexis namanye.. rasanye tu macam Apartment kot..  

Lepas je balik dari grand Lexis, abang aku kalut nak g melawat muzium tentera darat.. Hadoiii... Kitorang ni ikutkan jela... Padahal letih sungguh... 

 Anak aku macam biasa tak akan fokus kat kamera... Hahaha...

Udah jom balik, tak larat tahap maximum dah.. 



Belanja satu gambar dengan baby Juma kesayangan  nie.. Sengeh sampai ke telinga