Assalamualikum :)
As a parent, pasti akan pantau dulu kan kebaikkan dan keburukkan gadjet yang dok ada sekarang nie kan.. Semua benda ada kebaikan dan keburukan.
Ok dari segi pandangan aku la ye.. Sebabnye aku pon beli ipad untuk anak aku... Sememangnye tak gemar la nk beli benda camni semua untuk dia... Sebab dia pon kecik lagi.. Tapi dia suka sangat main hp aku sampai nak call orang pon payah....
Then aku n husband amik keputusan belikan dia ipad. Then aku hanya install games yang berunsurkan basic learning jer... Then dia pandai buka youtube, aku buka kan cartoon yang jenis education jer...
So far, dekat setahun dah rasanye aku belikan kat dia... Disamping tue, aku jugak ada belikan dia buku-buku education.. Buku yang berunsurkan colouring, numbering, aplhabet and haiwan-haiwan.. Biar la seimbang kan dia main ipad, sekali dapat baca buku jugak.
Kelebihan:
1. Dia cepat bercakap.. Dia akan tiru semua benda yang cerita Thomas and Friends cakap. Sebagai contoh, "Hello Ben, Wait for me".. "Ok,Fine". Then semua kawan-kawan thomas dia dah boleh hafal namanye... Husband aku pon download dalam ipad,game Thomas yang jenis puzzle.. Dia boleh susun puzzle tu dari yang mudah hingga ke susah... Otak dia boleh berfikir la macam mana nak susun bagi dapat sebuah gambar yang betul. Ok suka part ni.. Sebab dia guna otak dia untuk susun puzzle tu sampai habis... Kalau dia tak tahu, dia nanti panggil aku tolong dia.
2. Dia cepat menghafal. Aku ada belikan buku yang jenis numbering 1-10.. Dalam buku tu, dia kena susun nombor dari 1-10 ikut nombor yang betul.. Sebelum aku beli buku ni, dia dah belaajr melalui ipad...Setiap hari dia akan buka video yang ada unsur numbering... Dari situ aku praktikkan melalui buku.. Sekarang dia dah boleh kenal and sebut nombor 1-10.. Kebetulan pergi makan KFC, ada la pamplet set-set harga KFC.. Husband aku saja test dia, tanya setiap amount harga yang tertera tue.. Alhamdulillah dia kenal and boleh sebut semua nombor tue.. Tapi semua dalam bahasa inggeris dia sebut... Itu yang aku suka tentang ipad ni... Kebetulan anak kita boleh cakap english sikit2.
3. Dia cepat belajar. Dia cepat belajar dari setiap video yang dia tengok.. Contoh video tentang warna, video alif ba ta. Kalau dia tengok warna biru, dia dah tahu tue wrna blue or red... so far, warna dia hanya tahu 2 warna tu jer... And alif ba ta pulak, dia hanya tahu dari alif sampai ta jer... Jadi la kan... kena ajar lagi lepas ni bab-bab islamiah pulak..
Keburukan:
1. Dia akan mengigau tengah malam, cakap apa yang dia buat petang tadi dengan ipad dia... Ni kelakar.. Sebabnye dia akan bercakap sebijik apa yang ipad dia cakap.. Hahaha
2. Dia buka je mata terus tanya, "Abu, nak ipad Muhammad". Kalau ko tak bagi nanti dia nangis...
3.Dia sayang giler kat ipad dia... Jangan ko pandai-pandai nak pinjam, or main mainan dia dalam tue... Nanti dia cakap,"Muhammad punya". Nah ko nak cakap apa time tue...
Itu jer yang aku nampak pada anak aku selepas dia ada ipad ni.. Alhamdulillah, xdela mendatangkan kesan negatif lagi kat anak aku... So far aku tengok, dia tidak 24jam je mengadap ipad dia... Dia macam budak lain jugak, main kereta api, main basikal, main keta dia semua.. Kalau dia rasa dh bosan main mainan dia semua, baru dia amik ipad, baring tepi aku sambil tengok video.. Then dia rasa bosan tgk ipad, dia g main balik mainan dia tu semua...
No comments:
Post a Comment