Wednesday, July 8, 2015

Tak Pernah


Assalamualaikum :)




OST Drama Dia Isteri Luar Biasa...

Tetiba suka dengar lagu drama ni... feating Shukri Yahya dengan Fathia.

Sedap sungguh suara diorang...macam masuk jer :)

Thursday, June 4, 2015

Perihal Berpantang

Assalamualaikum :)

Minggu ni genap 27 minggu kandungan aku.

Lagi 3 minggu cukup 6 bulan. Aduhh berbaki lagi 3 bulan sebelum nak deliver. Takut pulak rasa.. Kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi yang aku ni dah bersalin.. Hahaha..

Kali ni nak sharing sedikit tentang perihal berpantang. Setiap orang mesti ada cara dan kaedah berpantang yang tersendiri kan.. Ecited terlebih pulak rasa, bersalin belum , tapi dah bercerita tentang pantang ye.. Bukan camtu, saja nak sharing benda yang boleh bagi sedikit input even tak banyak kepada reader yang baca blog aku ni.

Seperti kelahiran anak pertama dulu, aku tak berapa tahu sangat nak guna set bersalin mana, yang mana yang ok dan tidak menyusahkan aku kalau berpantang sendiri. Jadi aku pun refer ke akk ipar dan akak-akak sepupu,makcik aku yang lebih pengalaman dari aku. Diorang suggest untuk pakai Nona Roguy. 

So, anak yang sulung aku beli set bersalin Nona Roguy. Tapi aku hanya beli yang mana PERLU sahaja. Sebabnye aku lebih prefer berpantang cara orang dulu-dulu berbanding makan or minum jamu or something yang telah dimodenkan. Pantang dengan mak kan, so aku kena ikut cakap dia la.. Hahaha.. Bagi aku ok jer sebab aku jenis tak tahu apa, so semua aku depends pada mak aku.

Tapi utk kelahiran kali ni, aku masih memilih set bersalin Nona Roguy. Tapi aku beli full set sebabnya harganye sangat-sangat berbaloi. Hanya RM240 sahaja berbanding harga asalnye RM300++. 

Meh nak cerita sikit kenapa aku masih menggunakan set bersalin Nona Roguy nie.

Set Lengkap Nona Roguy

Ok, aku review sikit masa aku pakai di kelahiran pertama dulu. Aku hanya beli Phytonatal, Minyak Herbanika dan Krim Herbanika Barut. Paling suka sekali is minyak herbanika.. Memang berkesan sangat-sangat untuk badan aku. Lepas je mandi, aku akan terus sapu di betis dan tapak kaki and terus pakai stokin. Memang badan tak rasa angin lansung.. Bila nak pakai barut tu, aku sapukan dulu Krim Herbanika Barut. Boleh nampak kesan dia lepas  2minggu kita pakai.. Macam mana aku boleh nampak kesannya, nahhh masa aku memula pakai benkung kan, aku akan selalu ingat panjang mana tali bengkung aku yang terakhir bila ikat. Then aku perasan lepas 2 minggu je aku pakai, lagi panjang tali bengkung terakhir aku tue. Makna kata, perut aku dah semakin mengempis. Bau minyak-minyak ini memang macam herb sikit, tapi bau dia sedap. Aku jenis yang tak suka bau minyak, apatah lagi nak sapu menyapu ni. Tapi minyak nona roguy ni aku boleh pulak go on..

Untuk Phytonatal ni, aku tak habiskan pon sebabnye anak aku kuning agak tinggi, aku stop dulu makan, and aku stop terus buat selama-lamanye.. Hehehehe..

Kali ni yang buat aku masih nak pakai set bersalin ni and terus beli full set, sebabnye masa aku bersalin anak sulung, aku perasan yang leher aku ada kesan hitam-hitam.. Hormon bersalin gamaknye. Ada orang masa mengandung mengalami masalah macam tu kan.. Aku pulak terbalik, lepas bersalin baru nampak kesannya. And aku nampak diri aku sendiri terlalu gemuk.. Ke cermin tu yang jahat.. Hehehe.. 


Meh kita tengok apa kelebihan set bersalin Nona Roguy ni


Minyak Herbanika

 Sapuan Minyak Herbanika ni untuk bersalin normal mahupun pembedahan. Gosokkan minyak herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tenguk dan bahu. Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang secara pembedahan

Untuk bersalin normal: Tuangkan minyak herbanika ke bahagian sulit (biat minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari.

Uncang Cuci Herbanika

Ini khas untuk sesi basuh bahagian sulit untuk bersalin normal. Amik 2 gengam garam dan 2 peket Uncang Cuci Herbanika. Masukkan ke dalam sebekas air suam panas.. Then lakukan cucian serta cebok ke bahagian sulit dan luka jahitan. Kesat kering dan sapukan minyak herbanika ke bahgian luka jahitan.

Untuk yang bersalin secara pembedahan pula, rendamkan 1 peket Uncang cuci herbanika ke dalam sebekas air suam. Cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih.

*Uncang cuci herbanika boleh direbus bersama daun sireh, inai, daun pandan, serai wangi, halia tua, halba dan garam untuk dijadikan "Mandian Herba" ibu bersalin selama 14hari-30hari.

Akar Herbanika

Untuk minuman Antioksidan
Minum 2-4 gelas sehari. rendam 2 peket akar herbanika bersama air panas yang mendidih sehingga kelaur pati herba teh sederhana pekat. Boleh campur  dengan madu sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Phytonatal

Tablet Pembersih Rapi Dalaman

Boleh diamalkan pada hari ke-4 bersalin. Tapi jika anak ada kuning, tunggu sehingga baby pulih dan sihat dulu then baru start makan.
(Atas pengalamn diri sendiri, makan jamu ni sehingga yakin anak bebas dari jaundice dan siaht sepenuhnya. Makan selepas pantang pon boleh jer)

Krim Herbanika Barut

Krim ni digunakan sebelum kita nak pakai bengkung.. Sapu ke bahgian perut serta pinggang, sapu rata Krim Herbanika di perut, ari-ari,pinggang, pinggul sertas atas peha.. Then pakai la benkung.. Confirm sangat selesa and hasilnye sangat-sangat berkesan.

Herbanika Lulur

Fungsi Herbanika Lulur ini untuk menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan disamping mengelakkan kemasukan angin sejuk.

Ini part yang paling aku suka... Memang aku lulur habis satu badan nanti... hahaha

Masing-masing mesti ada set bersalin yang korang rasa sesuai dengan badan korang kan.. Ini hanya perkongsian peribadi aku jer ye.. Before this aku ada servey set yang lain dan ada jatuh hati dengan set Tanamera. Tapi set tu untuk luaran ajer, macam ala-ala spa.. Agak pricey jugak bagi aku.. Better kita pakai benda yang kita pernah pakai dah kan..


Semoga info ni boleh dijadikan panduan untuk ibu yang bakal melahirkan baby nnt.. Terus aku rasa macam nak luruh jantung.

Ok bye!



Monday, May 18, 2015

Quality Time


Assalamualaikum ;)

Last weekend husband bawak anak teruna i tu mandi kolam di Presint 5. Berzaman dok Putrajaya ni, baru la rasa teringin nak pergi situ.. Sebelum ni just pergi ke lautan buatan tu, tengok sesi photgraphy pengantin baru.. hehehe

Untuk masuk kena bayar RM2.00 untuk dewasa.. Untuk anak teruna tu free.. Ada banyak sesi rupanye kolam renang ni dibuka.. Aku decide pergi petang sebabnye teduh dan tak panas. Untuk sesi petang dibuka dari 5 petang hingga 7 malam.







Seronok tak terkata sampai ibu panggil nak snap gambar pon payah.

Untuk kolam budak ada 2 jenis, yang cetek sekali and dalam sikit.. Untuk anak teruna i yang ketot ni, kena pakai pelampung la, senang sikit dia nak berenang. Boleh lepas gitu jer.

Then ayah dia tak puas hati sebab tak dapat nak mandi sama, ayah bawak anak teruna tue kena kolam yang dalam sikit, tapi still ramai jugak budak yang besar sikit mandi situ... Tapi anak teruna i ni la tak berapa gemar sebab kaki dia tak sampai ke lantai.. Heheh takut la tue..

video

video

Lepas habis mandi, ajak dia balik nasib dia ok jer.. siap cakap nanti datang lagi ye bu... Baiklah nak...

Wednesday, May 13, 2015

Agar-agar Santan Version Suka Hati Aku


Assalamualaikum semua :)

Nah, tajuk entry tak boleh blah kan.. kau hado tajuk macam tue... kihkih.. Okla disebabkan aku rajin Jumaat lepas and terkenangkan anak aku suka sangat makan agar-agar, aku gagah buatkan jugak..

Tetiba terus terlintas kat kepala otak ni, buat agar-agar santan laa.. Asyik warna merah je kan...Terus google macam mana nak buat... Internet dihujung jari katakan....

Bahan-Bahan:

1 paket agar-agar
3 cawan air
1 cawan perahan air daun pandan (aku guna pewarna hijau je)
* kalau guna pewarna, tambahkan 3 cawan air ke 4 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan santan dicampur dengan sebijik telur(dipukul bersama-sama)
Secubit garam


Firstly korang masukkan 1 paket agar-agar bersama dengan 3 cawan air... Kacau sehingga agar-agar tu larut. Then masukkan 1 cawan gula. Kacau sehingga sebati, then masukkan 1 cawan perahan air daun pandan.. Nak warna pekat lagi, tambah sedikit pewarna.

Bila semua dah larut, masukkan 1 cawan santan bersama telur tadi.. Perlahan api semasa masukkan santan. Bila nampak macam mendidih, kuatkan api and kacau selama 1 minit.. Kacau sehingga nampak santan tadi berbentel(macam berbiji-biji). Perasakan dengan secubit garam. And teruskan matikan api..

Masukkan dalam loyang. Make sure loyang tu dibasahkan dulu. Confirm nanti jadi punya lah...


Sorry la tak sempat nak snap gambar penuh, sebabnye husband and anak aku tu ngap terus bila keras... Laki aku tanya bila nak buat lagi... hahahha.. sedap la tu kan..

1st time aku buat agar-agar macam ni.. Sebelum ni asyik makan hak orang buat jer.. Memang favorite aku agar-agar nie. Kalau korang xnak ade rasa bau telur tu, masukkan esen vanila sikit pn xper...

Pregnant kali ni memang ak rajin buat ape yang tekak aku rasa nak makan.. Tak tahu kenapa la kali ni Alhamdulillah sangat diberi kesihatan yang baik. Cuma kekadang jer sakit kepala menyerang tu, memang kelepek jela..

Lepas buat agar-agar, terus sakit pinggang...

Selamat Mencuba

Sunday, May 10, 2015

Sambal Ayam Penyet


Assalamualaikum semua :)

Al-kisahnye ahad baru ni pegi makan nasi ayam penyet kat Equin dekat husband cheq tue..
Tetiba sambalnye dia masyaAllah sedap ya amat..Sedang-sedang elok je rasanye... pedas sangat pon tak, manis masam masin semua cukup la..

Dinner malam tu, laki cheq pon mempelawakan diri nak buat sup ayam... Version dia katanye..



Sup Ayam ni lain sikit husband cheq buatkan.. Ayam tu dia goreng dulu light-light cmtu jer.. Then baru tumis bahan-bahan tumis.. Tu yang kuah tu jadi warna kuning, disebabkan minyak ayam yang kita goreng tadi.. Alahai anak aku makan satu mangkuk habis.. Dia kata ayah masak sedap.. Sentap ibu nak oiii..

And aku pulak buatkan sambal nie..

Taraaa...

 Sambal Ayam Penyet

Ayam penyetnye xde ok, sebabnye ak teringin makan sambalnye jer... Hahahaha...

Bahan-Bahan:
Ikan Bilis(2 sudu makan)
Cili Merah
Cili Padi
Tomato
Bawang Besar
Belacan

Korang gorengkan dulu ikan bilis sampai garing.. Then dengan minyak yang sama, gorengkan pulak cili merah, cili padi dan tomato hingga layu. Then, korang masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam blender kering bersama-sama dengan belacan.. Blend kasar-kasar jer, baru sedap.. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, korang gorengkan lagi sekali bahan yang diblend tue... Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.. Minyak tu lebihkan sikit pon xpe baru sedap.

Sedap ya amat.. Laki cheq cakap sedap macam kedai... Hihihihi...

1st trial menjadi jugak.. Lepas ni boleh buat lagi... Buat dengan ayam penyet sekali....



Selamat Mencuba!

Wednesday, May 6, 2015

Preparation for Newborn


Assalamualaikum ;)

Bila kandungan dah lepas 1st trimester, hati berkobar-kobar nak buat persediaan.. Mesti semua parent macam tu kan.. Tak kisah la anak ke berapa pon kan..

Kali nie rasa excited sangat nak prepare semua benda... Tambah bila dah ada anak sulung sorang tue... Dia yang sibuk lebih menolong ibu dia mengemas untuk keperluan adik dia nanti.

So, aku and husband decide nak beli wardrope lain untuk anak-anak kitorang... Sebabnye almari baju Muhammad yang lama dah rosak. Disebabkan bilik aku tu xdela sebesar rumah banglo kan, jadi, aku decide pergi servey kat Ikea.. Planning nak letak semua sekali baju and barang anak-anak aku dalam satu almari jer.. Jimat ruang sikit kan.

Bila dah pergi Ikea tu, bukan kata almari, semua benda yang comel and lain dari yang lain aku nak beli.. Pening kepala laki tu melayan mak buyung nie.. Kahkahkah..

And husband suggest aku beli bekas untuk letak barang yang kecik-kecik.



  Jadi,aku pon beli bekas nie... Berkenan sebab ada rerambut merah kat depan tue... kihkihkih... Sesuai la untuk boy and girl kan... Dua-dua gender masuk utk wrna yang nie..




Diam-Diam Sayang





Bukan semua cinta boleh diungkapkan dengan kata-kata. Diam diam sayang, kadangkala lebih bermakna.