Sunday, January 4, 2015

Family Gathering


Assalamualaikum :)

Hujung minggu yang best sebab dapat berkumpul dengan semua adik beradik. 1st time la kitorang pergi bercuti lengkap semua ada adik beradik.. Bukan senang nak ajak abang sulung aku sorang tu pergi bercuti... Kerja dia tak tentu masa, orang cuti, dia kerja.. Orang tido dia pergi kerja.. Aiyakk.. Disebabkan dia cuti sebulan, maka dengan itu, dapat la berkumpul dengan semua anak beranak cucu cicit nenek moyang semua ada... Complete set! hahaha

Sebab nak bercuti hanya hujung minggu, kitorang decide nak pergi PD aje.. Yang penting, nak amik hotel yang siap ada semua dalam satu bilik. Jadi abah gue telah booking family room di Grand Lexis. Oh yaa, sememangnye pada mulanya memang takde bajet sampai macam tu sekali nak tido kat Grand Lexis.. Bilik paling murah dah dekat Rm500 semalam... tu paling murah hokeyh.. Tapi selepas dibincangkan adik beradik share duit sorang sikit, maka abah pon booked family room with garden pool dengan harga sebilik Rm1000++ semalam... aiyak pengsan aku dengar. Tapi kan tapi... abah booked under my booking.com, maka dengan itu, dapat harga sebilik Rm700++ semalam.. hahaha tetap mahal.

Pandangan dari bilik atas. Aku seronok dok skodeng orang mandi kat public pool tu.. hhaha.. Kita bole la pilih nak bilik yang camne... tapi kebanyakkannye bilik ada private pool sendiri..

  Family room yang kitorang amik.. Not bad, sangat selesa... Siap bentang toto tido kat bawah tu haaa.. hehehe

Ni yang dinanti-nanti ni... Anak aku dengan anak buah sibuk la dk cakap bila nak mandi kolam... tambah2 anak aku sorang tue.. Tak larat nak kepong...

Pintu kat tepi-tepi tu boleh buka.. sangat santai.. ehh boleh dikatakan hotel ni user-friendly sungguh la.. sangat sesuai utk kita yang nak mandi pool, tak perlu pakai tudung. Sebab tu kitorang pilih garden pool sebab dia jauh sikit dari orang.. Kalau yang public tu, orang boleh ushar dari atas.. macam aku dok skodeng tu... hehehehe..

Ni jela gambar yang sempat aku upload.. Yang lain semua ada dalam kamera adik ipar.. Sekarang mood aku malas nak tengok hp lelama.. rasa nak muntah hijau..

So sesape yang nak try pergi, try la selalu buka my booking.com.. Bole ricky harga.. Sebelah Grand Lexis ni, Ada lagi satu Lexis namanye.. rasanye tu macam Apartment kot..  

Lepas je balik dari grand Lexis, abang aku kalut nak g melawat muzium tentera darat.. Hadoiii... Kitorang ni ikutkan jela... Padahal letih sungguh... 

 Anak aku macam biasa tak akan fokus kat kamera... Hahaha...

Udah jom balik, tak larat tahap maximum dah.. 



Belanja satu gambar dengan baby Juma kesayangan  nie.. Sengeh sampai ke telinga




No comments:

Post a Comment