Thursday, December 11, 2014

Boat Noodle and Street Food


Assalamualaikum Jumaat ;)

Pagi yang indah sangat harini

Alkisahnye semalam, Selangor cuti kan, sooooo aku tersangat la happy sebab husband boleh hantar datang kerja.. Hikhik.. Balik kerja pon dijemput.. Haaa lega tak payah bawak kereta kan..

So lepas balik kerja, decide nak pergi makan la sebelum balik. Dok tunggu husband aku decide nak pergi makan punya la lama.. Tanya anak aku nak makan KFC tak, terus jawab "NOOOO". Ok fine sayang. Dia memang semua say noooo jer memanjang...

Then husband aku cakap pergi Cyberjaya sudah.. Tengok apa yang best kat sana.. Aku pon toink, keluar lampu kat atas kepala. Jom pergi satu tempat ni. Ibu selalu pergi makan ikan bakar lalu jalan ni.. Aku pon berseloroh la kan... Sorry aku tak tahu jalan kat situ nama jalan apa.

Lastly, kitorang park kat area restaurant yang namanye Aroi Thai. Yang paling ak teruja, memang aku dak cari kedai makan ni selamani.. Setahu aku ada di Kota Damansara je, dekat Publika..

 Konsep kedai ni; BOAT NOODLE AND STREET FOOD

Di Thailand, diorang ada yang jual food dekat sungai2 diorang naik boat kan.. So diorang amik konsep tu and jual di restaurant..

Yang kelakar nye, aku selalu tgk di instagram pehal semua orang makan bermangkuk2, besar sangat ke perut korang ni haa.. korang ni makan ke melantak erk... 

Dengan penuh keterujaan, aku ngn husband aku oder la 3 mangkuk sahaja... Once again readers, 3mangkuk saja hokey. Husband aku amik Sticky rice with omelette...Aku plak Tomyam Glass Noodle...

Sekali datang kan...
:
:
:
:


 
Hahahha gelak guling2 aku... ciput lagu ni cmne aku nak kenyang.. Dh sedia maklum aku ni banyak makan... Terus aku panggil waiter, tunjuk kat menu, saya nak ini, ini,ini dan ini dan ini dan ini.. Opsss lagi satu ye dik, dan ini....

Akhirnya,
:
:
:
:
:






Nahhhh lega rasa... Baru la kenyang perut eden ni.. 17 Mangkuk kitorang oder.. Puas hati.. Yang penting rasa sangat-sangat sedap

Korang boleh la pergi nanti erk... Haaa terlupa one more thing, setiap mangkuk ni hanya berharga RM1.90 saja.... Berbaloi kan.. Tapi ada yang rasa mahal tu, terpulang pada kemampuan masing2.. Aku ni bab makan tak pernah nak kira-kira.. asal sedap aku balun je...










Tuesday, December 9, 2014

MAC 2015


Assalamualaikum reader's :)

Entry tak boleh blah, nah kauu tahun depan punya post aku tulis... Hahaha.. Idakla,ada harapan menggunung sebenarnye pada tarikh tue.. 

Actually, tadi pergi HUKM, benda wajib and rasmi kena pergi setiap 3bulan.. Bawak si kecik Izz Qhalish pergi checkup asthma dia.. Part paling ak malas sekali bila nak ke HUKM.. Satunye sebab susah nak parking kereta and normal la kena tunggu lama benor angka giliran. Tapi aku selalu je dapat no awal...hahahha

Btw, harini ibu happy sebab Prof.Wong yang check Qhalish.. Dia la leader team untuk anak aku masa dia masuk ICU setahun lepas.. Sangar garang ok. Dia akan hangin satu badan kalau anak buah aka doctor yang bawah dia buat salah or tersalah pandang tentang patient dia.. Tiap kali checkup memang aku menginginkan dia yang check Qhalish.. Dia yang akan selalu decide apa yang terbaik untuk anak aku. Itu yang aku suka sangat tue.

Aku actually dah stop ubat asthma Qhalish 4bulan lepas lagi... hahahha, aku plak jadi doctor sendiri kat rumah... Sebabnye aku tengok dia dan makin ok and sihat.. Mama aku pn nasihat jangan depends sangat pada ubat.. Then aku dah try bagi semua jenis makanan yang budak asthma tak boleh makan, aku dah kasi makan kt Qhalish.. Sedangkan aku ni seorang yang particular sampaikan mama and husband aku pon pening... Tapi macam mn la hati aku bole lembut boleh kasi chance kat Qhalish..

Kitorang cuba semua, bagi dia merasa semua.. And apa keputusannya, Alhamdulillah Qhalish boleh adapt.. Dia lansung tak kena attack asthma.. Ya Allah Syukurnya aku... Allah dengar doa aku selama nie... Nak nangis rasa..

Then tadi checkup, Prof.Wong cakap anak u sekarang semakin sihat, semakin berat, semakin cerdik.. Bulan Mac nanti, datang checkup, kalau still maintain ok, saya stop terus ubat anak u ok.. Ya Allah aku gembira gila... Thanks sangat2 doctor sebab ubatkan anak saya sampai dia sembuh.. Terima Kasih Allah sebab perkenankan doa aku selama nie..

Harapnye, Qhalish sihat sampai besar nanti ye... Nak balik tadi, doctor suruh salam and kiss pipi.. Slumber je tak takut, terus bye2 kat PRof.Wong... 

Good Boy sayang :)

Urban Korean Food


Assalamualaikum ;)

Actually saja nak sharing pasal korea food. Aritu pegi IOI Putrajaya, ternampak restaurant korea.. Memula tue takut jugak nak makan takut tak halal... Tapi aku tengok ramai malay pegi makan situ... Aku pun search la halal ke tidak kan restaurant ni... Yes halal..

Dubu Dubu nama restaurant ni. Pekerja dia semuanya malay. Lagi tak rasa was-was la aku nak makan. Aku bukan la peminat makanan korea.. 1st time aku nak makan makanan ruji diorang ni..

Turun escalator dari carpark, terus nampak restaurant ni.

Bagi aku, makanan dia boleh telan and boleh dihadam dengan baik.. hihih.. sebabnye memang selera aku kot.. Sedap sangat.

 Laki aku pilih spicy chicken korea kot namanye... Ayam dia sangat sedap..


Aku pilih Korean Gogi. Korang boleh pilih nak daging ke ayam. (gambar gegar sebab anak aku tak sabaq nak sambar sup tu haaa)

Berbaloi makan dengan rasa yang sedap dengan harga yang berpatutan bagi aku. 

Aku dah mula ketagih plak dah.. hihihi

Yang penting, anak aku pon dah terjebak suka makan seaweed hokeyh..

 Memula dia macam pelik pa kebenda ayah dia bg ni...

 Dia keroyok2 seaweed tu terus masuk mulut... Tengah layan nikmat

Nahhh sampai tertutup mata... sedap nau nau la tue...


Wednesday, December 3, 2014

ARIRANG


Assalamualaikum everybody :)

Lagi sehari je nak sampai hujung minggu... Bestnyer... Inilah perasaan yang ditunggu hari-hari... Kalau Jumaat tu, berkobar-kobar nak pergi kerja... hahaha

See my title entry, confirm ada yang tersengih, confirm minah ni sudah terjebak dengan korean drama la ni.. Hahah, mana tak nye, kawan2 dok bercerita pasal korean drama kat TV9.. 

One day, aku pon saja la buka, then nahh kau, tiap selasa rabu, make sure pukul 9.30malam, aku yang control remote control. Remote astro rosak pon, aku cepat-cepat suruh laki aku g beli kat Mydin hak cikai2 pon xpe... Gigih sungguh kan.

Slot Chamsarang di TV9, ada drama korea bersiri.. Aku yang jenis susah nak terjebak dengan citer macam ni rupa.. Kalau tak masuk di hati memang aku tak layan. Tapi citer tersangat la best..

FEAST OF THE GODS

Euwwww, pengsan. Ok dah2 bangun

Yang paling penting aku miant sesangat dengar lagu tema cerita nie. Haa, confirm semua nak search dengar selalu kan..kan.. (mengaku jela erk)


Dengar la dari pagi sampai ke petang na... Hahhaha... 

Ok. Cepat buka Air Asia, book flight pegi Korea. 

Ok,Bye!


Sunday, November 30, 2014

Indah Rupa dari Khabar


Assalamualaikum :)

Monday blues harini kita serikan dengan satu perkongsian yang aku rasa dapat membuka mata and hati kita untuk menilai seseorang. Bukan niat untuk  mengaibkan sesiapa, tetapi aku rasa ingin kongsi perihal seseorang nie.

Dia bukanlah selebriti yang terkenal, malah bukan juga seorang pemimpin yg disegani. Tapi cara penyampaian setiap baris  hujah-hujahnya kalah Presiden Amarica.. bukan America.

Yes aku agree yang kita sebagai rakyat ada hak bersuara untuk mempertahankan nasib kita di Bumi Malaysia. Tapi, sekali lagi aku tekankan TAPI, kita harus and wajib ada cara tatasusila untuk menegur dengan cara yang berhemah.

Sudah lama aku perhati hamba Allah ni. Dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang kuat pegangan agama,gamaknye la..(dari segi penampilan serta cara mendidik isteri dan anaknye). Isterinya seorang blogger terkenal. Tak payah diperkenalkan la,semua tahu, IRINE NADIA. Korang boleh baca blog dia, boleh search Fb or IG dia.. Seorang yang kalau lelaki tengok, confirm cair, sebab memang ciri-ciri muslimah yang dititipkan oleh suaminye. 

TAPi,{ again },

Dia seorang yang out spoken tentang kerajaan, seorang yang suka menghina mengkutuk mengkritik Pemimpin Kerajaan dengan kata-kata yang bagi aku tak akan mungkin keluar dari mulut beliau.
( boleh review IG untuk baca setiap post yang diupload).

Sesiapa yang komen and serang pendapat dia, confirm and InsyaAllah uoll akan kena hentam dengan hujah2 and fact yang dia ada. Dari penilaian aku, dia ni banyak membaca and dia ada seribu satu fact and hujah yang dia boleh serang and bash uoll balik.. 

Ok, PENDAPAT AKU: (aku ulang, This is My OPINION);

Aku tak kisah orang yang anti kerajaan ni nak membahas, nak mempertahakan rakyat. Yes, bagus semua tindakan ko tu saudara. Sebab atleast, ada jugak rakyat yang nampak kewibawaan saudara untuk mempertahakan nasib rakyat yang seperti saudara war-warkan kita ditindas oleh Pemimpin Kerajaan.  TAPI, cara saudara menegur, mengkritik tu tak kena lansung.. 

Dia seorang suami kepada seorang yang terkenal(la sangat konon), tapi attitude dia lansung tak bercirikan lansung dengan keterampilan and keagamaan yang ditonjolkan dalam IG or FB. Dia membimbing isteri and anak ke jalan ALLAH SWT, tapi mulut dia tak pon melambang ke arah tu. Dengan kata-kata yang kasar dilemparkan kepada pemimpin and orang komen, bagus ke attitude macam tue. 

Aku tidak sokong mana-mana pihak. Sebabnye, aku taknak tambah dosa dengan menghina mengkritik mengutuk and mengfitnah benda yang aku rasa tak pasti. And cukupla dosa-dos ayang pernah kita buat selama ini ditambah pula dengan dosa kering macam nie. Segala yang dia post, telah menarik ramai orang untuk melakukan dosa seperti dia. 

Dia bersuara dalam ini, ada ke Pemimpin nak baca, cari source yang betul. Pergi ke Kabinet, pergi berjumpa Menteri, and lepaskan apa yang terbuku dihati sebagai seorang rakyat yang hatinya tengah memberontak. Itu cara yang terbaik!. 

Ya memang kita semua terasa akan keperitan sara hidup yang tinggi, keperitan nilai gaji yang rendah. TAPI itu hakikat yang kita semua kena terima and tanggung. Ko jerit-jerit, maki-maki dalam IG semua, benda akan berubah ke?? No ok. Ko lansung tak kritik tak kutuk tak hina pembangkang yang adakalanye melakukan kesilapan. Lansung tak pernah aku terbaca post berkaitan makian cacian berkaitan pembakang. 

Ok sudah hbis berleter. hehe.. Korang boleh nilai macam mana dia nilai kerajaan dia sendiri. Korang boleh nilai macam mana dia berbahasa dengan bangsa dia sendiri.


 Sampaikan ke anak di hasut. Kesian, si kecik yang tak tahu apa2 diajar untuk membenci. Nanti besar tak tahu la macam mana ayah dia nak hasut dia lagi.

 Hashtag shameon PDRM. lepas ni kalau rumah kena masuk pencuri, anak kena culik,isteri kena rogol, jangan pergi report polis ok.

 Cara dia bash orang yang komen post dia

Dia merujuk kepada Perdana Menteri. Ayat kebodohan yang dilemparkan kepada bangsa sendri. Shame on you la saudara. Kalau kaum lain baca, memang confirm diorang akan gelakkan melayu. Nak bersembang, mai turun Penang, selamatkan Penang dari Pembangkang yang diagungkan.


Sedeh aku sedeh tengok bangsa sendiri macam ni rupa. Cerita bab agama memang aku boleh bangun and tabik spring. Tapi kalau nak nilai dari segi bahasa,memang failed. 

Moga, kita semua tak tergolong dari golongan yang sedemikian. Ada cara, ada perkara yang bleh kita settle dengan cara yang berhemah. 

Assalamualaikum :)


Sunday, November 23, 2014

The Climb


Assalamualaikum ;)

Macam biasa la, aku bukan peminat lagu mat or minah salleh. Tapi if lagu tue maksud dia best and boleh bagi kita ketenangan yang melampau, aku layan jer.

Untuk lagi kali nie, aku pilih lagu dari minah salleh, Miley Cyrus.


First time ak dengar, aku dan jatuh cinta.. minah salleh  ni sngat2 comel n suara dia sangat sedap.. 

Jom layan.

I can almost see it.
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying you’ll never reach it.
Every step I’m taking.
Every move I make feels
Lost with no direction.
My faith is shakin.
But I gotta keep tryin.
Gotta keep my head held high.


There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
 
The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.

Just keep pushing on ’cause,
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
 
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.

It’s the climb.
Yeah-yeah-yea
Keep on moving,
Keep climbing,
Keep the faith,

Baby.
It’s all about,
It’s all about the climb.
Keep your faith,
Keep your faith.

Whoa, O Whoa.

FIA FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX


Asslamualaikum :)

Hujung minggu yang happening sangat. Banyak program dekat Putrajaya minggu lepas. Semuanye serentak je berjalan. Naik sesak Putrajaya.

Sabtu lepas, aku dapat tiket free ke,

FIA FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX


Gigihkan juga pergi even dah tahu confirm ramai or panas terik nanti. Rasa bersalah pulak tak pergi dah dapat tiket free kan, kalau tak pergi biar kasi kat orang je kan.. Rezeki di hari Jumaat, ada hamba ALLAH yang baik hati call tanya nak x tiket free.. Apa lagi kan.. Rezeki jangan ditolak.. heheh.. thanks sista, confirm u baca kan blog i ni.. thanks tau :)

Pukul 11pagi cmtu kitorang dah gerak pergi, kekonon tak nak kena panas la kononnye.. 
Nasib i bawak payung.. kalau tak sunburn la muka putih gebu i ni.. hahaha... Untuk Qhalish, pakaikan baju yang nipis sudah.. 


 Kitorang masuk gate 4, dekat dengan masjid besi. Untuk cross ke gate 2, kena naik jejantas.. Terpaksa la ibu gendong anak beruang ibu ni.. kus semangat, tangga dia tinggi ok.


 Tak salah sini untuk VIP kot. Nasib bawak payung, sampai2 terus beli air. Anak ibu yang lebih minum, padahal bukan berjalan pon.. haha


 Seronok tak kira tengok helikopter berlegar-legar. Berangin sikit bila hely lalu.. ehehe


Kesian dia ye, terpaksa ikut ibu ayah semata-mata nak tengok keta racing..


Kitorang sampai awal, so game pukul 2petang baru start. Ayah decide nak stay sampai game mula.. rugi katanye dah sampai, alang-alang tunggu jela.. Sementara tunggu tu kitorang layan aiskrim dulu, sembang dengan aunty cina yang datang dr Cheras. 


Sementara menunggu race nak mula, layan diorang naik motosikal ni dulu. Main lompat2 atas tue, hebat sungguh, nasib tak jatuh tergolek.

Sharp pukul 2 petang, kitorang gerak stay dekat Gate 2. Seronok tak terkata la Qhalish dapat tengok keta yang laju kemain depan dia. Sampai ternganga la mulut.. Dalam 2.30ptg, ayah ajak balik la sebab dah panas sangat. Kitorang punya cari jalan keluar tak jumpa2, lastly kitorang tengok race sampai habis, and setiap position track kitorang berhenti tengok.. Hahah puas hati ko. Berbaloi masuk dengan harga RM50. Tak kisah la tak dapat duduk dekat grandstand ke vvip semua tue, kena panas jugak. Tengok dekat position tu jer pon..

Pengalaman yang memang best. Tak pernah aku nak pergi Grandprix bagai tu pon, dapat pergi yang ni pon best sangat-sangat.

Belanje gambar racer sekeping. Smart kereta dia.. Semua racer naik model kereta yang sama. 

Meh layan video yang sempat aku snap