Monday, December 30, 2013

PART 7: ZIKIR TERAPI DIRI




Hasbi Robbi- Syamil feat Madrasah Aljunied Angklung



Bermula Episod Baru

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, harini 31 Disember 2013,selesai sudah kisah perjalanan hidup sebagai manusia yang kerdil di mukabumi ini selama 26 tahun.. Hari terakhir di dalam kalendar 2013 banyak menyimpan memori indah serta pahit. Banyak perkara yang jadi semuanya telah tertulis di dalam Lauh Mahfus..

Dijadikan seorang yang matang, kuat serta tabah menerima semua dugaan yang datang sepanjang tahun nie.. Allah SWT hadiahkan semangat yang baru utk saya sepanjang tahun nie even banyak perkara yang Dia hadirkan untuk dilalui serta ditempuhi..

Bermulalah episod kisah baru pada 1 Januari 2014.. Helaian mukasurat pertama bernula la esok..diharapkan dikurniakan kekuatan yang menggunung untuk menempuh setiap dugaan serta ujianNYA,diharapkan diberi sinar baru dalam meniti kisah hidup pada tahun yang baru..

Banyak azam dan perkara baru yang nak buat tahun baru nie.. Mengharap Allah SWT memberi kekautan untuk istiqomahkan diri ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah :)


InsyaAllah, semua orang mengimpikan Syurga Firdausi di sana kelak.

Mudah-mudahan Allah SWT perkenankan semua niat baik kita pada tahun yang baru nie kan...Moga kita semua diberi kesihatan yang baik selalu,diberi rezeki yang melimpah-ruah pada tahun nie.Moga Allah SWT buka tiap-tiap pintu rezeki untuk kita,diberi kekekuatan untuk kita istiqomah ke jalan yang benar...InsyaAllah..InsyaAllah..



Sunday, December 29, 2013

PART 6:ZIKIR TERAPI DIRI



SOLAWATU- USTAZ ABDULLAH FAHMI




Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah

Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah

Berselawat
Berselawatlah ke atas Muhammad

Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah

Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah
Berselawatlah

Berselawat
Berselawatlah ke atas Muhammad

PART 5:ZIKIR TERAPI DIRI




MUNAJAT SUFI-USTAZ ABDULLAH FAHMI



Congratulation My Sweetie Pie Bestie


Tahniah Mamaz..

Akhirnya bertemu jodoh jugak mamaz dengan lelaki idaman kalbu,Am namanye...wahhh dah seiras tengok muka korang dua.. Alhamdulillah tanggal 28 Disember,mamaz ssah bergelar isteri..Akk sekeluarga mendoakan mamaz bahagia sentiasa dengan pilihan hati,kekal hingga ke syurga kelak.. Akk ada geng la kt sini lepas nie ye..hikhikhik..


Wednesday, December 25, 2013

Gas Vs Chicken rice

Salam Everyone :)

Whoooo liatnye nak datang keje harini.. cuti sehari pon nikmatnya macam rasa cuti setahun..haha nampak sangat cakap dusta..kihkih.. Actually semalam hari yang sangat penat even cuti..Macam biasa la,anak teruna tue time hari ibu ayah cuti hari tue la dia bangun awal..pukul 8pagi dah terbeliak biji mata dah..tampar2 muka kita suruh bangun...haha..

Misi mencari gas akhirnya berjaya jugak..tue pon sebab menunggu gas datang rumah satu hari satu malam...sadiss betui...time gini jugakla gas nk habis..tula tak sediakan payung sebelum hujan...tak tahu la kenapa pakcik gas nie tak datang2 hantar..dah naik give up rasa nak call banyak kali.. Then semalam la usaha gigih mencari gas..Akhirnya jumpa jugakla..nasib murah jer..

Niat taknak masak terbantut la sebabnye dah dekat jam 12 tengahri kot.lapar keroncong la perut semua orang...Balik rumah terus masak nasi ayam versi terpantas di dunia..hahah..

 Bahan-bahan utk Nasi:
Bawang Merah-ikut suka masing2 nak guna bape ulas
Halia- dalam suku inci(buat2 fahamla suku inci cmne)
Mentega-setengah sudu besar
Stok ayam- ikut sukatan untuk berapa port beras

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan halia dengan mentega dalam periuk nasi
2. Masukkan beras yang sduah dibasuh
3 .Kacau sebentar,terus masukkan stok ayam  
4. Masukkan secubit serbuk kunyit
4. Tutup api,masukkan ke dalam rice cooker


 Standard sayur-syuran yang selalu guna untuk nasi ayam la ok :)

Bahan-Bahan:

2/3 ulas bawang putih-ditumbuh
1 sudu besar madu
Kicap-sebanyak mana yang dikira perlu
Secubit garam
Secubit gula

(ayam direbus dulu bersama-sama stok ayam)

Gaul kesemua bahan tadi then goreng jela..goreng lagi sedap dari bakar...hehe...

Ok,bahan-bahan tuntuk sup ayam,sambal serta sos kicap ye :

Bahan-bahan utk sup:

Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Halia-dihiris
Carrot
Kentang
Brokoli(xnak letak pon xpe)
Bunga cengkih dan kulit kayu manis

Cara-Cara:
1. Tumis bawang merah ,bawang putih serta halia.. then campak je sayur2 tadi,kacau sebentar baru  masukkan air.. Saya suka tumis dulu kejap sayur tue,rasa dia lagi sedap agaknye..hehe.. then masukkan la ayam.. Jadi la stok ayam...simple je kan

Bahan-bahan untuk sambal dan sos kicap:

Sambal
cili merah
bawang putih
sesudu cuka(saya guna cuka kurma)

Cara-cara:
Blendkan cili dan bawang putih sekali.. bila dah lumat,didihkan atas api yang perlahan.. masukkan air sikit serta cuka.. perasakan dengan garam dan gula..then siap..

Sos kicap

*sos kicap nie ambik je dari perapan ayam kita tadi..masakkan atas api yang perlahan.. perasakan dengan gula sedikit..kalau nak pekat masukkan tepung jagung sedikit.. then siap la..

Yeay,mudah kan nak siapkan..pejam mata pon boleh...haha...

Lepas makan nasi,disorong pulak dengan buahan-buahan sebagai pencuci mulut sodap jugak kan..haha..

Jambu batu dengan serbuk kulit limau..letak dalam peti bagi sejuk,perhhh terangkat makan sambul layan tv...hehe

Selamat Mencuba!!

Monday, December 23, 2013

Dilema


Hati rasa nak let go yang lama dan cari yang baru..nak cari yang lagi comfortable,kecil,ringan dan mudah dibawa kemana-mana.. Senang la ibu nak usung ke hulu ke hilir, nak sumbat masuk dalam kereta kiut ibu tue... yg penting yang senang ibu nak handle..

Mesti terpinga-pinga apa kebenda la ibu Muhammad ni nak sebenarnye..hahaa

Ok,hati rasa nak let go yang lama adalah....



taraaa...stroller jenama sc6 sekali ngn pakej carseat sc7..ibu memang nk letgo lama dah tapi disebabkan masik memerlukan bila ke mana-mana,terbantut la kejap nait murni ibu nie.. Sebab-sebab ibu nak letgo.. 1st tayar dia besar,tapi kete ibu muat je kalau sumbat pon...tapi barang lain dah xbole masuk..haha..2nd ibu xreti lansung nak pasang bila nak simpan or pakai..biar beribu kali ayah ajar pon..sebabnye kena cabut seat dulu baru lipat handle dia..part tang lipat tu ibu fail terus...bebai terus kalau buat asyik tak boleh je..berpeluh2 eden.. 3rd ialah carseat tue memang Muhammad xnak duduk dah pon..dari nk simpan untuk adik dia ntah bila nye nak lihat dunia,better ibu let go dulu kan...semak dah rumah xtahu nak simpan mana...hahaha...so sape2 yang berkenan rojer ibu ye,harga terbaik ibu kasi untuk the whole set stroller nie...barang still lagi elok 70%..Alhamdulillah ibu jenis jaga barang elok punya,dun worry :)

Akhirnya lepas proses survey merata tempat,tanya org itu ini sume...Adik ibu search satu page nie terjumpa pulak stroller yang sangat2 awesome..sangat user friendly bg ibu la..then kebetulan pulak kawan ibu dah beli..lagi la hati ibu membuak2 nak membeli..

Pilihan hati kalbu ibu ikut bajet:
Quinny Zapp Extra..harga bila survey dalam RM900++..ok boleh tahan harganye ibu oiii...


Yang buat ibu berkenan sebab roda dia kecik,then bole lipat terus tanpa kuarkan seat..senang nak bawak naik flight..comment2 yang ibu baca ramai cakap ok...

Tapi..tapi..nanti dulu..ada lagi design yang lagi ibu berkenan dihati..yang betul2 ada kriteria yang ibu suka...hahhaa...nediaaa habaq kat hang


chomel kecik molek je :)

part nie yang ibu berkenan dihati,naik flight bole letak atas cabin..senang kan


 sebelum dan selepas..kecik dan ringan




 harga pon padan la dengan barangnye kan...harga dipasaran Rm1299..meleleh air liur ibu...hahaha..
ok akan dipikirin..

Tips Mendidik Anak

Ramai yg mohon tip kaedah didik anak yg nakal dari Dato Dr.Fazilah Kamsah..Antara tips2 dari beliau.

 Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL
Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:

 1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa. 

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!! 

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh. 

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 1 1/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman! 

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

 6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar. 

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. 

 8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah. 

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat. 

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

 11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi. 

12. Pastikan rezeki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal. 

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak. 

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha. 

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

 17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT. 

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang. 

19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat! 

20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU! 

21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

 Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSAHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua.

PART 1:Bandung,Jakarta

Assalamualaikum :)

Bila tengok orang semua pakat bercuti hujung-hujung tahun nie,alahai bestnya rasa.. Kan best kalau dapat bercuti pergi holiday maner2 kan..Tapi terbantut kejap sebab cuti dah boooliauu...hahaha..stay je kt office dan sekitar Putrajaya..kihkih..

Ok,saja nak throwback kembali kisah honeymoon 2 tahun lepas.. Kisah holiday di Bandung, Jakarta.. Bila sebut je Bandung, semua orang macam naik hantu ye sebab dapat shopping macam-macam sampai xingat dunia lansung.. Biasa la kan lumrah manusia.. Tapi..tapi bukan untuk saya rasanya naik hantu and naik gila pergi Bandung.. For me, indah saja rupanya dari mulut-mulut temamku tapi buruk benar keadaanya seh...

Nama je honeymoon tapi perginye 6 orang..kahkah...Memulanya adik and mamaz je planning nak pergi Bandung,diorang siap dh beli tiket Airasia ok,murah giler.. tup-tup,abah tak kasi diorang pergi berdua je,yela risaula kan nak pergi indon berdua jer..takut pape jadi nanti... Lastly,mama abh n kitorang ikut sekali diorang pergi..kihkih..Kitorang tak sempat nak grab tiket murah Airasia tue,terpaksala booked Mas Airline, turun di Jakarta dulu..Then baru naik kereta pergi ke Bandung.. Agak jauh jugak ok,umpama dari KL ke Penang jauhnye.. So,kitorang sampai tengah malam di Jakarta,then bertolak pula ke Bandung,pagi-pagi buta jugakla sampai sana...penat seyh...

Malangya,saya terlupa nama hotel yang kitorang check-in tue...kihkih...Tapi sangat-sangat cantik dan selesa hotel tue..hotel terletak dalam celah-celah taman perumahan..see hebat kan indon,mana nak perasan hotel ke rumah cenggitu..aisehhh..Siap dengar azan subuh lagi...

Cuaca kat sana sangat best,24jam saya sarung sweater jer..panas pon rasa sejuk,sejuk pon rasa sejuk..camner tue??hehe.. tapi bestla cuaca diorang xpanas sangat dan selesa la nak berjalan-jalan.. Awal-awal subuh dah kena keluar kalau nak pergi berjalan for whole day..sebabnye nanti jalan sesak macam tin sardin ok..Sangat-sangat sesak..naik remas tengok. Stress pon ade jugak,sebabnya diorang asyik hon...hon..hon...bengit cuping telinga gue lorrr...

Nahhh kau sanggup tak nak ngadap cam nie hari-hari...tera balik keje terlambat sikit pon dah bising sorang-sorang dalam keta...

Diorang lagi banyak guna motosikal sebagai pengangkutan diorang..Maybe senang nk ke sana sini kot kan...Walaupun sesak macam nie,takde la pulak nampak mulut diorang kecoh bila sesak camnie,yang cuma bising hon diorang jer...

Selamat bersarapan sumer,driver kitorang dah tunggu,nama dia Boyan...Hensem ok,macam Aaron Aziz..sumpah tak tipu...serius hensem..haha..Baik sangat,jenis sporting and ikut je cakap bapak aku tue..haha.. dan dia selalu datang Kuala Lumpur Pak..Best bangat di sana...haha

Hari 1st tiba di Bandung,apa lagi shopping laa...nak tengok sikit apa yang orang dok sembang kencang kata Bandung nie best sangat,barang murah la,handbeg cantik la,barang kulit bagus la...hahaha...ok,seriously berbekalkan RM500.00 Malaysia ok,bila convert ke rupiah tu lagi banyak la kan, kita tengok apa yang kitorang dapat beli...Tempat pertama yang dituju, Rumah Mode..





Rumah Mode nie bagi saya okla,best la jugak..barang-barang dia up to date la..trendy dan harga sama je macam Malaysia bila kita convert harga dia.. So xde ape la yang lainnye kan..fesyen dia jela lain sikit..kalau nak beli yang branded okla datang sini sebab berjenis sikit la.. Mungkin saya nie cerewet tapi mungkin fesyen baju dia xberkenan dihati..Bagi orang lain mungkin ok kot kan.. Memang highly recommended la untuk sapa-sape nak datang shopping sini..Lepas shopping boleh duduk makan kat restaurant dia..Sedap sebabnye western..kihkhi...tapi..tapi kena tegok tempat jugak ok nak makan..Boyan cakap sini sume halal dan boleh makan.. Makanan dia ala-ala Secret Recipe.. So anak tekak boleh la telan...Harga pon agak mahal..
 
 Makanan favourite sepanjang stay kat Bandung...nie je yang lalu makan..

Lepas ke sini,kitorang pergi ronda-ronda rumah-rumah shopping yang lain..hehe..Bila dilihat kan,kat sana tempat shopping sume jenis rumah-rumah..xdela shopping mall macam kita kat sini..Mungkin terhad kot tempat dia sebba penduduk diorang kan ramai ya ampun.. Antara rumah shopping yang lain macam The Secret,Grande,Donatello,Heritage..





Sorryla gambar sendiri xde lansung dalam simpanan sendiri..semuanya dalam kamera di kampung...hahah..bila nk tulis blog baru teringat kat gambar-gambar...haha...xpe,ku sajikan korang gambar dari mr.google ok..

Untuk 2nd day plak,kitorang pergi Tangkuban Perahu..Al-Kisahnye tempat nie dari kisah rakyat Indonesia kot rasanye...Jalan nak Tangkuban Perahu nie bengkak-bengkok jugakla..dan jauh pulak.. Cuaca pulak sejuk..Sepanjang perjalanan ke sini,korang boleh tengok bendang yang sangat cantik,kebun-kebun sayur yang cantik menghijau,ladang strawberi..ala-ala cameron dah tengok...Bunga-bunga nie jangan cakap la,memang cantik2..mungkin cuaca sejuk kan,tumbesaran bunga-bunga nie pon elok je tumbuh..



Ada tiga kawah terkenal di kawasan Tangkuban Perahu yang menarik untuk di kunjungi, iaitu:
Kawah Ratu: Merupakan Kawah terbesar yang terdapat di kawasan Tangkuban Perahu, terdapat area parking khusus bus sebelum sampai di Kawah Ratu. Perjalanan diteruskan dengan menggunakan ELF jika datang dengan menggunakan bus. Kawah Ratu,kita boleh tengok dari atas dengan pembatas pagar di tepi-tepi kawahnya. Tanah di sekitar kawah umumnya berwarna putih dengan batu-batu belerang yang berwarna kuning, tapi kita boleh tengok secara menyeluruh Kawah Ratu jika kita daki ke tempat yg lagi tinggi. Di kawasan ini juga terdapat toko-toko yang menawarkan berbagai souvenir dan aksesorri, ada pula warung kecil yang menyajikan makanan dan minuman hangat seperti bandrek.Makanan yang saya lalu macam goreng pisang jer..haha tu pon tak rasa macam goreng pisang pon..then beli jagung bakar...makan panas-panas memamng menyelerakan.. kena Pandai tawar ok barang-barang dekat sini..Toko-toko yang jual barang tue akan ikut kita sepanjang perjalanan kita kat sini.. So pandai-pandai la korang..jangan kena tipu ok abang2 adik2..

Lepas turun dari sini,terus terjah Kampung Daun..Restaurant yang sangat2 cantik permandangannyer..rasanye tak makan pon xpe ehhh mas jowo..kenyang terus..Dengan bunyi kicauan burung2,dengan bunyi derusan air terjun..perhhhh best giler... Korang boleh pilih nak makan dekat area maner..di pejalan kaki ke,di atas bukit ke,tepi bukit ke..dalam khemah ke,di pelantar ker...aishhh banyak ehhh pilihan ok.. Memula sampai sini rasa macam pelik..Boyan nie bawak mai  makan dekat tempat bunian maner pulak nie..hutan jer nampak sume..dekat pokok-pokok rembang sumer..masuk je entrance dia alahai mak kau..cantik sungguh ehh..dan makanan dia boleh tahan dan sedap jugakla..ala-ala makanan padang gitu..so bukan selera tekak aku ler..haha..tapi telan jugakla dah lapor...

 es lidah buaya...sedap sampai hirup lincin terus..


 Ade jugak pilihan gerai-gerai sepanjang jalan menuju ke atas bukit lagi.







Cantik kan view dia..rasa nak stay je kat sini sampai malam...hahaha.. Lepas makan,jalan-jalan kejap sekitar kampung nie,then terus balik ke Bandung..lepak-lepak dekat town pulak..

Kita sambung next entry nanti ye :)



Sunday, December 22, 2013

My 1st Experience

Salam & Good Morning Everyone ;)

Kisah anak teruna sorang nie..kelakar bila dipikirkan balik...hikhikhik...niat ibu n ayah murni nak,kekonon nak introducekan Muhammad dengan pantai and pasir...nak kasi hati si anak nie gumbira la katakan..happy2 suka2 tengok pantai sambil duduk bawah pokok kelapa yang rendang..haha..

Ibu pulak terikut-ikut tips dari Dr.Sherine,bawak anak bermain dengan pasir and intoduce kan anak-anak dengan persekitaran di sekeliling kita...Akan tetapi hajat ibu xkesampaian dik,si teruna ibu nie alahai buat-buat mahal pulak buntut ngn tapak kaki dia tue...kihkih...maybe baru 1st time jejak pasir kot kan..dia rasa geli dan nangis2 minta didukung.. then ayah pujuk lagi bawak g main air,seronok la kejap then nangis balik sebab geli kot...hahaha...

Dia usaha datang bertenggek kt paha ibu sebab nak duduk atas riba ibu...ajak main castle2 pon xnak..Kebetulan pulak semalam,pergi lunch rumah Kak Dilla,so petang tue kitorang turun sama-sama pergi pantai dekat Pullman...Abg Mikhail relax je main..mungkin dia dah besar and kebetulan Mikhail memang gemar main air...hehehe

Reaksi-reaksi anak ibu dan abg Mikhail di tepi Pantai

 Hehe ibu gelak guling-guling time Muhammad nangis cam nie...


 Abg Mikhail posing sakan auntie snap gambar dia..suka sangat main air budak kecik nie :)



 time nie mood boleh control lagi...


 Sudah,muka cuak dah..padahal bukan ade binatang ganas pon nak gigit Muhammad..haha

 Nangis lagi..dan lagi..dan lagi..

 Sedihnye nak...hehe

 Mengamuk terus sebab ayah paksa jugak berdiri..hahaha

Dukungla Muhammad,ayah...hahaha

Tuesday, December 17, 2013

Langkah Pertama My Little Dibo :)

Cukup anak ibu,Muhammad Izz Qhalish 12bulan,dia dah pandai berdiri sendiri tanpa dia sedar pon yang dia tengah berdiri..time tue Muhammad stay dengan tokmama kat Penang.. Tokmama dah kecok-kecoh yang Muhammad dah pnadai berdiri lama sangat kalau time leka bermain.. Then terus la ibu buat facetime dengan Tok Abah,rezeki kot time tue Muhammad terus berdiri nak tunjuk kat ibu...hehehe

Start masa tue,dia dah berjinak-jinak nak berjalan,ibu saja sarungkan kasut kt dia,pimpin tangan dia selalu bila keluar jenjalan.. Dalam rumah pon ibu train Muhammad pegang tangan ibu  kalau nak pergi mandi ke,basuh buntut ke,pergi dapur or masuk bilik tidur..

Lagi 2 hari Muhammad nak genap 1 tahun 1 bulan,14hb Disember, terkejut ibu tengok Muhammad berjalan dari dapur ke ruang tamu sambil pegang tupperware ibu...hahaha terkejut time tue..ingat dia lupa ke ape sebab laju je jalan.. Lepas pada tue,dia berjalan sampai terlupa nak merangkak terus..kalau ajtuh pon,dia kan bangun sendiri then jalan balik..hikhikhi... gembiranye ibu tengok.. tak terkata la gembiranya...terus call Tok mama dan baut facetime tunjuk yang Muhammad dah boleh berjalan...yeay...

Actually ibu tak kisah pon bila Muhammad boleh berjalan.. Ibu cuma harap kesihatan anak ibu nie sentiasa baik dan sihat selalu.. Dan ibu tak jangka ibu anak ibu sorang nie nak jalan bila pon kan..Even bagi budak yang umur 1 tahun nie,agak lambat la untuk dia berjalan sedangkan ada budak yang 10bulan dah boleh jalan dah... Tak sia-sia ibu train anak ibu nie ye tiap hari.. lepas nie ibu ajar cakap pulak ye :)
 



Nangis plak dia sebab tinggalkan suruh jalan kt laman putra..takut kot sebab ramai bebudak tengah naik basikal.


video yang keberapa pon xingat dah ibu pon... :)

The Most Best "PARODI"

Assalamualaikum :)

Pada abad dan zaman teknologi sekarang,ramai remaja yang anggap teknologi sekarang perlu dikejor..kalau kita search di Youtube,macam-macam video parodi yang diupload.. video yang kadang-kala yang memalukan diri sendiri.. Alahai adik oiii,perlu ke sume tue.. Kalau tak kejor teknologi tue rasa macam tak moden ye bedah..

Bila sudah famous di laman sosial,mula la cakap saya kena buli di alam cyber...Yang suruh rakam video yang pelik-pelik kenapanye...Macam cantek la,macam hodoh la... saya sumpah sayang boyfriend saya la ape la..hahaha geli hati bila tengok semua nie..

Dari buang masa rakam benda-benda merapu mcm gini,biarla guna teknologi yang ade untuk kreatig lagi minda kamu semua.. 

Meh layan video multimedia dari Japan nie,terbaik bak hang tau dak...




Friday, December 13, 2013

Jauhi Bahaya Lidah Yang Boleh Mencampakkan Seseorang ke Neraka Jahanam



Mengejek atau memperolok-olokkan

Firman Allah SWT maksudnya :

 "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)


Lidah bercabang dua

Maksud lidah bercabang dua adalah seorang yang berulang alik di antar dua orang yang bermusuhan, untuk menyampaikan ucapan salah seorang daripada mereka kepada yang seorang lagi. Tujuannya adalah supaya dia disanjung oleh kedua-dua pihak dan untuk dia mendapat habuan dunia, dan supaya kedua-dua pihak sentiasa bermusuhan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
 "Manusia paling jahat ialah sidua muka, apabila ia mendatangi kelompok  manusia maka ia membawa muka yang satu, dan apabila ia datangi kelompok manusia yang lain maka ia membawa muka yang satu lagi."


Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud ; 
"Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “kalau” membuka pintu perbuatan syaitan." (Hadis Sahih Riwayat Muslim , no: 4816)



Wednesday, December 11, 2013

Selfie :)

Anak-anak zaman sekarang ye,macam-macam nk try explore.. Sekarang hp ibu ni tak boleh tunjuk lansung kt Muhammad nie.. Asal nampak je mula berebut nak jugak pegang dan suruh buka video cartoon yang dia suka..sambil tunjuk sambil sebut "nanak".. kalau tak bagi di tokaknya nanti dengan gigi 4batang tue..

Kadang2 posing depan camera pon dah pandai..alahai anak ni la...


 kekonon nak senyum lebaq lagi tapi tak jadi...haha


 ibu say chesee,terus senyum bg nampak lagi besar gigi 2 batang dia tue...


 Gigi atas tak nampak...gigi spongebob ibu panggil kt dia..hehe


selfie sensorang...iskiskisk

Darjat

Assalamualaikum

Allah Ta'ala berfirman pula: "Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong." (al-Isra': 37)

Allah Ta'ala berfirman lagi: "Janganlah engkau memalingkan muka dan para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Luqman: 18)


Ke mana sangat boleh bawak darjat yang tinggi tue.. takde kemana-mana lansung pon.. Kalau nak berbangga sangat dengan taraf jawatan yang ada sekarang,tak perlu la rasanye..tinggi sangat ke pangkat sampai nak lemparkan senyuman pon payah.. Semua manusia pernah lakukan kesilapan dan kesalahan,dan KAMU bukanla sesempurna mana pon. Tak perlu la pandang manusia disekeliling kamu macam besar sangat salahnya pada KAMU. Dan tak perlukan nak tunjuk muka yang KAMU benar-benar tak suka orang disekeliling KAMU.. Taknak bersembang or bertegur tue bukan lah satu kepelikan atau kerisauan oleh orang disekeliling KAMU, tapi fikirlah KAMU bukanlah antara diantara orang yang bagus AKHLAH nya kalau begini peragai KAMU sebenarnya.

Kalau setiap kali senyum dilemparkan,masih muka ketat dilemparkan kembali,sorry la memang kali terakhir akan bertegur lepas nie..Jangan ingat KAMU gred 41,KAMU dah sememang besar dalam mukabumi nie.. SORRY.. dari tambah dosa aku nk kutuk KAMU,lebih baik aku tak bertegur KAMU dah.. memang KAMU xde dalam senarai nama untuk kamu lempar senyum lepas nie..

InsyaAllah aku tak akan sama sekali lupakan manusia2 yang buat macam nie..Depan aku buat muka ketat and asyik nak kutuk aku xtentu hala.. Kalau dari segi perwatakkan diri awk nampak sangat baik dan alim,tapi kalau hati dah macam nie,memang aku tak akan respect lansung.. xkisah KAMU umur berapa pon..

Aku jugak bercampur dengan orang sekeliling lain dan lagi tinggi jawatanya dan takde plak nak sombong or bongkak diri macam KAMU.. Ya memang aku just orang bawahan yang perlu diberi arahan jer,tapi ingat belum tentu KAMU tinggi kedudukannya jugak di SiSi Yang Maha Esa.

Asal ada bahan,asyik nak menuju muka orang lain jer.. sampaikan ke anak aku pon jadi bahan,konon jadi "mam", ada orang jagakan kat rumah.. Even KAMU cakap tue xde niat pape,tapi hati orang tak sama macam hati KAMU.. Bila hati kecik aku ni terdetik terasa,maafla aku tak akan respect KAMU lagi lepas nie.

Wassalam

Tuesday, December 10, 2013

PART 4: ZIKIR TERAPI DIRI


Allahu Ya Rahman

Allah..
Allah..

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Ya Allahu Ya Rahman Ya Allahu hu Ya Rahim

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya.. Allah..

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Ya Allahu Ya Rahman Ya Allahu hu Ya Rahim

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah

Ya.. Allah..

Monday, December 9, 2013

Throwback My Precious Family

Entry khas untuk family yang jauh di mata tetapi dekat dihati kitorang selalu..Nun jauh menetap di England,tapi setiap tahun wajib datang Malaysia ziarah keluarga kitorang.. Hanya dapat tengok gambar dan chatting di facebook or skype. Pertama kali jumpa masa tahun 2011 tak silap..

Ok,introduce dulu my grandmother la kiranya nie,dia merupakan ibu saudara belah ayah.. Kitorang just pggl dia mummy kalsom.. Orangnya dah berusia dan dulunya seorang cikgu. Beliau dapat sambung pelajaran di England and terus menetap di sana sampai sekarang.. Kahwin pon dengan orang sana..
Mummy dengan adik dan maz. Gambar masa awal tahun baru nie masa datang ke sini untuk ziarah adiknya,mummy Jah di Baling.. Even dah jadi rakyat England,tekaknye masih tekak orang melayu kita. Asal balik je nk makan makanan kampung...
Ok,Mummy Kalsom ada 2 orang anak,Aunty Carol dan Uncle Bill.. Aunty Carol selalu turun Malaysia sebabnye nk introduce kan suaminya,Uncle Kevin kat kitorang.. Aunty Carol seorang Doctor Falsafah di Kent,England and Uncle Kevin seorang Chef.. Tapi diorang ada bisness sendiri jugak..so anytime la diorang akan datang sini.. Dua2 orang sangat2 peramah ,berbudi bahasa sangat dan sangat2 baik hati..Tiap kali diorang datang mesti datang bawak souviner..hahhaha..part tue yang best tue..

 
 Nie la Aunty Carol,orangya sangat soft spoken.. Suka makan ala-ala kampung n pakai tangan..haha..asal jumpe je peluk sampai rasa nk lemas dalam dakapan dia...haha...Gambar Uncle Kevin xde plak masa nie..


Nie pula Uncle Bill...Tak pernah jumpe face to face lagi...masa diorang datang Malaysia baru nie,aku xbalik Penang,so  melepas nk jumpe diorang.. Uncle Bill xberapa mesra sangat and too serius.. Dia xreti  melawak dan xpandai nk ketawa kalau kitorang buat lawak,kata adik.. Tapi dia sangat nice person..and mata dia sangat2 pasak..hahah...muka dia iras chef dalam channel AFC Astro tue..ala lupa nama dia...hahaha..Umur dia 40an ok,tapi xnampak tua sangat pon kan...


Aunty sangat rapat ngn kitorang and nampak kasih sayang dia kt kitorang..Kalau bawak dia pergi jalan2 Penang,dia sendiri akan cakap dekat orang yang tegur kitorang yang kitorang nie niece dia...hahah pajat mak kau nyah...xde lansung rupa niece dengan aunty...hahahha



 Mama dengan Aunty.. Diorang kalau jumpa jer borak pasal masak...haha...Masa aunty datang sini baru nie,dia belikan buku masak untuk mama dari cheft yang famous tue,Si Jamie



Ni haaa buku si Jamie yang kalau masak habis kecah satu dapur and air liur dia akan merecek2 terkeluar..hahaha..xmiant lansung tengok channel dia kt Astro...hahaha...sorry chef terkutuk kamu plak..haha.. And seperti biasa Aunty suka belikan coklat dari England untuk kitorang..ade yang sedap ade yang tak sedap lansung...hahahha


Miss them deeply.. Aunty sangat rapat dengan abah..Kalau time nak balik England dah,di Airport Penang,dia kan cakap kt abah, "Can I hug you,Ali"???sambil nangis..hahahha kelakar..

Aunty dilahirkan di Penang,Uncle Bill plak lahir di England sana.. Sebab tue aunty ada rasa dalam diri dia kemelayuan sikit.. Dan dia pandai berbahasa melayu sikit2.. Lama jugak dia stay di Perak dan bila urusan mummy selesai di perak,diorang pon balik England semula..

Tiap kali balik holiday di Malaysia,Aunty akan turun dengan Uncle Kevin jer,memandangkan mummy kalsom selalu xsihat.. Diorang akan suruh abah booked hotel yang mummy kalsom stay dulu masa honeymoon dengan husband dia.. Sweet moment kan...

Tak kira apa bangsa pon diorang,tak kira apa agama pon diorang,kami tetap satu keluarga yang sangat2 sayang each other... :)