Thursday, November 6, 2014

WARKAH by FYNNJAMAL

Salam Jumaat Dunia :)

Jumaat yang penuh barakhah, pada minggu pertama pada Bulan November. 
Moga setiap amalan kita diberkati dan diterima Allah SWT.

____________________________________________________________________________________

Siapa tak kenal Fynn Jamal.


Memula memang aku tak pernah ambik pusing pon siapa orang ni, kenapa dia femes dangat, kenapa dia selalu disebut-sebut.

Sejak akhir-akhir nie, suara dia selalu kedengaran di corong radio tempatan. Lagu yang boleh buat kita semua terfikir sejenak, terfikir keistimewaan apakah yang Allah berikan kepada beliau. Kekuatan apakah yang Allah anugerahkan kepadanya.

 Setahu aku dia dulu seorang penyanyi, then dia quit dari bidang tersebut dan menjadi seorang tenaga pengajar di Kazakhtan. Dia juga merupakan pemegang Sarjana Bahasa tak salah aku. 

Dari yang aku terdengar kisahnye, dia dianugerahkan hadiah dari syurga yang penuh bermakna untuknya. 

BAKTI ARJUNA FITRI. 
Sebuah anugerah yang pastinya  pastinye buat setiap ibu dan ayah didunia ni tersenyum lebar. Dia penah meminta derma pada rakyat Malaysia untuk mengubati penyakit anaknye. Dari situ aku mula menjejaki siapakah Fynn Jamal nie. Besar pengorbanan dia, bagi aku.

Ayat-ayat penulisan dia boleh buat aku tersentuh and tergamam dengan bait-bait liriknya.Arjuna adalah salah seorang pesakit autism. Dia juga merupakan anak angkat kepada FynnJamal and her husband. Tapi kasih sayang yang dia tunjukkan, YaAllah,luluh hati tengok.

Aku mula cari nickname beliau di Instagram. Aku mula follow setiap aktiviti harian dia.Ujian yang dia hadapi  selamani, sama seperti dugaan silamku. Betapa kuatnye dia. Betapa susahnye hidupnya dulu. Akan tetapi sejak kedatangan Arjuna dalam hidup beliau, segalanye berubah :)

 Sehinggakan beliau menulis sebuah lagu khas buat Arjuna nya. Semoga anaknya besar nanti, Arjuna akan tahu betapa besar nilai kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Runtun hati ini, luluhnye jantung ni bila dengar setiap baris lirik lagu-lagu dia. Sangat-sangat bermakna.  Liriknya boleh buat kita menangis dan fikir yang sepatutnya kita patut rasa BERSYUKUR dengan tiap benda yang kita lalui.




Warkah FynnJamal


 Hebat orangnya bukan kerana dia terkenal dipelusuk dunia.
Hebat orangnya bukan kerana dia selalu bersuara lantang.
Hebat orangnya bukan kerana dia mengkritik and menjatuhkan orang.

TAPI

Yang buat aku bangga dengan beliau,
Beliau hebat dimata aku dengan sikapnye.
Beliau hebat kerana tutur kata yang keluar dari mulutnya.
Beliau hebat kerana berjaya buat hati aku luruh seluruh-luruhnya.
Beliau hebat kerana beliau hebat pada mata suami and Arjuna. 



Followers,
-Melly-




No comments:

Post a Comment