Assalamualaikum :)
Fuhh sila jangan cemuih na, ceq nak buat entry paling panjang kali nie.
____________________________________________________________________________
Selepas cuti raya Aidilfitri, ni la pulak cuti paling lama aku ambil tahun ni.. Nah seminggu terus aku amibik cuti. Gara-gara wedding anak bongsu dalam family aku. sape lagi kalau bukan kembar aku tula, Mawaru Sano tu..
Hari Selasa 21hb 2014, aku dah cabut lepas balik kerja. Siap pesan lagi kat husband, please balik awal ye, xde OT sume ye.. ahahah gila rakus punya nak sampai kampung awal katakan. So lepas solat maghrib, terus gerak balik. Alhamdulillah tak jem lansung balik kali nie.. Ada aura-aura kata Deepavali confirm jem.
Dalam pukul 12 tgh malam jugakla aku sampai. Balik dulu rumah mama, hantar bibik dulu, then terus ke rumah mak mentua. Macam tue la setiap kali balik, mesti balik rumah mentua dulu sebabnye nak stay rumah ak lelama..Hikhik
Keesokkan harinye barulah pulang rumah mama.. Fuhhh, rumah semua sudah siap kemas dah.. hihkhik, selamat aku.. Tolong la apa yang patut dulu before majlis akad nikah hari Jumaat tue.. Petang tu bagi lepas gian dulu kakak hanna n qhalish mandi kolan kejap.
seronok tak terkira la dapat main air
_______________________________________________________________________________
MAJLIS AKAD NIKAH
Jumaat, 24 Okt 2014, Majlis Akad Nikah. Lepas solat Isyak baru tok kadi sampai. Lagipon Isyak masuk awal kan sekarang, so Tok Kadi nak solat semua siap2, boleh duduk lama sikit katanye.. Malam akad nikah nie, memang malam paling kelakar sekali. Kitorang punya gelakkan kat Tok Kadi sebab buat lawak slumber biawak dia jer..
Tambah ayah aku pulak yang over excited nak terima menantu, sampai 5kali akad dengan Hafiz.. Yang pengantin lelaki, relax cool je aku tengok.. sampaikan Ayah aku cakap, masuk kali ke-6 ni kalau tak boleh jugak, tok kadi amiklah balik akad sendiri... Lagi berdekuh-dekuh la kitorang gelak.. Hadoii la ayah aku tue ketaq ke apa pon tak tahu la.. Bila tanya dia, dia kata abah tak nampak sepatah haram pon tulisan kat kertas tok kadi tue... hehehe.. (tua dah ayah aku ni).
Aku ngan Mamaz la g teman dia make up semua. Memula tu susah jugakla nak pergi sebabnye Qhalish taknak kat sape lansung. Asyik ikut buntut aku macam anak ayam jer.. Kalau sesape dukung menangis2 jerit panggil aku. Tapi ayah dia tolong jagakan, siap bagi green light ibu temankan aunty, apa lagi kan.. cepat je aku sarung selipar naik kereta..
Selamat Pengantin Baru Uncle & Aunty
Family Mama
Macam Biasa anak teruna i tue tokseh nak bergambar :)
Dia orang paling sibuk malam tu budak kecik ni
Alhamdulillah, selesai sudah and Majlis Akad Nikah pun berjalan lancar. Sekali lafaz, adik sah bergelar isteri kepada Hafiz.
Lepas tue apa lagi, semua orang g makan la.. Lapaq macam nak pengsan.
______________________________________________________________________________
Majlis Resepsi Pengantin Perempuan
Keesokkan harinye, majlis kenduri di rumah aku pulak. Kitorang buat dekat Dewan Pen Mutiara jer. Sebanye abah n mama dah tak larat nak buat di rumah.. Letihnye nak kemas rumah satu hal tu bab paling mengerunkan. So decide buat kat dewan jela kan.. Balik rumah boleh rehat terus..
Aku g temankan adik aku jugak la hari tue ke butik. And aku jugakla driver untuk kereta pengantin. Punya la aku takut bawak kereta diorang, aku bawak slow giler... ahahah jangan gelak na. Sekali sekala balik kampung, kena la bawak berhemah sikit.
Kitorang sampai macam dah lewat, pukul 2petang baru sampai dewan, Time tu Ya Allah orang punya ramai, sampaikan aku dengan mamaz macam nak pengsan sebab lapaq terketaq-ketaq. Peluh ni jangan dok kata la, macam mandi rasanye. Nasib dalam dewan tue aircond boleh keringkan balik peluh.. Ahahah. Macam biasa, anak aku tido time tue, so ibu dia bermaharaja lela la melayan tetamu. Semuanye mai menerpa aku la, kawan adik kawan aku jugak.. hikhik.
Masa wedding nie jugak benda kelakar jugak berlaku, boleh pulak si kawan ayah aku bacakan doa untuk pengantin tapi sebut nama aku.. Ahaha bapak aku gelak besar la.. Hadoii sudah semua mai perli aku cakap untung la dapat bacakan doa pengantin lagi sekali.. Ok Fine uncle, nasib husband i tak reling kat i tau. :)
Baru dapat bergambar dengan pengantin
Family Potrait
Sama tak muka kami :)
Ustazah Faiza, cikgu agama kitorang masa sek rendah.
Member's abang yang banyak bantu majlis adik
Penutup Majlis Resepsi nie, gambar family kitorang semua.. Family Side abah n side mama..
Fuhh abang aku siap jerit panggil sorang2 mai cepat dekat pelamin.. Hehehe.. Lastly yang mencacatkan gambar ni, abng aku and ayah aku.. Sorang terlebih tinggi, sorang lagi pergi baring.. Bebel terus nenek aku tue ha..
_______________________________________________________________________________
Majlis Resepsi Pengantin Lelaki
Fuhhh, penat belum lagi hilang, esoknya pula hari Ahad 26 Nov 2014, Majlis Resepsi rumah Hafiz pulak. Dia pon buat di dewan, memandangkan rumah dia susah nak buat kenduri.
Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 1.30petang macam tu. Dekat jer majlis rumah pengantin lelaki, dekat dengan Georgetown.
Alhamdulillah, lega rasa semua dah selesai.. Aku pulak ye yang lega.. Hahaha.
Mama and abah aku la yang lega sekali.. Dah selesai 3 beradik. Takde kenduri dahla lepas nie, tunggu nak pergi kenduri orang jer..
Mama aku siap cakap, ok boleh pergi honeymoon la lepas nie.. ahahahha. kemain noh mama aku nie.
__________________________________________________________________________________
Hari Isnin, pulang lah aku ke tempat asal.. Ahahah. punya baloq liat nak pergi kerja, ate dah lama bebenor sangat cuti kan.
8 Nov ni pulak ke Segamat, Johor. Kenduri sepupu aku kat sana. Kira makan kenduri je aku ni hujung tahun. Fuhh, fuhh
SEKIAN
No comments:
Post a Comment