Monday, October 27, 2014

Wedding Mawar&hafiz


Assalamualaikum :)

Fuhh sila jangan cemuih na, ceq nak buat entry paling panjang kali nie.

____________________________________________________________________________

Selepas cuti raya Aidilfitri, ni la pulak cuti paling lama aku ambil tahun ni.. Nah seminggu terus aku amibik cuti. Gara-gara wedding anak bongsu dalam family aku. sape lagi kalau bukan kembar aku tula, Mawaru Sano tu.. 

Hari Selasa 21hb 2014, aku dah cabut lepas balik kerja. Siap pesan lagi kat husband, please balik awal ye, xde OT sume ye.. ahahah gila rakus punya nak sampai kampung awal katakan. So lepas solat maghrib, terus gerak balik. Alhamdulillah tak jem lansung balik kali nie.. Ada aura-aura kata Deepavali confirm jem. 

Dalam pukul 12 tgh malam jugakla aku sampai. Balik dulu rumah mama, hantar bibik dulu, then terus ke rumah mak mentua. Macam tue la setiap kali balik, mesti balik rumah mentua dulu sebabnye nak stay rumah ak lelama..Hikhik

Keesokkan harinye barulah pulang rumah mama.. Fuhhh, rumah semua sudah siap kemas dah.. hihkhik, selamat aku.. Tolong la apa yang patut dulu before majlis akad nikah hari Jumaat tue.. Petang tu bagi lepas gian dulu kakak hanna n qhalish mandi kolan kejap. 


seronok tak terkira la dapat main air
_______________________________________________________________________________

 MAJLIS AKAD NIKAH

Jumaat, 24 Okt 2014, Majlis Akad Nikah. Lepas solat Isyak baru tok kadi sampai. Lagipon Isyak masuk awal kan sekarang, so Tok Kadi nak solat semua siap2, boleh duduk lama sikit katanye.. Malam akad nikah nie, memang malam paling kelakar sekali. Kitorang punya gelakkan kat Tok Kadi sebab buat lawak slumber biawak dia jer.. 

Tambah ayah aku pulak yang over excited nak terima menantu, sampai 5kali akad dengan Hafiz.. Yang pengantin lelaki, relax cool je aku tengok.. sampaikan Ayah aku cakap, masuk kali ke-6 ni kalau tak boleh jugak, tok kadi amiklah balik akad sendiri... Lagi berdekuh-dekuh la kitorang gelak.. Hadoii la ayah aku tue ketaq ke apa pon tak tahu la.. Bila tanya dia, dia kata abah tak nampak sepatah haram pon tulisan kat kertas tok kadi tue... hehehe.. (tua dah ayah aku ni).

Aku ngan Mamaz la g teman dia make up semua. Memula tu susah jugakla nak pergi sebabnye Qhalish taknak kat sape lansung. Asyik ikut buntut aku macam anak ayam jer.. Kalau sesape dukung menangis2 jerit panggil aku. Tapi ayah dia tolong jagakan, siap bagi green light ibu temankan aunty, apa lagi kan.. cepat je aku sarung selipar naik kereta..

 Selamat Pengantin Baru Uncle & Aunty

Family Mama


Macam Biasa anak teruna i tue tokseh nak bergambar :)


Selesai dah bersiap 

Dia orang paling sibuk malam tu budak kecik ni

Alhamdulillah, selesai sudah and  Majlis Akad Nikah pun berjalan lancar. Sekali lafaz, adik sah bergelar isteri kepada Hafiz.
Lepas tue apa lagi, semua orang g makan la.. Lapaq macam nak pengsan.

______________________________________________________________________________

 Majlis Resepsi Pengantin Perempuan

Keesokkan harinye, majlis kenduri di rumah aku pulak. Kitorang buat dekat Dewan Pen Mutiara jer. Sebanye abah n mama dah tak larat nak buat di rumah.. Letihnye nak kemas rumah satu hal tu bab paling mengerunkan. So decide buat kat dewan jela kan.. Balik rumah boleh rehat terus..

Aku g temankan adik aku jugak la hari tue ke butik. And aku jugakla driver untuk kereta pengantin. Punya la aku takut bawak kereta diorang, aku bawak slow giler... ahahah jangan gelak na. Sekali sekala balik kampung, kena la bawak berhemah sikit.

Kitorang sampai macam dah lewat, pukul 2petang baru sampai dewan, Time tu Ya Allah orang punya ramai, sampaikan aku dengan mamaz macam nak pengsan sebab lapaq terketaq-ketaq. Peluh ni jangan dok kata la, macam mandi rasanye. Nasib dalam dewan tue aircond boleh keringkan balik peluh.. Ahahah. Macam biasa, anak aku tido time tue, so ibu dia bermaharaja lela la melayan tetamu. Semuanye mai menerpa aku la, kawan adik kawan aku jugak.. hikhik. 

Masa wedding nie jugak benda kelakar jugak berlaku, boleh pulak si kawan ayah aku bacakan doa untuk pengantin tapi sebut nama aku.. Ahaha bapak aku gelak besar la.. Hadoii sudah semua mai perli aku cakap untung la dapat bacakan doa pengantin lagi sekali.. Ok Fine uncle, nasib husband i tak reling kat i tau. :)



 Baru dapat bergambar dengan pengantin

 Family Potrait

 Sama tak muka kami :)

 Ustazah Faiza, cikgu agama kitorang masa sek rendah.

 Member's abang yang banyak bantu majlis adik

Penutup Majlis Resepsi nie, gambar family kitorang semua..  Family Side abah n side mama..
Fuhh abang aku siap jerit panggil sorang2 mai cepat dekat pelamin.. Hehehe.. Lastly yang mencacatkan gambar ni, abng aku and ayah aku.. Sorang terlebih tinggi, sorang lagi pergi baring.. Bebel terus nenek aku tue ha..

_______________________________________________________________________________

Majlis Resepsi Pengantin Lelaki

Fuhhh, penat belum lagi hilang, esoknya pula hari Ahad 26 Nov 2014, Majlis Resepsi rumah Hafiz pulak. Dia pon buat di dewan, memandangkan rumah dia susah nak buat kenduri.

Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 1.30petang macam tu. Dekat jer majlis rumah pengantin lelaki, dekat dengan Georgetown. 




 





 



Alhamdulillah, lega rasa semua dah selesai.. Aku pulak ye yang lega.. Hahaha.
Mama and abah aku la yang lega sekali.. Dah selesai 3 beradik. Takde kenduri dahla lepas nie, tunggu nak pergi kenduri orang jer..

Mama aku siap cakap, ok boleh pergi honeymoon la lepas nie.. ahahahha. kemain noh mama aku nie.

__________________________________________________________________________________
Hari Isnin, pulang lah aku ke tempat asal.. Ahahah. punya baloq liat nak pergi kerja, ate dah lama bebenor sangat cuti kan.

8 Nov ni pulak ke Segamat, Johor. Kenduri sepupu aku kat sana. Kira makan kenduri je aku ni hujung tahun. Fuhh, fuhh

SEKIAN




Monday, October 20, 2014

Setahun Lalu


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah bulan Oktober dah nak sampai ke penghujungnye. 
Setahun yang lalu, pada bulan Oktober adalah bulan yang amat bermakna untuk kami sekeluarga.  Bulan yang menjadikan aku sekeluarga yang tabah menghadapi ujian serta dugaan Allah SWT. Bertapa besanye Kuasa ALLAH SWT.

Sebulan yang perit bagi hidupku tapi seperit-perit dugaan yang mendatang, ALHAMDULILLAH diari hidupku kembali bersinar macam taman bunga yang tumbuh mekar. ALLAH dengar doa kami sekeluarga, ALLAH dengar rintihan kami. 
Allah uji sebab Allah sayang.. 

Tapi sekarang, Ya ALLAH, tidak sape sangka anakanda yang sorang ni membesar dengan sihat sungguh. Kalau orang yang tidak tahu peristiwa silam sebelum ini, tak akan sangka dia sakit sebenarnye. And aku musykil, ubat apa la yang doctor bagi kat dia, terlebih cerdik and berdikari.

Sekarang, dia sangat bestfriend dengan ibu, kalau ibu tak stay depan tv, diheret tangan ibu duduk jugak tepi dia.. Kalau nak tido or minum susu, ibu yang kena buatkan. Kalau main ipad, jangan harap Ayah boleh pegang barang dia.. hehehe.. sedangkan ayah yang belikan semua..heheh... redha jela ayah kan..


 Bukti dia sayangkan ibu lebih... hikhik.. Time ni ayah suruh peluk, kemain dia kepak leher aku


Pantang ibu suruh senyum, kemain selfie

Berdikari makan sendiri

 Pantang kalau ajak keluar, dia orang fisrt buka almari kasut amik kasut


 Setiap sabtu and ahad, wajib bawak dia jalan-jalan.. Kalau tidak tanya tak berhenti..


 Hasil kerja ayah ni, potong rambut depan Muhammad sampai jadi macam ni. Redha jela na nak.. nanti kita potong rambut ayah cenggini jugak..ahaha


 Yang penting kalau bawak jenjalan, wajib naik kiddie rider... Jenuh kumpul syiling nak oii


 Ibu suruh baca doa dulu sebelum makan, ikut je perintah ibu ye :)


   Macam-macam peel dia ni

Posing ala-ala bina badan... hehehe

November ni cukup 2 tahun anak ibu... Besar dah dia... Mulut pon kalah orang tua... Kalau ibu cakap, dia akan ajuk balik. Kadang-kadang kitorang gelak je tengok peragai dia.. Ibu rindu bau masyam anak ibu ni.. 
Don't grow up so fast sayang...

Salam sayang,
Ibu Izz Qhalish

Sunday, October 19, 2014

Anak Asset ke Syurga atau Neraka


Perkongsian Dari Majlis Ilmu Ustaz Don Daniyal


Buat Ayah




Tetiba pedih mata.. Potong bawang gamaknye :(


Di Saat Sendiri





Hari Demi Hari Telah Ku Lewati
Tak Pernah Aku Bersamamu Lagi
Tak Pernah Aku Menduga
Kau Akan Pergi Tinggalkan Aku


Jauh Kau Pergi Tinggalkan Diriku
Sepi Hati Ini Membunuhku
Ku Coba Untuk Cari Penggantimu
Namun Tak Ada Yang Sepertimu


Rindu Aku Sangat Rindu Kamu
Terasa Sejak Kau Masih Ada Di Dekatku
Tak Mudah Aku Melupakan Dirimu
Di Saat Aku Terbangun Dari Tidurku

Rindu Aku Sangat Rindu Kamu
Terasa Sejak Kau Masih Ada Di Dekatku
Tak Mudah Aku Melupakan Dirimu
Di Saat Aku Sendiri

Ku Tak Pantas Di Surga



Assalamualaikum :)


Sudah Terlalu Banyak
Dosa Yang Aku Lakukan
Tuhan Ampuni Aku

Berlinang Airmata
Bila Ku Sebut NamaMu
Tuhan Bergetar Hatiku

Ku Telah Lama LupakanMu
Gelap Hati Gelap Jiwa
Gelapnya Hidupku

 Ku Tak Pantas Di Surga
Namun Ku Takut Pada Neraka
Aku Hanya Manusia Penuh Dosa

Tuntunlah Dan Bimbinglah
Di Jalan RidhoMu
Beri Aku Kesempatan
Tuk Menjadi Yang Lebih Baik

Andaikan Saja Waktu
Dapat Ku Putar Kembali
Aku Ingin Di DekatMu

Betapa Pedih Siksa
Yang Telah Engkau Janjikan
Tuhan Maafkanlah Aku

Tuntunlah Dan Bimbinglah
Di Jalan RidhoMu
Berikan KasihMu
Berikan CintaMu

Thursday, October 16, 2014

Roda Sentiasa Berputar


Jika hujan turun, jangan kita salahkan Matahari kenapa tidak panas,

Jika panas dek kerana pancaran matahari, jangan kita salahkan angin kenapa tidak bertiup kencang.

______________________________________________________________________________


Redha dengan setiap ketentuan Allah SWT.

Pasti, pasti dan PASTI Allah SWT sedang merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita.

________________________________________________________________________________

Hidup hanya sekali

Buang kesedihan, buang kedukaan, buang segala kepayahan yang ditanggung

Hargai kehidupan yang ada, hargai sekeliling yang ada

_________________________________________________________________________________

Jika ditimpa musibah, ditimpa duka, ditimpa kesusahan

Tanda ALLAH SWT sayangkan kita, tanda ALLAH SWT ambil berat tentang kita

__________________________________________________________________________________

Don't Let Your Happiness depend on something you might lose




 

Teladan Dunia


Salam Jumaat




Monday, October 13, 2014

RUDE!



Assalamualaikum guys :)

Petang-petang macam nie kita layan sikit lagu orang putih mat salleh..

 MAGIC

Tergoda dengar lagu diorang ni dalam radio.. Aku bukan pengemar lagu mat salleh semua nie.. Tapi ada setengahnye menusuk ke kalbu kalau dengar.. Masa zaman kegemilangan azroi pon aku layan Backstreet Boy je pon
:
:
:
:

Nahh, cair tak tengok.. hikhik.. Dulu siap kumpul kaset wokey... Akan suruh ayah aku belikan jugak sebab nak dengar tiap-tiap hari.. Cousin aku siap mengila tampal gambar diroang ni dalam buku latihan sekolah menengah dia... Ahahah.. aku ni yang hanya seorang budak hingusan yang baru nak membesar, kira tumpang sekaki dengan dia la. 

Cer kalau kitorang gathering ke apa confirm akan buka citer pasal ni, mula bergegar rumah mak aku tu dengna gelak besar kitorang... Siap pilih sorang satu nak buat laki... Kahkahkah.. (tolong jangan gelak na, aku tahu aku kulit terlalu putih and manis)

Ok enough(see mula nak speaking dah ni) sebelum jadi carca merba aku cakap macam keling ja bunyi, kita layan lagu 

Jangan nak RUDE sangat hokeyh!!