Salam Jumaat :)
Banyak-banyak mainan, sebesar-besar lori ayah belikan, tupperware ibu jugak anak nak sumbat kaki yang montel tu ye...
Ni antara kes-kes kalau nampak ibu buka pintu kabinet, dia sibuk lebih nak ambil jugak...
Makin besar makin cerdik...
Anak,nanti dah besar, ibu pasti akan rindu saat-saat macam ni.. saat anak gerak ibu malam-malam nak susu, mengusik ibu, yang suka ketuk muka ibu dengan kawan-kawan thomas anak tue.. Walaupun dalam hati,alahai anak sakit tahu tak kalau kena ketuk dengan material keras tue... Kadang-kadang ibu suruh kiss ibu banyak kali pon, anak turutkan jer even dalam hati alahai ibu banyak kali sungguh la nak kena cium.. hikhikhik..
Nanti anak dah besar, ingatlah bahawa besarnye pengorbanan ibu ayah untuk mu wahai anak.. Ibu mungkin tak pandai macam ibu-ibu lain, tak kaya seperti keluarga orang lain.. Tapi ibu dan ayah akan usahakan berikan kamu ilmu dunia dan lebihkan ilmu akhirat nanti ye...
Itu impian ibu dan ayah... ibu teringin tengok kamu wahai anak lebihakn dunia akhirat.. Ibu akan cuba sedaya upaya carikan yang terbaik untuk kamu ye..
Ikhlas dari,
Ayah dan Ibu
No comments:
Post a Comment