Thursday, September 25, 2014

Pantun Dua Kerat


Salam Jumaat yang Penuh Barakah ;)


Jadi diri sendiri better dari menyerupai jadi orang lain. Ukur baju dibadan sendiri. 

Alkisahnye, aku jenis tak kisah orang nak talking behind me, cakap la apa yang rasa ko nak cakap tentang diri aku. Tapi please and please, jangan sampai ke dalam kain aku ko nak ceritakan. Please la, common la, hidup ni tak perlu la nak berlumba bagai.. Tak perlu nak sakit hati apa yang aku ada sekarang ni..

Aku pakai kete mahal pon kena kutuk, aku pakai hp mahal pon nak mengata, aku pakai bibik pon bising satu dunia... Please la, ko mampu ko beli la pakai la amik la semua macam aku ada sekarang ni. Ada aku halang ko dari buat itu semua.. Apa orang pakai guna, ko pon nak guna tapi padahal ko tahu kemampuan hidup ko kan... 

Aku tak penah nak sakit hati dengan apa yang ko ada sekarang nie.. Mendoakan lagi ada la harap orang disekeliling aku diberi nikmat rezeki yang melimpah ruah..  Rezeki masing-masing Allah SWT nak bagi kat kita. Kena bersyukur la..

Aku tak pernah rasa iri hati atau hasad dengki pon dengan ko kalau ko tu kaya lagi dari aku..Suka tengok lagi ada la sebab diberi kesenangan duniawi yang melimpah ruah..

Pakai ikt kemampuan bukan kemahuan.. Sebab aku mampu aku pakai semua yang aku rasa nak pakai beli. And sekupang lima duit pon aku tak mengemis mana-mana.. And aku tak pernah bangga pon apa yang aku ada sekarang ni. 

Yang ko asyik nak cakap xpela ada bibik, semua bibik buatkan. Apa jadahnye nak cakap macam tue.. Napa sebelum aku ada bibik semua ni, aku goyang kaki jeka kat rumah tu tak buat kerja rumah pape..Tolang la kalau tak tahu cerita rumahtangga aku, tak payah sibuk nak cakap macam tue.

Yang sibuk jaga gaji aku sampaikan pertikaikan aku pakai keta hebat semua apa kejadah nye lagi.. Ko lagi mampu dari aku pergi la beli ferrari ke lamboghini tu semua.. Sikit aku tak heran ehhh.. tumpang gembira lagi ada la.. Aku VIOS je bukan aku pakai BMW 10 20 siries pong!

Moga ko bertaubat!
SEKIAN.


Sunday, September 21, 2014

Hasbi Allah Wani'mal Wakeel


Assalamualaikum
______________________________________________________________________





Cukuplah ALLAH sebagai Penolong kami dan Allah sebaik-baik Pelindung..
DIA lah sebaik baik Penolong dan sebaik baik Pelindung...


Ketika Nabi Adam a.s dilempar ke dalam kobaran api, lantas ia mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil,” maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

  
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS.Ali Imran 173 -174).
 
 



Tuesday, September 16, 2014

Izz Qhalish, Thomas and His Friends



Salam Dunia :)

Alkisahnye dengan budak sorang ni, yang teramat gemor dengan citer cartoon Thomas.. Ibu ayah memula layankan la jugak, tapi bila dah 24 jam asyik melayan Thomas je, naik cemuih jugak la kita kan.. Sampai nak termuntah tengok.. 

Tiap-tiap hari dia akan tengok Thomas, and pantang kalau masuk Toy's Rus, dia tahu dah kat mana Thomas tu ada, confirm suruh beli punya... Kalau masuk kedai tu time dia tido, selamat poket ibu dan ayah.. Hikhik.. 

 Nedia kengkawan Qhalish kat rumah.. Actually yang ibu tahu, ramai si kawan Thomas ni, ada dari nombor 1 hingga 15 kot tak salah ibu... Ahahahah tengok ibu terpengaruh jugak tau.. Ibu kena ambil tahu jugakla nama si kengkawan Thomas ni, kang anak tanya ke jenuh nak jawab... ahahha... ibu kena cerdik jugak la...


 Pergi mana-man apon dia kan usung... Yang paling dia sayang, Thomas, Percy dengan James... Kalau takde 3 kawan ni confirm menangis suruh cari.. Kadang-kadang jenuh la menerap ibu cari bawah katil la, bawak almari la... ish2 anak bertuah



Dia ingat semua kawan-kawan si Thomas ni.. Nasib dia pandai jaga barang-barang mainan dia.. kalau tak, jangan harap la ibu nak beli banyak2.. Ibu siap belikan beg thomas yang besar untuk dia sumbat semua sekali.. Kalau tak, hilang macam tu la nanti..

 Nah, korang belajar la dengan Qhalish siapa nama kawan-kawan dia ni..
{Harold,Percy, Thomas, Charlie, James, Gordon, Percy} nama sebenar
Sleng Mat Salleh gitu :)

Friday, September 12, 2014

Wahai Anak



Salam Jumaat :)


Banyak-banyak mainan, sebesar-besar lori ayah belikan, tupperware ibu jugak anak nak sumbat kaki yang montel tu ye...

Ni antara kes-kes kalau nampak ibu buka pintu kabinet, dia sibuk lebih nak ambil jugak... 
Makin besar makin cerdik... 

Anak,nanti dah besar, ibu pasti akan rindu saat-saat macam ni.. saat anak gerak ibu malam-malam nak susu, mengusik ibu, yang suka ketuk muka ibu dengan kawan-kawan thomas anak tue.. Walaupun dalam hati,alahai anak sakit tahu tak kalau kena ketuk dengan material keras tue... Kadang-kadang ibu suruh kiss ibu banyak kali pon, anak turutkan jer even dalam hati alahai ibu banyak kali sungguh la nak kena cium.. hikhikhik..

Nanti anak dah besar, ingatlah bahawa besarnye pengorbanan ibu ayah untuk mu wahai anak.. Ibu mungkin tak pandai macam ibu-ibu lain, tak kaya seperti keluarga orang lain.. Tapi ibu dan ayah akan usahakan berikan kamu ilmu dunia dan lebihkan ilmu akhirat nanti ye...

Itu impian ibu dan ayah... ibu teringin tengok kamu wahai anak lebihakn dunia akhirat.. Ibu akan cuba sedaya upaya carikan yang terbaik untuk kamu ye..


Ikhlas dari,
Ayah dan Ibu

Wednesday, September 10, 2014

REZEKI ALLAH


Assalamualaikum :)


REZEKI ALLAH

Rezeki Allah ada di mana-mana.. lambat atau cepat rezeki akan datang untuk kita dari Penciptanya.. 
Syukur alhamdulillah, dari hidup aku sendiri, aku boleh lihat rezeki yang Allah bagi lambat atau pun cepat, aku tetap syukur walaupun rezeki aku jauh lebih baik dari orang lain..

Mungkin aku tidak dikurniakan pangkat yang tinggi dalam kerjaya, tidak dikurniakan harta yang banyak atau kaya raya, tidak dikurniakan wang yang berjuta-juta akan tetapi akan TELAH dikurniakan sebuah
:
:
:
:
:

*ibu ayah yang sangat baik dan faham kami adik beradik

*suami yang sangat-sangat rajin bantu aku di rumah

*anak yang sangat baik dan cerdik bagi keluargaku

*rezeki yang tidak pernah putus sepanjang hidupku ini


Alhamdulillah sekali lagi ALLAH beri rezeki pada adik kembarku pula... Alhamdulillah rasa dapat berkongsi rasa suka dan berkongsi khabar gembira dari dia...

Tak perlu kaya raya dimata dunia, tak perlu mega dan sombong dengan harta dunia tak perlu rasa gah didunia.. Kerna belum tentu kita akan dibanggakan di padang masyar nanti.. Kerna belum tentu kita akan gah disisi Allah SWT..

Aku masih pegang kata-kata nenek, hiduplah dengan kemampuan yang ada, hiduplah dengan kesederhanaan.. Tak perlu kita mengikut orang kalau tak mampu..

Buat Aunty, Tahniah dari Ibu Ayah dan Qhalish.. Buat yang terbaik untuk second step.. InsyaAllah akan sampai rezekinye nanti buat aunty.. Tahniah lagi sekali untuk rezeki yang aunty dapat... Rezeki nak kahwin la tue... Alhamdulillah Ya Allah...

Last but no least
:
:
:

Suka aku dengar suara perempuan thai nie... syahdu jer