Wednesday, January 15, 2014

Tanah Suci

Assalamualaikum, Selamat Pagi Cinta

Harini masuk hari ke-4 keluarga tersayang ada di Tanah Suci.. Abah,Mama dan Adik bertolak dari Penang ke KLIA, hari Ahad 12hb.. Sedeh sangat tak sempat jumpa diorang di KLIA sebab abah cakap MAS tak bagi keluar ke ruangan menunggu...hampeh betui...lastly,abah sampai di KLIA,abah terus buat facetime.. Jadi la kandapat la jugak tatap muka diorang..haha.. kekonon nak nanges la tapi diorang dok buat lawak-lawak,terus rasa ok la cikit..

Isnin, 13hb selepas subuh,mesej abah masuk.. Diorang dah selamat sampai di Madinah AL-Munawarah.. Alhamdulillah syukur semua selamat sampai sudah.. Teringin rasa nak ikut jejak kaki sekali tapi belum berkesempatan lagi.. InsyaAllah abah cakap akan bawak semua sekali nanti pergi sesame tunaikan umrah.. InsyaAllah kan.. kena kumpul cuti la macam nie..

Macam-macam amanat nie dikirimkan ke adik bila tiba sana.. 

  • Tolong sampaikan salam kami sekeluarga kepada Baginda Rasullulah serta sahabat-sahabatnya 
  • Tolong doakan kesihatan anakanda Muhammad Izz Qhalish agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh kelak..
  • Tolong doakan agarkan kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu-pintu rezeki yang ada untuk kita sama-sama sekeluarga merasa nikmat rezeki dari Allah SWT.
  • Yang penting sekali,tolong jaga mama abah baik-baik kat sana...

 Moga mama, abah dan adik dapat tunaikan umrah dengan baik dan diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah :)

Terubat jugak rindu hari-hari abah buat facetime :)


**Dalam kegembiraan,semalam terima berita sedih bila makcik call bagitau Jang (sepupu kepada mama) telah kembali ke rahmahtullah..Terkejut bila dengar sebab rasa tak pecaya.. Jang memang sakit buah pinggang dan sedang menerima rawatan dialisis..Ceritanya,arwah tengah mandi,tetiba saluran darah di tangan arwah jang pecah,darah penuh dalam toilet,arwah mungkin panik dan terus pengsan.. Bila bawak ke hospital,arwah dah meninggal dunia... Terbayang-bayang wajah arwah Jang

Innalillah... Moga arwah jang bersemadi dengan aman dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan arwah.. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment