Thursday, January 23, 2014

Bezanya Tetap Berbeza

Assalamualaikum Pagi Jumaat,Penghulu Segala Hari :)

Walaupun ianya antara 7 keajaiban dunia yang termahsyur,namun ada juga perbezaan yang kita tak akan dapat cari di mana cacat celanye..Al-kisahnye....

Bila ramai golongan yang berkemampuan, seusia dengan saya atau lebih,ramai yang telah berkesempatan melancong ke tempat orang. Melihat keajaiban dunia,penciptaan keagungan Allah SWT.. sangat-sangat beruntung..

Seingat saya,tahun 2007, saya sekeluarga ke New Delhi,India. Memandangkan ada keluarga angkat yang bekerja di Kedutaan Malaysia di India.. Kitorang dijemput ke sana..Alhamdulillah,syukur rasa diberi rezeki untuk berpijak ke bumi Allah untuk melihat keindahan tempat orang.. 

Tempat yang nak sangat tengok masa di India,of course la Taj Mahal kan.. Baru ku tahu,kenapa diorang pilih Taj Mahal salah satu keajaiban dunia.. Memang sangat cantik,ternganga mulut bila pandang ianya tersergam indah.. Macam terapung2 atas langit.. 


Memang sangat cantik, awan pulak warna putih-putih biru.. Memang macam mana kita tengok dalam gambar,macam tu la di laur jugak gambarannya... 

Tapi...

Lagi hebat dan nampak lagi gah dari keajaiban dunia lain kalau dapat lihat sendiri depan mata 

KAABAH


Mungkin belum diberi kesempatan ke sana.. Mungkin jua belum diberi peluang oleh Allah SWT untuk dijemput ke sana.. Tapi InsyaAllah akan ke sana satu hari nanti.. Bila dengar adik citer suasana kt sana, rasa sedeh la...rasa kerdilnya diri nie.. 

Mungkin ujian dan dugaan ALLAH SWT beri sebelum ini untuk kuatkan lagi amalan untuk di bawa ke sini kelak nanti..

Bezanya Tetap Berbeza kan..
Walaupun diberi rezeki untuk melihat Taj Mahal yang diagungkan Shah Jehan buat isteri tersayang Mumtaz, tetapi lagi agung Kaabah Allah hadiahkan untuk hamba-hambanya untuk sujud tunduk kepadaNYA.

No comments:

Post a Comment