Jasa Ibu Ayah
Wednesday, January 29, 2014
Monday, January 27, 2014
Sunday, January 26, 2014
14 Bulan
Assalamualaikum~ Selamat Pagi Cinta :)
Monday blues..kekonon la kan..tapi minggu ni rasa semangat nk bekerja..sebabnye 4 hari je perlu bekerja minggu nie...yeay..ditambah pula mama abah nak datang...alahai lagi la seronok ohoiiii..
Ok,berbalik pada entry.. Perkembangan anak ibu 14 bulan nie..alahai banyak akal sangat budak bootak ibu nie.. macam-macam kerenah dia nak buat tiap-tiap hari...kekadang hilang jugak kesabaran ibu dia nie..hehe...tapi layankan je sebabnya kelakar tengok anak ibu membesar depan mata...pagi-pagi pergi keje cium dulu mulut bucuk dia tue,balik kerja pob cium mulut buchuk tue..hehehe...
macam dah besar kan,boleh panggil abang muhammad dah ni..bak kata aunty mawar...hehe..macam bagi hint suh tambah anak buah jer..heheh...
Perkembangan Muhamamd Izz Qhalish;
~ Sekarang berjalan buka slow2 dah tapi laju siap berlari lagi...kalau kita kejut dia ke gempaq dia ke,tu dia lari seribu siap ngn jeritan kalbu lagi...hahaha..terpanjat ibu tau :)
~Ajar sekali je suku baris ayat, mesti dia akan ikut dan cepat tangkap... Contoh,ibu ajar dia sebut rama-rama,Muhammad sebut "ama-ama"...Ibu sebut kakak, Muhammad sebut "tatak".. Ibu sebut ayah,Muhammad sebut "yayah".. Kalau nak susu,dia nanti cakap "nanak nenen"..hahaha..mungkin umur sekarang Muhammad suka cakap benda yang berulang kot noh...hehehe
~Kalau kita ajar dia nama-nama binatang siap dengan gambar,dia cepat ingat yang mana satu gambar yang dimaksudkan sekali dengan nama.. Contoh, ibu tunjuk cat,kuda,butterfly.. Then kita suruh dia tunjuk balik,yeayyy correct..betul ape yang yg dia tunjuk...good son la anak ibu nie..pandai...
~Main nyanyi2 cuk cuk ipin,ipin dalam cupak,mana tikus mati,lari bawak ketiak...sebelum kita buat kt tangan dia,dia nanti buat dulu...hehehe...tu lagu ayah untuk Muhammad..hehe...
Alhamdulillah,makin hari makin cerdik ibu tengok anak ibu nie...mulut pon ringan je nk bercakap..apa yang dicakap kekadang faham la jugak...kekadang ibu bingung nak,ape la kamu nak...hahaha... walaupun Muhammad pernah sakit before ni,alhamdulillah Allah SWT kabulkan doa ibu moga otak Muhammad dapat berkembang seperti kanak-kanak lain... Makin cerdik ibu tengok lepas keluar hospital.. Doctor pon cakap aktif terlampau nie budak kecik nie...hahaha..
Impian ayah bila Muhammad dah besar cikit, nak hantar pergi Masjid Besi belajar mengaji Al-Quran.. InsyaAllah kan...
Thursday, January 23, 2014
Bezanya Tetap Berbeza
Assalamualaikum Pagi Jumaat,Penghulu Segala Hari :)
Walaupun ianya antara 7 keajaiban dunia yang termahsyur,namun ada juga perbezaan yang kita tak akan dapat cari di mana cacat celanye..Al-kisahnye....
Bila ramai golongan yang berkemampuan, seusia dengan saya atau lebih,ramai yang telah berkesempatan melancong ke tempat orang. Melihat keajaiban dunia,penciptaan keagungan Allah SWT.. sangat-sangat beruntung..
Seingat saya,tahun 2007, saya sekeluarga ke New Delhi,India. Memandangkan ada keluarga angkat yang bekerja di Kedutaan Malaysia di India.. Kitorang dijemput ke sana..Alhamdulillah,syukur rasa diberi rezeki untuk berpijak ke bumi Allah untuk melihat keindahan tempat orang..
Tempat yang nak sangat tengok masa di India,of course la Taj Mahal kan.. Baru ku tahu,kenapa diorang pilih Taj Mahal salah satu keajaiban dunia.. Memang sangat cantik,ternganga mulut bila pandang ianya tersergam indah.. Macam terapung2 atas langit..
Memang sangat cantik, awan pulak warna putih-putih biru.. Memang macam mana kita tengok dalam gambar,macam tu la di laur jugak gambarannya...
Tapi...
Lagi hebat dan nampak lagi gah dari keajaiban dunia lain kalau dapat lihat sendiri depan mata
KAABAH
Mungkin belum diberi kesempatan ke sana.. Mungkin jua belum diberi peluang oleh Allah SWT untuk dijemput ke sana.. Tapi InsyaAllah akan ke sana satu hari nanti.. Bila dengar adik citer suasana kt sana, rasa sedeh la...rasa kerdilnya diri nie..
Mungkin ujian dan dugaan ALLAH SWT beri sebelum ini untuk kuatkan lagi amalan untuk di bawa ke sini kelak nanti..
Bezanya Tetap Berbeza kan..
Walaupun diberi rezeki untuk melihat Taj Mahal yang diagungkan Shah Jehan buat isteri tersayang Mumtaz, tetapi lagi agung Kaabah Allah hadiahkan untuk hamba-hambanya untuk sujud tunduk kepadaNYA.
Wednesday, January 22, 2014
Maha Suci Allah SWT
Assalamualaikum, selamat pagi dunia :)
Selawat ke atas Baginda Rasulullah di pagi khamis yang mulia.. Basahkan lidah dan dengarkan telinga dengan selawat dan zikrullah,baru tenang hati :)
Sebab rindu sangat kat adik,ku gagahkan jua mesej dia even pikir confirm cas bil nanti mahal...xpela duit boleh cari..hihi..punya bermesej macam sorang ada di penang,sorang di putrajaya..
nangis bila baca mesej nie semua :( rinduuuu
Sebab rindu sangat kat adik,ku gagahkan jua mesej dia even pikir confirm cas bil nanti mahal...xpela duit boleh cari..hihi..punya bermesej macam sorang ada di penang,sorang di putrajaya..
nangis bila baca mesej nie semua :( rinduuuu
Wednesday, January 15, 2014
Tanah Suci
Assalamualaikum, Selamat Pagi Cinta
Harini masuk hari ke-4 keluarga tersayang ada di Tanah Suci.. Abah,Mama dan Adik bertolak dari Penang ke KLIA, hari Ahad 12hb.. Sedeh sangat tak sempat jumpa diorang di KLIA sebab abah cakap MAS tak bagi keluar ke ruangan menunggu...hampeh betui...lastly,abah sampai di KLIA,abah terus buat facetime.. Jadi la kandapat la jugak tatap muka diorang..haha.. kekonon nak nanges la tapi diorang dok buat lawak-lawak,terus rasa ok la cikit..
Isnin, 13hb selepas subuh,mesej abah masuk.. Diorang dah selamat sampai di Madinah AL-Munawarah.. Alhamdulillah syukur semua selamat sampai sudah.. Teringin rasa nak ikut jejak kaki sekali tapi belum berkesempatan lagi.. InsyaAllah abah cakap akan bawak semua sekali nanti pergi sesame tunaikan umrah.. InsyaAllah kan.. kena kumpul cuti la macam nie..
Macam-macam amanat nie dikirimkan ke adik bila tiba sana..
- Tolong sampaikan salam kami sekeluarga kepada Baginda Rasullulah serta sahabat-sahabatnya
- Tolong doakan kesihatan anakanda Muhammad Izz Qhalish agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh kelak..
- Tolong doakan agarkan kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu-pintu rezeki yang ada untuk kita sama-sama sekeluarga merasa nikmat rezeki dari Allah SWT.
- Yang penting sekali,tolong jaga mama abah baik-baik kat sana...
Moga mama, abah dan adik dapat tunaikan umrah dengan baik dan diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah :)
Terubat jugak rindu hari-hari abah buat facetime :)
**Dalam kegembiraan,semalam terima berita sedih bila makcik call bagitau Jang (sepupu kepada mama) telah kembali ke rahmahtullah..Terkejut bila dengar sebab rasa tak pecaya.. Jang memang sakit buah pinggang dan sedang menerima rawatan dialisis..Ceritanya,arwah tengah mandi,tetiba saluran darah di tangan arwah jang pecah,darah penuh dalam toilet,arwah mungkin panik dan terus pengsan.. Bila bawak ke hospital,arwah dah meninggal dunia... Terbayang-bayang wajah arwah Jang
Innalillah... Moga arwah jang bersemadi dengan aman dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan arwah.. Al-Fatihah
Thursday, January 9, 2014
Takzirah Istimewa Dari Ustaz Dr.Ridhuan Tee Abdullah
Selamat Pagi Jumaat..Penghulu segala hari..Tersentuh hati bila pagi-pagi dengar takzirah yang sangat touching,yang sangat syahdu bila Dr.Ridhuan menyentuh bab ibu.. Sama-sama kita hayati
Wednesday, January 8, 2014
Tuesday, January 7, 2014
Imam Muda Cilik
Lepas Maghrib ibu baca Yassin, ayah pula baru nak solat Maghrib.. Nak bagi si kecik duduk senyap xpegi maner2,ayah pakaikan kopiah,bg buku nota satu terus senyap...hehe behave anak ibu nie.. Lepas ibu habis baca yassin,suruh dia tadah tangan baca doa..terus takmau suruh ibu buka telekung sebab nak peluk...aisehhh man..
Moga jadi anak yang soleh ye nanti sayang..Masa kecik mungkin susah untuk ibu besarkan Muhammad,macam-macam dugaan dan ujian..Mungkin ada hikmah dan Allah SWT telah aturkan yang terbaik untuk Muhammad bila besar nanti..Moga Allah SWT sedang aturkan kesenangan untukmu sayang bila besar dan menyenangkan ibu dan ayah kelak..InsyaAllah... Walau berat mana pon ujian dan dugaan dari Allah untuk ibu dalam membesarkan kamu,ibu pasti inilah amanat yang tinggi dari Allah SWT untuk membesarkan seorang anak.
Ujian serta dugaan Allah itu selalu buat ibu fikir,betapa sayangnya Allah SWT kepada ibu sebabnya tanda-tanda Allah SWT sayangkan hambanya melalui dugaan serta ujian dan pasti ibu la insan yang bertuah sebab Allah SWT selalu buat ibu ingatkan Allah SWT..
Be positive and smile always walau sebesar mana pon ujian yang menimpa kita.. Jangan sedeh bila Allah turunkan ujian sebabnya Allah sedang mengaudit hambanya yang terpilih..Subhanallah ;)
Duniaku Dakwahku
Assalamualaikum kalian semua.. :)
Bagi sesape peminat tegar realiti show "Pencetus Ummah" jangan lupa Khamis ni Mimbar Akhir ..
PU Rahmat, PU Yeop, PU Hafiz dan PU Shahul.. Masing-masing ada kekuatan dalam menyampaikan task dakwah tiap2 minggu...kalau tengok tiap minggu confirm akan menangis..tak kisahlah tajuk pape pon yg diorang sampaikan...
Dalam empat orang nie,paling suka sekali dalam penyampaian PU Rahmat dengna tageline dia "Saya Daie bukan Mufti".. Remaja yang formal latar belakang ilmu agamanya,bukan dari sekolah agama,hanya pelajar jurusan sains di UPM dan baru berusia 20 tahun..Tapi bila dia sampaikan tajuk yang dia dapat tiap2 minggu confirm tersentuh hati nie.. Kalau nak tengok siaran ulangan semula minggu2 yang sebelum nie boleh search youtube...
Jom setkan siap2 Khamis nie, jam 9 malam di Astro Oasis 106..
Wednesday, January 1, 2014
Bidadari Syurga
Assalamualaikum :>
Kisah Bidadari Syurga, Masyitah-Pesisir Rambut Firaun
Kisah yang meruntun sanubari seorang ibu..
Demikianlah
hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan
keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita
memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap
tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW
sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan
bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.
Memohon Restumu
(Berbahagialah kamu wahai anak-anak yatim piatu,kerana kalian tidak akan ada dosa kepada kedua ibu bapamu..berbahagia la kamu hingga ke akhirat kelak dan temuilah kamu kedua ibu bapa kamu di sana nanti...InsyaAllah)
Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Subscribe to:
Posts (Atom)