Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.
Ia juga
membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang
hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator,
kezaliman dan sebagainya.
Dalam ilmu tasawwuf,
mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara
bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah
dipanggil mujahid (bukan mu jahat).
Al marhum Said Hawwa dalam kitabnya تربتنا الروحية menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu pertama memencilkan diri, kedua diam, ketiga berlapar dan keeempat berjaga malam.
1. Memencilkan diri (al uzlah)
Yang
didekehendaki dengan al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada
segala kekufuran, kemunafikan dan pembuat kejahatan, termasuk menjauhkan
diri daripada majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah.
“Dan aku akan
menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku
akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan
berdoa kepada Tuhanku".
(Maryam:48)
Dan
apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat kami, maka
tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang
lain. dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka
janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat
(akan larangan itu).
(al an’am:68)
Walau
bagiamanpun uzlah ini bukanlah berpanjangan sepanjang masa. Ianya
merupakan ubat hati untuk melawan sifat mazmumah. Sekiranya hati sudah
terubat dan tidak terikut kepada kejahatan maka hendaklah dizahirkan
kebenaran di hadapan kebathilan sebagaimana hadis nabi SAW:
“Tetap
akan ada dalam kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak
akan terhina dengan penghinaan yang dilemparkan kepada mereka..”.
2. Berdiam (as somt)
Orang tua-tua ada berkata “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”. sabda nabi SAW yang bermaksud “ Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata perkataan yang baik ataupun dia diam”.
As somt
yang dikehendaki di sini ialah menjaga lidah daripada daerah dosa dan
lagha seperti mengumpat, mencaci, mengadu domba, bertengkar, memaki
hamun, bercakap perkara yang sia-sia dan sebagainya.
Sekiranya
kedaan memerlukan kita untuk bercakap atau bersuara, seperti amar
makruf nahi mungkar, mengajar manusia tentang Islam, maka ketika itu
berdiam adalah haram. Diam adalah wasilah untuk mencapai reda Allah.
Ianya bukanlah matlamat dalam kehidupan kita.
3. Berlapar (al ju’)
Hukum asal dalam soal
makan minum ialah makan untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat
mengerjakan suruhan Allah. Membazir dan berlebihan adalah dilarang.
Hai
anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid,
makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(al a’raf:31)
Orang
yang sentiasa berlapar akan dikurniai kejernihan hati dan hikmah. Lapar
akan melemahkan hawa nafsu untuk mengerjakan kejahatan. Di antara rukun
Islam ialah berpuasa. Puasa disifatkan oleh nabi SAW sebagai pendinding
diri daripada mengerjakan sesuatu yang dilarang. Sabda nabi SAW:
“Wahai
para pemuda! Barangsiapa yang mampu berkahwin, maka kahwinlah.
Sesungguhnya dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga
kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana
puasa itu adalah pendinding”.
4. Berjaga malam (as sahr)
Islam
mengajar umatnya supaya pandai mengurus dan membahagikan masa. Sekiranya
kita tidak pandai mengurus masa tidur, maka ianya boleh menyebabkan
kita mengalami kerugian yang besar. Kita berkemungkinan tidak dapat
solat subuh berjamaah, beristighfar pada waktu fajar, solat tahajjud dan
solat isya’ berjamaah.
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan
mata air-mata air, Sambil menerima segala pemberian Rabb mereka.
Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat
kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan
selalu memohonkan keampunan pada waktu pagi sebelum fajar. “
(az zariyat:15 – 18).
“Hai
orang yang berselimut (Muhammad), Bangunlah (untuk sembahyang) di malam
hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah
dari seperdua itu sedikit. Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al
Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan
kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah
lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang
(banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan
penuh ketekunan.”
(al muzzammil:1 – 8)
Amat
malang pada zaman sekarang ini manusia berjaga malam bukan untuk
beribadat tapi untuk buat maksiat. Keindahan malam yang mahal harganya
ditukar dengan noda dan dosa.
Lebih malag lagi sekiranya solat subuh tidak terlaksana apatah lagi
solat tahujjud. Orang lain solat tahujjud kita bangun terkejut!
No comments:
Post a Comment