Assalamualaikum w.b.t
Yang hidup pasti akan mati menemui PenciptaNYA..Ajal maut jodoh pertemuan semuanye rahsia Allah SWT..siapa kita untuk menidakkanya.. Syukur Ya ALLAH buat buat kedua ibu bapanya yang dikurniakan seorang anak yang tinggi budi akhlaknya..Seorang anak yang telah dipanggil Allah dalam keadaan syahid..Ya Allah,siapa menduga siapa menyangka kan..
Baca la kisah ini unutk buat kita sedar akan Perjanjian Allah itu Pasti dan tidak mustahil bagiNYA. AL-FATIHAH
Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan
takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad
Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad
Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar
merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal
di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian
peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali
ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH
mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan
keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga
PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata
bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi
untuk bersinar pada masa akan datang.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera
Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam
bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk
menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb
November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan
mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada
kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan
penuh redha. Amin.
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang
dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan
bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai
menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah
bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya
kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu
bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana.
ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula
ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para
pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi
jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat
hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah
sesuatu peristiwa.
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu
Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada
pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam
cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru
hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh,
sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In
sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh,
didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga
akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat
Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta
saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat
dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat
maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan
disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri,
pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan
Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan
isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis
pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap
Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para
sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama.
Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama
ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan
sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk
menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan
Hayrat İnsani Yardım .
Perancangan ALLAH SWT.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.
HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM.
Presiden ABIM.
Ahmad Ammar dalam Kenangan
No comments:
Post a Comment