Assalamualaikum :)
Minggu ni genap 27 minggu kandungan aku.
Lagi 3 minggu cukup 6 bulan. Aduhh berbaki lagi 3 bulan sebelum nak deliver. Takut pulak rasa.. Kadang-kadang sampai terbawa dalam mimpi yang aku ni dah bersalin.. Hahaha..
Kali ni nak sharing sedikit tentang perihal berpantang. Setiap orang mesti ada cara dan kaedah berpantang yang tersendiri kan.. Ecited terlebih pulak rasa, bersalin belum , tapi dah bercerita tentang pantang ye.. Bukan camtu, saja nak sharing benda yang boleh bagi sedikit input even tak banyak kepada reader yang baca blog aku ni.
Seperti kelahiran anak pertama dulu, aku tak berapa tahu sangat nak guna set bersalin mana, yang mana yang ok dan tidak menyusahkan aku kalau berpantang sendiri. Jadi aku pun refer ke akk ipar dan akak-akak sepupu,makcik aku yang lebih pengalaman dari aku. Diorang suggest untuk pakai Nona Roguy.
So, anak yang sulung aku beli set bersalin Nona Roguy. Tapi aku hanya beli yang mana PERLU sahaja. Sebabnye aku lebih prefer berpantang cara orang dulu-dulu berbanding makan or minum jamu or something yang telah dimodenkan. Pantang dengan mak kan, so aku kena ikut cakap dia la.. Hahaha.. Bagi aku ok jer sebab aku jenis tak tahu apa, so semua aku depends pada mak aku.
Tapi utk kelahiran kali ni, aku masih memilih set bersalin Nona Roguy. Tapi aku beli full set sebabnya harganye sangat-sangat berbaloi. Hanya RM240 sahaja berbanding harga asalnye RM300++.
Meh nak cerita sikit kenapa aku masih menggunakan set bersalin Nona Roguy nie.
Set Lengkap Nona Roguy
Ok, aku review sikit masa aku pakai di kelahiran pertama dulu. Aku hanya beli Phytonatal, Minyak Herbanika dan Krim Herbanika Barut. Paling suka sekali is minyak herbanika.. Memang berkesan sangat-sangat untuk badan aku. Lepas je mandi, aku akan terus sapu di betis dan tapak kaki and terus pakai stokin. Memang badan tak rasa angin lansung.. Bila nak pakai barut tu, aku sapukan dulu Krim Herbanika Barut. Boleh nampak kesan dia lepas 2minggu kita pakai.. Macam mana aku boleh nampak kesannya, nahhh masa aku memula pakai benkung kan, aku akan selalu ingat panjang mana tali bengkung aku yang terakhir bila ikat. Then aku perasan lepas 2 minggu je aku pakai, lagi panjang tali bengkung terakhir aku tue. Makna kata, perut aku dah semakin mengempis. Bau minyak-minyak ini memang macam herb sikit, tapi bau dia sedap. Aku jenis yang tak suka bau minyak, apatah lagi nak sapu menyapu ni. Tapi minyak nona roguy ni aku boleh pulak go on..
Untuk Phytonatal ni, aku tak habiskan pon sebabnye anak aku kuning agak tinggi, aku stop dulu makan, and aku stop terus buat selama-lamanye.. Hehehehe..
Kali ni yang buat aku masih nak pakai set bersalin ni and terus beli full set, sebabnye masa aku bersalin anak sulung, aku perasan yang leher aku ada kesan hitam-hitam.. Hormon bersalin gamaknye. Ada orang masa mengandung mengalami masalah macam tu kan.. Aku pulak terbalik, lepas bersalin baru nampak kesannya. And aku nampak diri aku sendiri terlalu gemuk.. Ke cermin tu yang jahat.. Hehehe..
Meh kita tengok apa kelebihan set bersalin Nona Roguy ni
Minyak Herbanika
Sapuan Minyak Herbanika ni untuk bersalin normal mahupun pembedahan. Gosokkan minyak herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala serta tenguk dan bahu. Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang secara pembedahan
Untuk bersalin normal: Tuangkan minyak herbanika ke bahagian sulit (biat minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari.
Uncang Cuci Herbanika
Ini khas untuk sesi basuh bahagian sulit untuk bersalin normal. Amik 2 gengam garam dan 2 peket Uncang Cuci Herbanika. Masukkan ke dalam sebekas air suam panas.. Then lakukan cucian serta cebok ke bahagian sulit dan luka jahitan. Kesat kering dan sapukan minyak herbanika ke bahgian luka jahitan.
Untuk yang bersalin secara pembedahan pula, rendamkan 1 peket Uncang cuci herbanika ke dalam sebekas air suam. Cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih.
*Uncang cuci herbanika boleh direbus bersama daun sireh, inai, daun pandan, serai wangi, halia tua, halba dan garam untuk dijadikan "Mandian Herba" ibu bersalin selama 14hari-30hari.
Akar Herbanika
Untuk minuman Antioksidan
Minum 2-4 gelas sehari. rendam 2 peket akar herbanika bersama air panas yang mendidih sehingga kelaur pati herba teh sederhana pekat. Boleh campur dengan madu sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.
Phytonatal
Tablet Pembersih Rapi Dalaman
Boleh diamalkan pada hari ke-4 bersalin. Tapi jika anak ada kuning, tunggu sehingga baby pulih dan sihat dulu then baru start makan.
(Atas pengalamn diri sendiri, makan jamu ni sehingga yakin anak bebas dari jaundice dan siaht sepenuhnya. Makan selepas pantang pon boleh jer)
Krim Herbanika Barut
Krim ni digunakan sebelum kita nak pakai bengkung.. Sapu ke bahgian perut serta pinggang, sapu rata Krim Herbanika di perut, ari-ari,pinggang, pinggul sertas atas peha.. Then pakai la benkung.. Confirm sangat selesa and hasilnye sangat-sangat berkesan.
Herbanika Lulur
Fungsi Herbanika Lulur ini untuk menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan disamping mengelakkan kemasukan angin sejuk.
Ini part yang paling aku suka... Memang aku lulur habis satu badan nanti... hahaha
Masing-masing mesti ada set bersalin yang korang rasa sesuai dengan badan korang kan.. Ini hanya perkongsian peribadi aku jer ye.. Before this aku ada servey set yang lain dan ada jatuh hati dengan set Tanamera. Tapi set tu untuk luaran ajer, macam ala-ala spa.. Agak pricey jugak bagi aku.. Better kita pakai benda yang kita pernah pakai dah kan..
Semoga info ni boleh dijadikan panduan untuk ibu yang bakal melahirkan baby nnt.. Terus aku rasa macam nak luruh jantung.
Ok bye!