Thursday, July 10, 2014

Sumbangan Ikhlas Bagi Projek Ramadhan Palestin 1435H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum 


Satu dunia digegarkan dengan berita bumi QAZA telah diserang lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Keluarga Islam kita disana sedang menderita, sedang melaung ALLAHU AKHBAR!! berulang kali, sedang bertarung nyawa bagi meneruskan kehidupan, kesemua mereka sedang BERJIHAD FISABILILAH ke jalan Allah, InsyaAllah.. 

Seluruh negara ISLAM sekarang meratapi segala yang berlaku disana sekarang.. Israel Laknatullah sedang brmaharaja lela melepakan segala kecanggihan yang mereka kecapi bagi  menghapuskan kesemua yang ada dibumi QAZA..

Kita yang disini yang sentiasa bergembira tak kira apa keadaan, hanya mampu berdoa, berdoa serta berdoa, dan teruskan berdoa, teruskan dengan QUNUT NAZILAH, itu yang mampu kita lakukan sekarang.. Buat selagi kita mampu yang terbaik untuk keluarga ISLAM kita di sana..

Sebuah Syarikat yang bernama AQSA SYARIF sedang giat mengutip dana mereka untuk diberikan kepada keluarga ISLAM kita disana.. Projek ni diberi nama Projek Ramadhan Palestin.


Sesiapa yang nak menderma bolehla terus menyumbangkan ke account bank yang tertera di atas nie.. 

Untuk yang kurang kemampuan, korang jugak boleh menyumbangkan dalam bentuk SMS:

AMAN PALESTIN
Taip PALESTIN 5/10 ke 39111
 


Semoga amal kebajikan kita bagi membantu keluarga ISLAM kita disana boleh dijadikan saham akhirat bagi kita sekeluarga.. Buat apa wang yang banyak kalau kita tidak memanfaatkan kepada orang lebih memerlukan.. 

Kita disini, sentiasa mengejar wang sebab kita bukan dikalangan orang yang senang-lenang, tapi mereka di sana tiada masa untuk mengejar semua itu, dalam pemikiran mereka hanya untuk menjaga keluarga mereka, menjaga peninggalan Nabi-Nabi  kita, menjaga negara mereka yang seperti tak nampak macam sebuah negara..

"Ya Allah, selamatkan keluarga kami di sana Ya Allah.. Berikan lah mereka kehidupan yang sebagaimana KAU berikan kepada kami disini Ya Allah"

IFTAR RAMADHAN



Assalamualaikum ;)

Majlis Iftar Kelab ICT
Banyak sungguh juadah , tak mampu rasa nak makan semuanye.. Last-last makan nasi dengan kuih ajer..

Lauk banyak sangat, sampai tak terdaya rasa nak stay lelama.. Lepas makan je, terus balik sebab nak kejar Maghrib... Muhammad apa lagi sakan sungguh la dia kan...


 Ibu suruh senyum, bukan main merenyih lagi dia...

Monday, June 30, 2014

Ramadhan Kareem


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Baru ada kesempatan nak update belog.. Sudah masuk hari ke-3 kita semua ummat Islam berpuasa.. Kejap jer rasa masa berlalu kan... Alhamdulillah, tak ade rasa penat ke, letih ke.. Lapar pon alhamdulillah boleh tahan lagi..


Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, kemampuan yang tinggi bagi menjalankan ibadah pusa pada tahun ini.. InsyaAllah semoga kita perolehi keberkatan serta pahala yang berganda pada Ramadhan kali ini ye.. Semoga amalan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari ALLAh SWT..

Masa tengah google time free2 nie, terjumpa peristiwa-peristiwa pada Bulan Ramadhan.. 



Last but no least, nak korang semua tengok video nie... Mengalir air mata bila tengok video nie.. MasyaAllah, terpegun dan terkaku sebentar bila tengok anak kecil fasih bila dapat menghafal 29 juz Al-Quran.. Ya ALLAH, budak seusia 5 tahun diberi keistimewaan yang sangat luar biasa.. Bangganya ibu bapa dia kan... 


Hinggakan seorang ustaz pon tunduk pada si kecil Musa namanye... Moga Syurga tempatmu wahai si kecil.. Moga jadi anak yang berguna ye sayang nanti... 

Harap anak-anak kita pon akan jadi macam ni one day nanti.. InsyaAllah..

Ok la, Selamat Berpuasa ye semua...

Thursday, June 26, 2014

Kesayangan Tok Abah & Tok Mama



Assalamualaikum, Salam Jumaat :)

Pagi-pagi Jumaat, Tok Abah dah call ibu.. Susah nie nak dapat call dari tok abah, sebabnya tok abah sibuk dengan surau dekat rumah, nak siapkan sebelum menjelang Ramadhan ahad ni.. Kalau call tok mama pon, belum tentu dapat cakap dengan tok abah... Sampaikan tok mama dah bunyi, tok abah susah dikesan dah sekarang... hihih...

Tok Abah call semata nak ingatkan ibu jangan bawak Qhalish keluar sangat sebab musim jerebu... hehehhee risau benor kat cucu teruna dia sorang nie.. Satu-satunya cucu teruna yang dia ada... aisehhh tok abah rindu kt Qhalish ke ni...  

Musim jerebu kan sekarang, tapi Alhamdulillah macam kurang cikit je kat Putrajaya ni, kalau tak risau jugakla ibu.. Qhalish bukan boleh cuaca teruk, kang mula la asthma dia attack.. 

 Masa nie Qhalish umur 6-7 bulan kot... Bestfriend dengan tok abah ok.. Pantang nampak tok abah, menangis nak ikut or nak suruh dukung.. 

Tok abah suka dukung or main kalau cucu dia dah besar sikit.. Kalau dulu masa lahir-lahir, time lembik-lembik tu tok abah jarang sangat nak dukung or pegang, takut katanya... hihihih...

Kesayangan tok mama and tok abah..


Hanna NurJiha, Muhammad Izz Qhalish and Hanna NurJuma










Man..Man..Spiderman



Assalamualaikum ^*,*^


Tudia, sekali jumpa spiderman real punya...Ingatkan takut,rupanye gemor kat spiderman ni... kihkih.. yang tak tahan,nampak tak kat tangan dia tu dok pegang spiderman kecik.. Siap cakap "ama"... kekononnye la kan...

Sejak bila miant spiderman pon tak tahu la.. Kalau nak keluar pon, nak pakai selipar spiderman.. Ibu la jenuh kena pujuk pakai sandle elok sikit kan...

Seronok tengok telatah budak kenit ni, sejak dah pandai cakap ni, lagi la tak larat nak layan mulut dia.. Kekadang tak tahu apa yang dia nak.. Kita nak mandi, dia pun kalut suruh buka baju sambil cakap "andi".. dok cakap pelat dia la... Citer upin ipinhabis pon jerit satu umah "ayah".. ingatkan panggil ayah dia, rupanya habis sudah... kahkahkah... Jenuh ibu nak kena translate bahasa pelat dia tu.. Makin besar makin cerdik.. Makin banyak akal jugakla, bangun pagi-pagi, terus minta "enset".. alahai anak, moden ye kamu.. Main puzzle sorang-sorang pon pandai, ayahnye ajar sekali jer...

Esok besar, jadi orang berguna ye sayang :)

Thursday, June 19, 2014

Kisah Burung Tiong dan Sakaratul Maut



Assalamualaikum :)




Meskipun seekor burung yang selalu mengucap khalimah syahadah yang sering diajar oleh tuannya, Sedangkan ahli ulama yang selalu mendalami ilmu agama dan ilmu akhirat, lidah yang selalu dibasahi oleh khalimah-khalimah Allah, akan tetapi bila tiba masa Malaikat Maut datang bertemu, entah apa mungkin boleh lidah ini mengucap Khalimah Syahadah ketika dicabutnya nyawa kita.. Entah boleh atau tidak mulut ini bisa mengucap seperti selalu kita lakukan.. 
 
Tidak tergambar sakitnya mati. Tidak tergambar bagaimana reaksi tibanya Malaikat Maut ketika itu.. Walaupun ahli ulama pon takut akan masa yang bakal semua makhluk di dunia ini akan merasai, apatah lagi kita yang ilmunya entah cukup atau tidak untuk dijadikan bekalan..
 
Semua makhluk akan meminta dihidupkan semula untuk kembali ke dunia nyata. Untuk mencari bekalan yang belum tentu akan cukup sampai bila-bila..

Takut,takut,takut.. Itu yang sentiasa keluar di kotak fikiran ini bila tengok kematian.. Bagaimana pula bahagian kita hendak menemu Sang Pencipta.. 

Moga dipanjangkan umur buat semua bagi mengejar ilmu akhirat

Wednesday, June 18, 2014

KHAFAN dari ANAKNYA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum