Thursday, July 10, 2014

Sumbangan Ikhlas Bagi Projek Ramadhan Palestin 1435H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum 


Satu dunia digegarkan dengan berita bumi QAZA telah diserang lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Keluarga Islam kita disana sedang menderita, sedang melaung ALLAHU AKHBAR!! berulang kali, sedang bertarung nyawa bagi meneruskan kehidupan, kesemua mereka sedang BERJIHAD FISABILILAH ke jalan Allah, InsyaAllah.. 

Seluruh negara ISLAM sekarang meratapi segala yang berlaku disana sekarang.. Israel Laknatullah sedang brmaharaja lela melepakan segala kecanggihan yang mereka kecapi bagi  menghapuskan kesemua yang ada dibumi QAZA..

Kita yang disini yang sentiasa bergembira tak kira apa keadaan, hanya mampu berdoa, berdoa serta berdoa, dan teruskan berdoa, teruskan dengan QUNUT NAZILAH, itu yang mampu kita lakukan sekarang.. Buat selagi kita mampu yang terbaik untuk keluarga ISLAM kita di sana..

Sebuah Syarikat yang bernama AQSA SYARIF sedang giat mengutip dana mereka untuk diberikan kepada keluarga ISLAM kita disana.. Projek ni diberi nama Projek Ramadhan Palestin.


Sesiapa yang nak menderma bolehla terus menyumbangkan ke account bank yang tertera di atas nie.. 

Untuk yang kurang kemampuan, korang jugak boleh menyumbangkan dalam bentuk SMS:

AMAN PALESTIN
Taip PALESTIN 5/10 ke 39111
 


Semoga amal kebajikan kita bagi membantu keluarga ISLAM kita disana boleh dijadikan saham akhirat bagi kita sekeluarga.. Buat apa wang yang banyak kalau kita tidak memanfaatkan kepada orang lebih memerlukan.. 

Kita disini, sentiasa mengejar wang sebab kita bukan dikalangan orang yang senang-lenang, tapi mereka di sana tiada masa untuk mengejar semua itu, dalam pemikiran mereka hanya untuk menjaga keluarga mereka, menjaga peninggalan Nabi-Nabi  kita, menjaga negara mereka yang seperti tak nampak macam sebuah negara..

"Ya Allah, selamatkan keluarga kami di sana Ya Allah.. Berikan lah mereka kehidupan yang sebagaimana KAU berikan kepada kami disini Ya Allah"

No comments:

Post a Comment