Monday, November 10, 2014

Pening Memikior


Assalamualaikum ;)

Otak masih ting tong memikirkan nak celebrate macam mana la birthday anak teruna sorang ni. 
Ahad mendatang ni, 16 November 2014.

Tahun ni taknak buat party besar macam tahun lepas. Sebabnye tak larat nak kemas rumah nanti.. hehe. Lagipon mama abah baru je balik Penang harini. Diorang tak boleh stay lelama sebab mama kena mengasuh Hanna Nurjuma tue. Kesian plak kan nk hantar si kecik tu ke taska kakaknye. 

Nak planning sambut tepi pantai, musim hujan pulak sekarang ni. Takut pulak stay dekat pantai kan.. Mula la otak aku ni pikir yang macam-macam. Hikhik

Alahai anak, besday kamu , ibu yang excited terlebih.

Senang citer, ibu belikan je Lego Thomas. Kat Bangsar Village je ibu jumpa lego thomas... Dekat alamanda pon tak ade lagi ibu jumpa. 

Mamaz suruh bawak main layang-layang di Selayang. idea yang bernas tue.. hehehe.. Ayah Qhalish ni jenis gemar bawak anak tengok pameran, masuk muzium la.. hahahha.. Katanye Qhalish boleh belajar sambil berjalan.. Anak kamu baru 2 tahun la ayah oii.

Ok ibu, teruskan memikir la erk.. Tinggal lagi 5 hari je ni. 

Layan dulu video Qhalish jadi pelumba F1. Tok abah n tok mama gelak mengekek2.


Thursday, November 6, 2014

Terbang Tunduk by FynnJamal




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

WARKAH by FYNNJAMAL

Salam Jumaat Dunia :)

Jumaat yang penuh barakhah, pada minggu pertama pada Bulan November. 
Moga setiap amalan kita diberkati dan diterima Allah SWT.

____________________________________________________________________________________

Siapa tak kenal Fynn Jamal.


Memula memang aku tak pernah ambik pusing pon siapa orang ni, kenapa dia femes dangat, kenapa dia selalu disebut-sebut.

Sejak akhir-akhir nie, suara dia selalu kedengaran di corong radio tempatan. Lagu yang boleh buat kita semua terfikir sejenak, terfikir keistimewaan apakah yang Allah berikan kepada beliau. Kekuatan apakah yang Allah anugerahkan kepadanya.

 Setahu aku dia dulu seorang penyanyi, then dia quit dari bidang tersebut dan menjadi seorang tenaga pengajar di Kazakhtan. Dia juga merupakan pemegang Sarjana Bahasa tak salah aku. 

Dari yang aku terdengar kisahnye, dia dianugerahkan hadiah dari syurga yang penuh bermakna untuknya. 

BAKTI ARJUNA FITRI. 
Sebuah anugerah yang pastinya  pastinye buat setiap ibu dan ayah didunia ni tersenyum lebar. Dia penah meminta derma pada rakyat Malaysia untuk mengubati penyakit anaknye. Dari situ aku mula menjejaki siapakah Fynn Jamal nie. Besar pengorbanan dia, bagi aku.

Ayat-ayat penulisan dia boleh buat aku tersentuh and tergamam dengan bait-bait liriknya.Arjuna adalah salah seorang pesakit autism. Dia juga merupakan anak angkat kepada FynnJamal and her husband. Tapi kasih sayang yang dia tunjukkan, YaAllah,luluh hati tengok.

Aku mula cari nickname beliau di Instagram. Aku mula follow setiap aktiviti harian dia.Ujian yang dia hadapi  selamani, sama seperti dugaan silamku. Betapa kuatnye dia. Betapa susahnye hidupnya dulu. Akan tetapi sejak kedatangan Arjuna dalam hidup beliau, segalanye berubah :)

 Sehinggakan beliau menulis sebuah lagu khas buat Arjuna nya. Semoga anaknya besar nanti, Arjuna akan tahu betapa besar nilai kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Runtun hati ini, luluhnye jantung ni bila dengar setiap baris lirik lagu-lagu dia. Sangat-sangat bermakna.  Liriknya boleh buat kita menangis dan fikir yang sepatutnya kita patut rasa BERSYUKUR dengan tiap benda yang kita lalui.




Warkah FynnJamal


 Hebat orangnya bukan kerana dia terkenal dipelusuk dunia.
Hebat orangnya bukan kerana dia selalu bersuara lantang.
Hebat orangnya bukan kerana dia mengkritik and menjatuhkan orang.

TAPI

Yang buat aku bangga dengan beliau,
Beliau hebat dimata aku dengan sikapnye.
Beliau hebat kerana tutur kata yang keluar dari mulutnya.
Beliau hebat kerana berjaya buat hati aku luruh seluruh-luruhnya.
Beliau hebat kerana beliau hebat pada mata suami and Arjuna. 



Followers,
-Melly-




Wednesday, November 5, 2014

Dengarlah Bintang Hati


DEMEISIS


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
 Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
 Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh
 Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
 Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
 Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Terpengaruh & Mempengaruhi


Assalamualaikum:)

Tajuk entry tak boleh blah kan. KihKihKih.

Sekadar propaganda je ni

Sekarang, Qhalish suka sangat meniru apa-apa yang dia dengar and lihat. Dari tv sampai la ke internet. As a parent, kena la pantau jugak, takut nanti benda lain pulak yang dia terpengaruh kan


Jenuh aku fikir dia tengah tiru apa la kan, rupanye iklan maxis. ok anakku, teruskan la ye


 
Kalau kita cakap pon sekarang, di ajuk-ajuk pulak kita bercakap. bertuah betul. Diulang pulak ayatnye tu sampai cukup 3 kali. Hahah bagus, ikut sunnah la Muhammad nie.. 








Istiqamah


Assalamualaikum :)

Wehooo lagi 2 minggu anak teruna ibu nak menjangkau umur 2tahun dah. Tapi tahun ni taknak la buat besday party untuk dia. Tahun ni celebrate kat luar dari Putrajaya kejap.. ahaha.. tukar angin pulak ye. Sekali sekala bawak dia g jenjalan

Sekarang, kena latih dia semua benda start now. Even dia kecik tak tahu pape pon, hati ibu ni membuak-buak tak sabar nak ajar dia macam-macam yang lebih advance. 

Now, dia selalu tiru gaya ibu&ayah solat. Then, terlintas satu perkara di hati n minda ibu. Apa kata ibu ajar dia dari A-Z and dari awal hingga akhir cara-cara nak dirikan solat. 

So, bila masuk je waktu solat, Azan pon dah habis berkumandang, ibu pon cepat-cepat panggil Muhammad, jom solat dengan ibu. Even time tu dia tengah main ke apa ke, aku pujuk je dia. Terus aku ajak dia masuk toilet, ajar ambil wudhu' macam mana. Apa lagi kan, suka tersangat la sampai boleh melompat kalau dah kasi chance main air. Aku pon ajar la dari basuh tangan hingga la ke kaki. Tapi version faster ala-ala train gitu. Sebabnye nanti dia asyik nak main air je nanti.. hikhikhik 

Terus suruh dia hamparkan sejadah, jenuh dok perbetul ni taknak kasi melepek. Aku pon teruskan soalt, dia ikut jela.. Mulut dia macam biasa bunyi macam dok jampi serapah. Ok abaikan jela kan... Habis je solat, aku suruh dia tadah tangan. Tak sempat nak baca sampai habis, terus amin. Haha gelojoh kau nak.. Then aku suruh dia salam tangan and kiss.

Nahhh, kalau hari-hari kita ajar, InsyaAllah berhasil kan. 
Dengan aku kemain solat sampai habis. Kalau dengan ayah, hampeh. tungging terbalik sebab ibu sibuk ngintai tengok dia solat. 

 Moga jadi anak yang soleh ye sayang

*Next planning nak ajar dia tak pakai pampers*


Souvenir From HK


Assalamualaikum :)

Hokeyh, baru ada kesempatan nak update blog lagi. 

Isnin lepas, aunty Mawar & her husband baru je sampai dari honeymoon moonlight diorang. Ke HongKong atenye. Ibu sepantas kilat mengoder la macam-macam kan.. Even abah cakap barang sana mahal-mahal harganye. 

Hari-hari aunty mawar update apa aktiviti diorang kat sana. Yang paling jeles, diorang ke Disneyland Hong Kong.. Hadoiiii melepas ibu merasa nak ke sana. But adik cakap USS Singapore best lagi. Hikhik. Keterujaan melebih hanya menjurus kepada suami adik je.. hikhik. Sebab Disneyland adik cakap more ke budak-budak lagi. Ok Fine! One day nanti harus pergi. Jom menabung lekaih!!
 
Kita layan kejap gambar-gambar diorang ni erk. tengok gambar pon jadi la kan.

 
 View dari Hotel. -Dorsett Mongkok, Hong Kong-

Mongkok- Ladies Market, Hong Kong-

Avenue Of Stars, Hong Kong - View yang depan tu is Macau-

Disneyland Hong Kong


 Old Master G- Kowloon Park-






 Aunty belikan kawan-kawan Spongebob untuk Qhalish.. Suka kemain la kan..

Thanks Ye Aunty&Uncle untuk semua souvenir :)