Wednesday, January 15, 2014

Tanah Suci

Assalamualaikum, Selamat Pagi Cinta

Harini masuk hari ke-4 keluarga tersayang ada di Tanah Suci.. Abah,Mama dan Adik bertolak dari Penang ke KLIA, hari Ahad 12hb.. Sedeh sangat tak sempat jumpa diorang di KLIA sebab abah cakap MAS tak bagi keluar ke ruangan menunggu...hampeh betui...lastly,abah sampai di KLIA,abah terus buat facetime.. Jadi la kandapat la jugak tatap muka diorang..haha.. kekonon nak nanges la tapi diorang dok buat lawak-lawak,terus rasa ok la cikit..

Isnin, 13hb selepas subuh,mesej abah masuk.. Diorang dah selamat sampai di Madinah AL-Munawarah.. Alhamdulillah syukur semua selamat sampai sudah.. Teringin rasa nak ikut jejak kaki sekali tapi belum berkesempatan lagi.. InsyaAllah abah cakap akan bawak semua sekali nanti pergi sesame tunaikan umrah.. InsyaAllah kan.. kena kumpul cuti la macam nie..

Macam-macam amanat nie dikirimkan ke adik bila tiba sana.. 

  • Tolong sampaikan salam kami sekeluarga kepada Baginda Rasullulah serta sahabat-sahabatnya 
  • Tolong doakan kesihatan anakanda Muhammad Izz Qhalish agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh kelak..
  • Tolong doakan agarkan kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dibukakan pintu-pintu rezeki yang ada untuk kita sama-sama sekeluarga merasa nikmat rezeki dari Allah SWT.
  • Yang penting sekali,tolong jaga mama abah baik-baik kat sana...

 Moga mama, abah dan adik dapat tunaikan umrah dengan baik dan diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah :)

Terubat jugak rindu hari-hari abah buat facetime :)


**Dalam kegembiraan,semalam terima berita sedih bila makcik call bagitau Jang (sepupu kepada mama) telah kembali ke rahmahtullah..Terkejut bila dengar sebab rasa tak pecaya.. Jang memang sakit buah pinggang dan sedang menerima rawatan dialisis..Ceritanya,arwah tengah mandi,tetiba saluran darah di tangan arwah jang pecah,darah penuh dalam toilet,arwah mungkin panik dan terus pengsan.. Bila bawak ke hospital,arwah dah meninggal dunia... Terbayang-bayang wajah arwah Jang

Innalillah... Moga arwah jang bersemadi dengan aman dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan arwah.. Al-Fatihah

Thursday, January 9, 2014

Takzirah Istimewa Dari Ustaz Dr.Ridhuan Tee Abdullah


Assalamualaikum :)

Selamat Pagi Jumaat..Penghulu segala hari..Tersentuh hati bila pagi-pagi dengar takzirah yang sangat touching,yang sangat syahdu bila Dr.Ridhuan menyentuh bab ibu.. Sama-sama kita hayati


Tuesday, January 7, 2014

Imam Muda Cilik


Lepas Maghrib ibu baca Yassin, ayah pula baru nak solat Maghrib.. Nak bagi si kecik duduk senyap xpegi maner2,ayah pakaikan kopiah,bg buku nota satu terus senyap...hehe behave anak ibu nie.. Lepas ibu habis baca yassin,suruh dia tadah tangan baca doa..terus takmau suruh ibu buka telekung sebab nak peluk...aisehhh man..

Moga jadi anak yang soleh ye nanti sayang..Masa kecik mungkin susah untuk ibu besarkan Muhammad,macam-macam dugaan dan ujian..Mungkin ada hikmah dan Allah SWT telah aturkan yang terbaik untuk Muhammad bila besar nanti..Moga Allah SWT sedang aturkan kesenangan untukmu sayang bila besar dan menyenangkan ibu dan ayah kelak..InsyaAllah... Walau berat mana pon ujian dan dugaan dari Allah untuk ibu dalam membesarkan kamu,ibu pasti inilah amanat yang tinggi dari Allah SWT untuk membesarkan seorang anak. 

Ujian serta dugaan Allah itu selalu buat ibu fikir,betapa sayangnya Allah SWT kepada ibu sebabnya tanda-tanda Allah SWT sayangkan hambanya melalui dugaan serta ujian dan pasti ibu la insan yang bertuah sebab Allah SWT selalu buat ibu ingatkan Allah SWT..

Be positive and smile always walau sebesar mana pon ujian yang menimpa kita.. Jangan sedeh bila Allah turunkan ujian sebabnya Allah sedang mengaudit hambanya yang terpilih..Subhanallah ;)

Duniaku Dakwahku

Assalamualaikum kalian semua.. :)

Bagi sesape peminat tegar realiti show "Pencetus Ummah" jangan lupa Khamis ni Mimbar Akhir ..


PU Rahmat, PU Yeop, PU Hafiz dan PU Shahul.. Masing-masing ada kekuatan dalam menyampaikan task dakwah tiap2 minggu...kalau tengok tiap minggu confirm akan menangis..tak kisahlah tajuk pape pon yg diorang sampaikan...

Dalam empat orang nie,paling suka sekali dalam penyampaian  PU Rahmat dengna tageline dia "Saya Daie bukan Mufti".. Remaja yang formal latar belakang ilmu agamanya,bukan dari sekolah agama,hanya pelajar jurusan sains di UPM dan baru berusia 20 tahun..Tapi bila dia sampaikan tajuk yang dia dapat tiap2 minggu confirm tersentuh hati nie.. Kalau nak tengok siaran ulangan semula minggu2 yang sebelum nie boleh search youtube...

Jom setkan siap2 Khamis nie, jam 9 malam di Astro Oasis 106..

Wednesday, January 1, 2014

Bidadari Syurga

Assalamualaikum :>

Kisah Bidadari Syurga, Masyitah-Pesisir Rambut Firaun


Kisah yang meruntun sanubari seorang ibu..

Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.

Memohon Restumu


(Berbahagialah kamu wahai anak-anak yatim piatu,kerana kalian tidak akan ada dosa kepada kedua ibu bapamu..berbahagia la kamu hingga ke akhirat kelak dan temuilah kamu kedua ibu bapa kamu di sana nanti...InsyaAllah)

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku

Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan

Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim