Monday, November 25, 2013

MUHAJADAH untuk redhamu YA ALLAH


Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.

Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya.
Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid (bukan mu jahat).

Al marhum Said Hawwa dalam kitabnya تربتنا الروحية menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu pertama memencilkan diri, kedua diam, ketiga berlapar dan keeempat berjaga malam.

1. Memencilkan diri (al uzlah)
Yang didekehendaki dengan al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada segala kekufuran, kemunafikan dan pembuat kejahatan, termasuk menjauhkan diri daripada majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah.
“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku".
(Maryam:48)
Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).
(al an’am:68)
Walau bagiamanpun uzlah ini bukanlah berpanjangan sepanjang masa. Ianya merupakan ubat hati untuk melawan sifat mazmumah. Sekiranya hati sudah terubat dan tidak terikut kepada kejahatan maka hendaklah dizahirkan kebenaran di hadapan kebathilan sebagaimana hadis nabi SAW:
“Tetap akan ada dalam kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan terhina dengan penghinaan yang dilemparkan kepada mereka..”.
2. Berdiam (as somt)
Orang tua-tua ada berkata “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”. sabda nabi SAW yang bermaksud “ Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata perkataan yang baik ataupun dia diam”.
As somt yang dikehendaki di sini ialah menjaga lidah daripada daerah dosa dan lagha seperti mengumpat, mencaci, mengadu domba, bertengkar, memaki hamun, bercakap perkara yang sia-sia dan sebagainya.
Sekiranya kedaan memerlukan kita untuk bercakap atau bersuara, seperti amar makruf nahi mungkar, mengajar manusia tentang Islam, maka ketika itu berdiam adalah haram. Diam adalah wasilah untuk mencapai reda Allah. Ianya bukanlah matlamat dalam kehidupan kita.
3. Berlapar (al ju’)
Hukum asal dalam soal makan minum ialah makan untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat mengerjakan suruhan Allah. Membazir dan berlebihan adalah dilarang.
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(al a’raf:31)
Orang yang sentiasa berlapar akan dikurniai kejernihan hati dan hikmah. Lapar akan melemahkan hawa nafsu untuk mengerjakan kejahatan. Di antara rukun Islam ialah berpuasa. Puasa disifatkan oleh nabi SAW sebagai pendinding diri daripada mengerjakan sesuatu yang dilarang. Sabda nabi SAW:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu berkahwin, maka kahwinlah. Sesungguhnya dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah pendinding”.
4. Berjaga malam (as sahr)
Islam mengajar umatnya supaya pandai mengurus dan membahagikan masa. Sekiranya kita tidak pandai mengurus masa tidur, maka ianya boleh menyebabkan kita mengalami kerugian yang besar. Kita berkemungkinan tidak dapat solat subuh berjamaah, beristighfar pada waktu fajar, solat tahajjud dan solat isya’ berjamaah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, Sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan keampunan pada waktu pagi sebelum fajar. “
(az zariyat:15 – 18).
“Hai orang yang berselimut (Muhammad), Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.”
(al muzzammil:1 – 8)
Amat malang pada zaman sekarang ini manusia berjaga malam bukan untuk beribadat tapi untuk buat maksiat. Keindahan malam yang mahal harganya ditukar dengan noda dan dosa. Lebih malag lagi sekiranya solat subuh tidak terlaksana apatah lagi solat tahujjud. Orang lain solat tahujjud kita bangun terkejut!


Sunday, November 24, 2013

Thanks For Coming

Terima Kasih pada yang sudi datang memeriahkan lagi majlis harijadi Muhammad Izz Qhalish..

 Rainbow kek "Spongebob Theme".. sedap sangat2,tak manis sangat dan icing dia guna creamcheese..harga sangat2 berbaloi..

 Belon hasil buatan ibu dan ayah...hahaha...gigih ibu panjat malam tue..hahaha


Alhamdulillah syukur,rezeki Muhammad murah sangat..Terima Kasih aunty uncle yang kasi hadiah ye..pada yang kasi angpau pon terima kasih sangat2..

Friday, November 22, 2013

Janji Allah SAW tu PASTI

Assalamualaikum w.b.t

Yang hidup pasti akan mati menemui PenciptaNYA..Ajal maut jodoh pertemuan semuanye rahsia Allah SWT..siapa kita untuk menidakkanya.. Syukur Ya ALLAH buat buat kedua ibu bapanya yang dikurniakan seorang anak yang tinggi budi akhlaknya..Seorang anak yang telah dipanggil Allah dalam keadaan syahid..Ya Allah,siapa menduga siapa menyangka kan.. 


Baca la kisah ini unutk buat kita sedar akan Perjanjian Allah itu Pasti dan tidak mustahil bagiNYA. AL-FATIHAH


Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.

Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.

Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.

Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım .
Perancangan ALLAH SWT.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Salam.
HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM.


 Ahmad Ammar dalam Kenangan





Tuesday, November 19, 2013

4 Days ago...

Everything For U My Son :)

Its Coming Saturday,23 November 2012

Plan nak buat majlis kesyukuran dan majlis harijadi untuk anak teruna sorang tue..
Nak bagi dia rasa happy and seronok orang datang rumah ramai-ramai,
ayah dan ibu decide buat majlis untuk dia Sabtu nie even birthday Qhalish 16 November..
Sebab tok abah tok mama ade hal dan xdapat datang sini awal,maka tarikh telah dipinda...

Tapi tok abah xde masa buat majlis nie,tok abah terpaksa pergi Jakarta ade metting shipping...
Harap semuanye berjalan lancar,InsyaAllah...
Semua barang dah beli dan preparation pon dah complete... tinggal nak masuk dalam goodies beg jer... semangat giler ibu qhalish kan..Al-maklumlah nak sambut untuk pertama kali..

See u soon dearest :)

Sunday, November 17, 2013

My First Experience

Pon..Pon...

Bapak Ku Pulang Dari Kota,Bapak Ku Belikan Kereta 
hahahhaa,intro je dah nyanyi2 bagai..haaa,lagu zaman dulu-dulu kala,zaman budak hingusan main jentik2 guli ngn teng-teng...hehehee

Sudah cukup,cukup xpayah nak merapu kedana lagi...actualy nak citer pasal 1st experience si kecik nie naik kereta control selepas sehari keluar dari HUKM..Bukan main seronok bila balik rumah je,ayah suprise kan kereta mini cooper dekat dia...Apa lagi teruja ya amat la nak naik,sampaikan walker pon dah tak layan...

Antara aksi-aksi si kecik ni naik 1st car dia

 stereng ditokaknye nak...tu kira nak tengok tv sambil driving la tue...tokseh duduk atas seat,bawah jugak fav dia nak duduk...


 ni ala-ala dh terer and macam budak besar kekononye...duduk dekat pintu kete..Sudah pernah sekali tergoleh jatuh keluar dari kete tu terus..hahaha...alahai anak,terlebih excited kononyer..tau ape yang dipegang ye tue,entena remote control untuk kete nie..hahaha,tu jugak yang dia nak main...


 Spongebob bole ikt kiter tau ronda2 naik kete...tapi ada masa jangan sape pon boleh menumpang kiter...hahahha...cian Mr.Bob tertungging2...



Oppa Gannam Style...hahahha..tergolek lagi sekali xtau la anak ibu aiii...

Sekarang kalau bangun je tido,cari car dia dulu...haaa sudah,xmenjadi jugak keje ibu sebabnye bila dia naik kete,kita kena control la kan...kalau kete xjalan,dia nnt goyang2 badan dia bg kereta tu bergerak...hahahha kelakar ank ibu...tp kena pantau la tiap kali naik kete sebab takut dia tergolek...

Rumah Pertamaku :)

Morning Peeps!!


Semalam ibu ayah usaha gigih nak pergi cari hadiah harijadi untuk anak bujang ibu sorang tue..Asalnye plan nak pergi lepas zohor,alih2 cikgu taska qhalish datang dok sembang psl bisness..Udah terbantut dh niat ibu mulanye..ayah plak layan citer tamil sivaji the boss tue...sudah sampai pukul 5.30ptg..alih2 pegi JJ Equin pukul 6.00 petang...hahahha...

So,misi bermula cari hadiah kt Qhalish...Cari punye cari terjumpa la set mini-clinic n tools,2 in 1 punye...Harga pon macam ok je ibu tgk kan,lastly grab jela yang tue...so tema untuk hadiah anak ibu nie,ala-ala castle gitu,so ibu pon beli la set mainan tracker korek tanah bagai tue..

Then mission seterusnye,pergi Daiso cari bola yang colourful tue...heheh murah cikit satu paket tu baru RM5,kalau di Toys Rus tue mau beratus...Sekali beli 4 pack terus...Sambil menyelam minum air,ibu beli jugak benda2 merapu lain di Daiso..hahah...dah terpesong niat ibu...

Ok,barang untuk main castle dah ade,tapi mesti la benda utama yang perlu ada is Tent...Tent yang ibu nakcari sangat perlu castle la kan...kan..kan...so memusing la kt JJ tu cari,yang ade kolam bentuk cendawan jela...hahhaa..xsesuai kau nyah...so ajak ayah pergi Alamanda plak,sebabnye aritu kawan tunjuk kat Carefour Alamanda ade jual...so gegas2 la plak ke sana...Alhamdulillah ade lagi rezeki ibu untuk beli khemah castle untuk mucuk ibu tue...


Nah kau,4 hadiah terus ibu borong kt qhalish...ibu n ayah yang semangat sangat nk buat nie sume..hahha..motif sebenar yang nak sangat beli hadiah harijadi untuk qhalish sebabnye,nasihat Doc qhalish xboleh kuar rumah sangat sampai la dia umur 2 or 3tahun...or senang kira sampai dia betul2 sihat...even sekarang pon nampak sihat sangat dah,xnak la amik risiko...naek motor petang2 pon dah batuk cikit and penat...tambah plak cuaca sekarang xbape nak elok kan...So xnak anak ibu tue bosan dok rumah je tiap hari,ibu buatkan taman tema ala-ala castle untuk dia...

Aktiviti memasang khemah n mainan sume dah siap sume..tinggal nak letak kat mana la khemah besar kebadak tue..hahahha...then nak g cari playmate yang dok femes satu ketika dulu tue...orang lain dah beli lama,yg aku ni baru nk g beli..hahhaa...xpe2 mesti murah lagi sekarang...

Nediaaa hasilnyer..

 jeng..jeng...kapal korek pasir..hikhik...


 mudah-mudahan anak ibu jadi doktor ye nanti...kihkih...


Rumah PertamaKu :)

I'm 1 YRS already :)

Salam semua
lama rasa tak update blog nie...cuti 2 weeks yang sangat2 heaven..masuk je semula kerja pack dengan kerja dan mood untuk berblogging xde lansung...nie haa baru mai mood dia..hahaha...

16 NOVEMBER 2013,tepat jam 12.55tengahari,anak ibu selamat dilahirkan..Ya Allah time tue syukur tak terkata tengok anak ibu yang gebu tue keluar dari rahim ibu...rasa rezeki dan amanah Allah SWT bagi kat ibu nie satu keajaiban... anak ibu diberi nama 
MUHAMMAD IZZ QHALISH..

jenuh jugak ibu nk kasi nama untuk anak ibu nie...Qayyum la,Iskandar la,Qhaleef la...hahaha,lastly Qhalish jugak ibu choose...nomei nomei je ye anak ibu nie...

Dalam doa ibu,ibu selalu doakan Allah SWT beri kesihatan yang baik untuk anak bujang ibu nie,diberi akal fikiran yang cerdik pandai,jadikan anak ibu anak yang soleh didunia mahupun diakhirat..
We Love u Till Jannah Sayang..

Perkembangan Qhalish 1 tahun:

~Sudah pandai berdiri sendiri tanpa berpaut or dipegang(tue pon kalau dia xsedar yg dia sedang berdiri sendiri)hikhikhik

~Sudah pandai geleng kepala kalau taknak makan nasi ke,potong kuku ke..digeleng2 kepala dia tanda taknak ok ibu!

~Sudah pandai tunjuk pintu tanda nak ajak keluar main depan rumah tok abah..haru ibu macam tue xnak dok dalam rumah dah si kecik nie

~Sudah pandai amik hp letak kt telinga tanda tengah bercakap dengan ibu tiap kali ibu buat facetime..hehe

~Sudah pandai kiss bila kita suruh dia kiss,plus dengan gigit sekali ok..

~Sudah pandai lambai tangan bila suruh say goodbye...suweettt ye sayang.. :)

~Ok,nie yang terbaru,bila dengar azan,letak tangan kt telinga..hahahha nie baru semalam tok mama cakap dia pandai buat...moga2 anak ibu bole jadi iman utk ibu dan ayah nnt ye sayang ;)

Alhamdulillah,kesihatan qhalish semakin baik n pulih...sejak keluar dar HUKM sume benda dia pandai...kitorang pon macam pelik tp hati nie syukur sebab qhalish tak terlambat even stay dalam hospital dekat sebulan jugakla...Alhamdulillah Allah syukur ;)

 Ni jer modal aunty kasi qhalish main..sob..sob...jahat tau aunty nie... yg penting Mr.Bob mesti ada dalam kotak jugak sesame ngn saya ok!!




 Ni lagi syahdu ibu tengok...hahahha...nie sume kerja aunty Qhalish...nomei la ibu nengok...