Salam Jumaat :)
Sedih pulak dengar lagu macam gini pagi-pagi Jumaat nie...
Hidup pasti akan ada ujian dan dugaan kan... Tipu la kalau tak ada manusia yang dalam dunia ni hidup tanpa ujian dan dugaan..
Tanda Allah sayangkan kita, dengan turunnye ujian serta dugaan kat kita... Tuhan sengaja nak duga kita, sebab nak tengok kesabaran kita sebagai manusia.. Semua itu tanda Tuhan ingatkan kita sentiasa..
InsyaAllah akan ada hikmah semuanye..
AL-FATIHAH untuk arwah adik Muhammad Khaleed.. Arwah dilahirkan pada tanggal 27 Ogos 2014, dan telah menghadap illahi pada 28 Ogos 2014. Hanya 8jam arwah adik melihat dunia dan merasa dakapan seorang ibu..
Sebak sangat nak tulis entry ni sebenarmya.. Syurga tempatmu wahai adik tersayang.. even aunty tak dapat tatap wajah dia, aunty tahu adik seorang yang sangat suci dan kacak disisi Allah SWT..
Moga Maz dan Am tabah hadapi apa jua dugaan serta ujian Allah SWT.. Pasti ada yang baik yang Allah tengah rencanakan untuk kamu sekeluarga. Sudah pasti seorang anakmu sudah menunggu kamu berdua di pintu syurga...
No comments:
Post a Comment