Monday, December 9, 2013

Design Kitchen

Assalamualaikum

Hai la hari-hari bersemangat nak update blog..padahal diri sendiri je yang nak membaca..its ok janji layan je hari-hari mcm nie..log aduan plak xbanyak sangat,mayb semua orang pakat bercuti..

Harini saja nak sharing tentang interior design untuk kitchen yang sangat owesome.. suka sangat tengok design kitchen yang bercirikan english style.. Wah2 sudah pasang angan2 untuk rumah baru nanti nie..Semestinya untuk ubahsuai rumah nie memerlukan modal yang tinggi tapi kalau kena pada gayanya,InsyaAllah dengan modal yang ada,pasti rumah akan jadi lebih cantik kan.


1st design,sangat2 adore dengan warna putih,even cepat kotor sekali pun tetap nampak sejuk je kalau nk memasak.. Design nie sesuai jugak untuk apartment sebab ruangnye agak terhad.



 Nie cantik jugak tapi colour oh no!!terlalu terang..tak minat lansung.. tapi suka table top dia ala-ala bar nie..sesuai untuk apartment yang ruangnya kecik untuk buat partition antara ruang tamu dan dapur..



Design nie sesuai untuk rumah landed.. tapi xberapa berkenan kabinet atasnya tak
dipasang habis sampai ke atas..so tempatnya agak terhad.



Tiles yang lekat didinding tue sangat2 awesome ok. Sangat bericirkan moden temporary.Senang bila masak,kita boleh lap kalau berminyak or kotor kan. Then kabinet dia cantik dan warna sangat bravely..Masuk rumah terus mata melirik nak tengok dapur..haha
Sangat suka konsep sekarang build in terus avon.



Ok,cantik wood dia untuk kabinet nie..itu je nak cakap..haha


Oh pelisss,kenapa sume design suka buat kabinet sekerat macam nie...hahaha...suka hati la kan dah rumah kitorang...kahkah...cantik langsir ye..haha


Design kitchen nie sangat2 bagus..Walaupun sempit kita nampak kan tapi good idea la design dia. Penggunaan langsir macam dalam gambar sekarang sangat2 bagus..Its a Modern.


Ok,cukupla la kot kongsi beberapa contoh design kitchen yang boleh dijadikan idea nanti untuk rumah korang.. Boleh la sketch ikut contoh2 design diatas nie..ubah la ikut kesukaan design korang ye.. Semoga cantik ye nanti!

PART 3: ZIKIR TERAPI DIRI


Taubat Nasuha

Astaghfirullah Rabbal Barroya
Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Astaghfirullah Minal khotoya.
Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa

Astaghfirullah Rabbal Barroya
Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Astaghfirullah Minal khotoya.
Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Wa Wa habli rizqan waasi'a 
Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas
Wa tub 'alaia taubatan nasuha
Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha

Astaghfirullah Rabbal Barroya
Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Astaghfirullah Minal khotoya.
Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa

Sunday, December 8, 2013

Luncheon at Floral Restorant


~Salam~

Hujung minggu yang agak best jugak agaknye. Sabtunye ayah kena kerje,so ibu dan Muhammad santai-santai ajer kt rumah..xde buat pape. Ibu pon tak tahu nk masak ape dah..

Hari Ahad plak bangun je tido terus masak untuk breakfast sekali dengan lunch..memang sudah jadi tabiat rasanya sebab senang xpayah 2 3kali masak.. tengahari nanti boleh terus rehat..rajin kan i..hehe.. tup-tup ade orang call time tengah bersilat siapkan makanan. Kak Dilla call ajak lunch kat luar.. Alamak kitorang sudah masak la sis.. Dipujuk-pujuk,lastly asben cakap alrite je,kesian plak orang sudah beria ajak kan.

Restorant nie terletak di Jalan Ampang,dalam building The Ampark. Alamak xingat sudah landmark dia ape,rasanye belakang Nasi Lemak Antarabangsa la.. Very excited ok sebabnye cantik sangat resotrant nie.. rasa macam attend garden wedding plak..

ala-ala cinta winter sonata..haha

suka benor ayah..sebab dapat makan banyak sangat semalam...haha

 Sis Dilla,Azhar and Mikhail. View belakng cantik kan,ala arabian pon boleh jugak..

 Tak tahan ada lilin atas meja,bape kali tangan rasa terbakar bila nk amik lauk..hampeh

Nie antara sest nasi kalau kita ambik set lunch. lauk-lauk yang lain xsempat snap sebab sume macam pirahna makan..haha

Neway,thanks sis sebab sudi belanja kitorang makan..next treat nanti kitorang plak belanje ok..

Next plan ~ Johor,we are Coming :)

Happy 2nd Anniversary


Happy 2nd Anniversary Ayah

Tahun lepas celebrate masa dalam pantang...Harini 9 Disember 2013 genap 2 tahun sudah..
Xde pon sambut dimana-mana sebab hari kejer.

So semalam langkah kanan dan menganggap rezeki Muhammad nie,
Kak Dilla,Azhar n Mikhail ajak luncheon kat The Ampwalk..
Sedap sangat2 uolss..penuh meja kitorang oder..hihi
Kebetulan jugak harini Harijadi Azhar..

Moga diberikan keharmonian,kebahagiaan serta kasih sayang yang melimpah-ruah dalam keluarga yang kecil lagi comel nie..hihih..

Monday, December 2, 2013

Qunut Nazilah



Ya Allah
Moga Doa kami setiap hari
Didengari Kamu Ya Allah
Moga hamba-hambamu yang tatkala ini sedang bertarung nyawa
dalam peperangan,yang sedang syahid dijalan kamu
Diberi perlindungan olehmu Ya Allah

Berikanlah kemenangan kepada para pejuang syahid
dalam menuntut kebelaan
dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini Ya Allah



PART 2: ZIKIR TERAPI DIRI


~Rabbi Zidni~

Rabbi Ridzni Ilman Nafi'a
Wa Wa Fiqli Amalam Maqbula
Wa Habli Rizqan Wasi'a
Wa Tub'alayya Taubatan Nasuha

Allah Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
Ya Allah Ya Allah

Tuhan Berikan Ilmu Yang Berguna
Dan Taubatku Taubat Yang Sesungguhnya




Tiada pengampunan yang terbaik melainkan bertaubat kepadaNYA

My References :)

PART 2: MY IDOLE 

Salam

Entry untuk part 2 nie,just nk kongsi tentang my other reference yang boleh dikatakan sebagai idola saya.. 1st kenal seorang yang boleh dikatakan seorang sahabat juga tapi lebih kepada formal la. Tidak kekok untuk kongsi masalah dengan beliau,tidak kisah pape pon masalah kita. Dia banyak kongsikan pengalaman hidup dia. Maka saya jadikan dia sebagai satu landasan untuk saya ikut jejak langkah dia.. Mustahil itu kita letak sebelah dulu kan,yang penting azam dan nawaitu kita.

Seorang yang sangat bersederhana,seorang yang tidak  mementingkan kekayaan dunia,walaupun kenyataanya beliau sangat seorang yang berduit bila tengok pada kedudukannya sekarang. Pernah beliau menanyakan sesuatu kepada saya,
"Apa bezanya pakai kereta mewah pada usia 20an dan 40an"??
Tatkala itu,terpikir kenapa beliau tanya soalan sebegini sedangkan beliau sekarang dalam usia yang melingkaui 30tahun, yang mungkin gemar kereta berjenama mewah,sesuai dengan jawatan yang dipegang. Jadi,soalan tadi diberi jawapan yang bukan benda itu yang kita kejar sekarang. Tiada beza lansung umur berapa sekarang dan kelak jika kita pakai kereta pape pon. Sedangkan orang tidak tahu macam mana susahnya kita untuk mendapatkan sebuah kereta yang mewah. 

Mungkin benar apa yang dikata beliau, tak perlu kita kejar harta benda yang kemudian kelak akan menyusahkan hidup kita. Sekadar pakai yang mana kita rasa mampu mengikut taraf hidup kita.
Tiap kali berbual,sering kali dia cakap,saya telah lalui dan berjaya harungi dugaan yang berat untuk saya. Bagi beliau,belum tentu lagi dia mampu terima dugaan serta ujian seperti saya.

Katanya lagi,hidup saya bagi dia sudah lengkap kerna,sudah berjaya jadi seorang anak yang baik,jadi seorang isteri yang taat,jadi seorang ibu yang kasih pada Mhammad Izz Qhalish. Baginya,beliau tidak dapat lagi dan belum tentu lagi akan dapat kehidupan seperti saya. Tatkala itu,saya terfikir sejenak,Ya Allah kerdilnya aku,tidak pernah aku ucapkan syukur padamu atas kehidupan didunia ini sedangkan hambamu yang lain tidak mengecapi kehidupan seperti aku.

Tatkala saya dalam kesusahan,dia antara yang pemberi semangat dan kata-kata nasihat. Beliau tak pernah putus bagi saya kauseling agar saya tak pernah serik untuk berhadapan dengan ujian duniawi. Hidup beliau juga pernah dirundung kesedihan tapi beliau tak pernah patah semangat untuk terus kehadapan. Baginya hidup itu hanya sekali,kenapa kita perlu sia-siakan masa singkat yang ada sekarang,. Bangun dan tunjuk pada duniawi yang kita tak selemah orang sangkakan.

Bagi saya,dia tetap idola saya untuk saya motivasikan diri saya untuk terus kuat,cekal dan tabah harungi pancaroba duniawi. Siapa kita untuk menyangkal kehendak Allah,tapi bagi beliau,jangan anggap diri kita lemah,jangan anggap diri kita terlalu kecil dan hina pada pandangan mata manusia yang tinggi darjatnya. Jangan jadikan diri kita sampah bagi orang sekeliling menghina,mengata serta melempar macam-macam tohmahan,tetapi jadikan diri kita sebagai sebuah rumah yang nampak je usang,tapi didalamnya dipenuhi dengan perkakasan yang cantik,bauan yang wangi,ditumbuhi pokok yang berwarni-warni.

Jangan jadikan hidup ini terlalu rumit untuk kita layari. Luah ape yang perlu kira rasa luah pada orang yang betul-betul boleh beri kata semangat dan tidak patahkan semangat kita untuk teruskan hidup. Kata-kata semangatnya selama saya kenal tak sampai setahun ini buat saya pikir dalam kesusahan serta ujian yang sering datang dan pergi,Allah SWT tetap sayangkan saya sebab hadirkan seorang hamba yang boleh dianggap sebagai sahabat yang baik akhlaknya.

~Syukur Ya Allah~