Sunday, July 13, 2014

TQ GROUPON


Assalamualaikum blogger :)

Taraaaaa, barang yang ayah&ibu oder untuk Muhammad Izz Qhalish dah sampai... terkejut ibu, orang Qdex tu ketuk pintu rumah rasa macam gempa bumi jer... Aisehh macha, nasib anak i tak terjaga tau dari tido..

Lepas sesi pujuk-memujuk ayah, akhirnya ayah beli jugak kat Muhammad... hehehe.. Dah lama tau ibu cari benda nie, asyik tak berkenaan jer and masalah harga jugak salah satu nyer... 

Set water Painting And Water Doodle Learning Mat

Ibu ayah sekarang suka sangat shopping online dekat Groupon.. Senang and sangat banyak barang kat situ.. Dari dewasa ke kanak-kanak.. Dari Barang rumah, percutian, barang kemas and boleh dikatakan semua ada la.. Dah macam One Stop Center gitu... heheh

Ada 2 set, Set Basic and Set Musical.. alang-alang tu, ibu amik jela musical terus... Not bad, xdela kecik and besar sangat... sesuai la untuk anak-anak yang baru belajar nak menulis,menconteng bagai tue kan...

Set Musical yang ini, besar sikit, and pen dia boleh keluarkan music.. Kita cucuk jer kat lambang kenderaan tu semua kan, dia akan bunyi sound untuk kenderaan tue...Nampak tak pen tu tengah berdiri, haaaa macam tue la caranyer.. Ibu yang over excited..hikhik.. Pen tu just masukkan air, then conteng la sepuas hati atas mat tue.. then dalam 1-3 second, akan hilang tulisan tue... Pen tu dia bekalkan 2 batang.. So kena sorokkan satu, kang hilang semuanyer... Then dalam set ni, ada jugak cop-cop bermacam bentuk... 



Mat nie ada dua tones colour atas dan bawah... so kalau tulis atas warna biru, keluar la warna biru... Padahal pen tu tak ada warna pape lansung pon... Aisehh zaman ibu tak ada pon cenggini...


Ni pulak Set Musical yang ke-2, kecik sikit dari yang 1st tue... Tapi bezanyer, kalau kita tekan ikon-ikon tepi tu akan keluar bunyi... ada jugak pen unutk set yang nie...

Total untuk harga set Musical just RM49.00.. tak ada charge untuk postage ok.. Berbaloi sangat2.. kalau set yang Basic tadi, just harga RM39.00

Haaaa, best pulak ibu rasa tengok mainan ni, selain dia boleh conteng-conteng, dia boleh belajar jugak sebut number, kenal and tahu bunyi-bunyi...

Kalau rasa nak tengok barang-barang lain, boleh search je GROUPON... mesti rambang mata :)

Ayah yang over main dari anak.. Ok Bai!



Thursday, July 10, 2014

Sumbangan Ikhlas Bagi Projek Ramadhan Palestin 1435H


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum 


Satu dunia digegarkan dengan berita bumi QAZA telah diserang lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Keluarga Islam kita disana sedang menderita, sedang melaung ALLAHU AKHBAR!! berulang kali, sedang bertarung nyawa bagi meneruskan kehidupan, kesemua mereka sedang BERJIHAD FISABILILAH ke jalan Allah, InsyaAllah.. 

Seluruh negara ISLAM sekarang meratapi segala yang berlaku disana sekarang.. Israel Laknatullah sedang brmaharaja lela melepakan segala kecanggihan yang mereka kecapi bagi  menghapuskan kesemua yang ada dibumi QAZA..

Kita yang disini yang sentiasa bergembira tak kira apa keadaan, hanya mampu berdoa, berdoa serta berdoa, dan teruskan berdoa, teruskan dengan QUNUT NAZILAH, itu yang mampu kita lakukan sekarang.. Buat selagi kita mampu yang terbaik untuk keluarga ISLAM kita di sana..

Sebuah Syarikat yang bernama AQSA SYARIF sedang giat mengutip dana mereka untuk diberikan kepada keluarga ISLAM kita disana.. Projek ni diberi nama Projek Ramadhan Palestin.


Sesiapa yang nak menderma bolehla terus menyumbangkan ke account bank yang tertera di atas nie.. 

Untuk yang kurang kemampuan, korang jugak boleh menyumbangkan dalam bentuk SMS:

AMAN PALESTIN
Taip PALESTIN 5/10 ke 39111
 


Semoga amal kebajikan kita bagi membantu keluarga ISLAM kita disana boleh dijadikan saham akhirat bagi kita sekeluarga.. Buat apa wang yang banyak kalau kita tidak memanfaatkan kepada orang lebih memerlukan.. 

Kita disini, sentiasa mengejar wang sebab kita bukan dikalangan orang yang senang-lenang, tapi mereka di sana tiada masa untuk mengejar semua itu, dalam pemikiran mereka hanya untuk menjaga keluarga mereka, menjaga peninggalan Nabi-Nabi  kita, menjaga negara mereka yang seperti tak nampak macam sebuah negara..

"Ya Allah, selamatkan keluarga kami di sana Ya Allah.. Berikan lah mereka kehidupan yang sebagaimana KAU berikan kepada kami disini Ya Allah"

IFTAR RAMADHAN



Assalamualaikum ;)

Majlis Iftar Kelab ICT
Banyak sungguh juadah , tak mampu rasa nak makan semuanye.. Last-last makan nasi dengan kuih ajer..

Lauk banyak sangat, sampai tak terdaya rasa nak stay lelama.. Lepas makan je, terus balik sebab nak kejar Maghrib... Muhammad apa lagi sakan sungguh la dia kan...


 Ibu suruh senyum, bukan main merenyih lagi dia...