بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tiap hujung minggu wajib la masak sesedap kan.. itu pon kalau tak keluar merayap memaner kan...hehe...
Nak sharing resepi Ikan Siakap Masak Stim dengan Kupang Berlado
Ikan Siakap Masak Stim
1. Ikan Siakap
2. Serai - dihiris halus
3. Halia - dihiris halus
4. Bawang Holand - dihiris nipis
5. Cili Padi - dipotong kecil
6. Cili Merah - dipotong kecil
7. Limau Nipis - dibelah dua
8.Kicap manis
9. Gula dan garam secukup rasa
Sayur-sayuran:
1. Lobak Merah- dipotong panjang
2. Tomato - dibelah empat
3. Cendawan butang - dihiris nipis
Campak jer semua bahan-bahan tadi kat atas ikan,masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong.. Taburkan garam serta gula secukup rasa.. Masukkan air sedikit untuk menambahkan kuah.
Stimkan ikan kedalam periuk pengukus selama 20-30 minit atau sehingga ikan masak.. Lastly baru masukkan kicap sikit untuk perasakan kuah ikan tadi..
Kupang Berlado
Bahan-Bahan:
(Ditumbuk)
1. Kulit kayu manis
2.Bunga lawang
3. Cengkih
4. Lada hitam (biji)
5.Kupang - rebus dulu then amik isi jer
(Bahan tumis)
1.Bawang besar
2. Bawang putih
3.Daun kari
4.CIli merah
Tumiskan dulu bahan tumis tadi sampai naik bau.. Kemudian masukkan pula bahan yang telah ditumbuk lumat.. nahhh tumbuk sampai lumat yer..baru uhmm... Masukkan air sikit bagi dia mereneh.. Then baru la masukkan kupang...Goreng sekejap je sudahlah sebab kupang pon sudah direbus terlebih dahulu.. Masukkan cili merah sikit bagi nampak meriah gitu...hehe... Perasakan dengan garam dan gula...
SELAMAT MENCUBA!!