بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum :)
Hujung minggu semalam lepas maghrib santai-santai depan tv tengok rancangan tv Al-Hijrah.. Terlayan pulak siaran yang rasa sangat-sangat best.. Sebuah ekspedisi pengembaraan oleh Zahariz dengan menggunakan sebuah
basikal. Rakaman ekspedisi solo ini dirakamkan sendiri oleh beliau tanpa
krew produksi..
Kagum tengok dia berani menjelajah ke sebahagian Scandinavia Peninsula (bahagian utara Eropah)
dengan menaiki basikal. Semenanjung Scandinavia meliputi 3 negara iaitu
Norway, Sweeden dan Finland. Setakat yang saya sempat tonton, adalah
penjelajahan beliau di Norway.
Dalam salah satu episod penjelajahan ini, ais yang meliputi permukaan
tasik atau sungai, tiba-tiba pecah menyebabkan
Zahariz terjerumus ke dalam air yang dilapisi ais yang tebal.. Dengan video yang dirakamkan sekali tengelam.. Cemas pulak dengar dia bernafas time tue untuk tarik badan dia keluar dari air yang sejuk tue.. Kalau saya la di situasi dia,panik and rsa macam nak mati dah gamaknye.. Memang kental la hati dia ni.. Bestla tengok dia mengembara melihat ciptaan yang Maha ESA..
Kalau korang nak mengikuti cerita jelajah dia,boleh la saksikan di TV Al-Hijrah setiap Ahad jam 8.30malam.. Saluran 106 Oasis :)
Selamat Menonton :)
Kalau korang nak mengikuti cerita jelajah dia,boleh la saksikan di TV Al-Hijrah setiap Ahad jam 8.30malam.. Saluran 106 Oasis :)
Selamat Menonton :)
No comments:
Post a Comment