Monday, September 23, 2013

Berbulan Madu ke Istanbul

Bila sebut aje Istanbul,terus rasa nk pergi sangat-sangat...Negara yang mempunyai 2 Benua ni antara negara yang romantik untuk pasangan yang nak berbulan madu...So,bolehla pilih nak pegi Benua Eropah dulu ke Benua Asia dulu...hahahaha....

Masa tahun 2007 rasanye,mama dan mak pergi tunaikan umrah sekali melawat negara Islam..Pakej yang mama ambil tue,diorang pergi melawat Istanbul..Dari pengalaman mama cerita,Istanbul memamg negara yang sangat cantik..Kita boleh tengok selat Bosphorus dari Masjid Sultanahmet ataupun lebih dikenali dengan Masjid Biru.. Masjid Biru nie sangat famous kt sana dan antara salah satu tarikan pelancong jugak..


 Pandangan dalam Masjid Biru...Masjid Biru ni hasil kreativiti arkitek terkenal zaman Uthmaniyah yg bernama Sinai. Cantiknye bila tengok Masjid ni kan...


Suasana dalam Masjid Biru...Design Dalaman Masjid Biru nie nampak macam zaman dahulu kan...dengan lampu bulat-bulat terjurai...kalau orang tinggi mau asyik kena kepala jer...Kita boleh solat jugak dalam Masjid Biru nie...Tapi untuk wanita,disarankan ambil wuduk siap-siap before datang Masjid Biru..sebabnya tempat wuduk wanita jauh dari Masjid,kalau nak masuk toilet pon berbayar..


Bersebelahan Masjid Biru pula terdapat satu dataran dan terdapat tiang-tiang tinggi macam monumen gitu.. Namanye Hippodrom.. Kat sini ada 3 mercu tanda. Dua biji obelisk mengapit satu tower yg ular melilit sesama depa, tapi kepala dah ilang.

Hippodrome

Tempat yang paling famous dan highly recomended untuk ziarah is Haqia Sophia. Hagia Sophia atau dikenali dengan nama Aya Sofya oleh penganut Kristian pada zaman Constantinople adalah asalnya sebuah gereja. Sultan Muhammad II (a.k.a. Sultanahmet II a.k.a Fatih) telah berjaya menawan Kota Constantinople ini dah menukarkan namanye kpd Islambol (bermaksud 'Islam Sepenuhnya'). Baginda telah mengadakan solat Jumaat pertama sebaik saja berjaya menawan kota ini di bangunan ini yang telah ditukar menjadi masjid yang mana baginda sendiri mengimamkan solat tersebut. Namun (malangnye!) Kamal Atarturk telah menjadikan masjid ini sebuah muzium apabila beliau mengisytiharkan Istanbul sebagai negara sekular.

Kat dalam ni boleh tengok kesan tinggalan semasa ianya sebuah gereja dan semasa ianya sudah menjadi masjid. Sultan Muhammad II dah cover dinding2 yang ada pics tuhan Kristian dengan marmar dan cat. Jadi,sedih bila tengok banyak marmar/cat yang dah dikorek/ditanggalkan oleh kerajaan Istanbul sekarang untuk menonjolkan design2 gereja tu semula.

Setiap hari bangunan yang kaya dengan sejarah ni sentiasa ada ramai pelawat. Kaunter beli tiket dia punyelah panjang melingkau macam ular kena palu. Setiap hari camni, kosong xde orang beratur hanya pada hari dia tutup jer.

 Suasana Haqia Sophia waktu malam

 Haqia Sophia

 
Tengok dinding atas dalam Haqia Sophia nie,dah dikorek sebab nak tonjolkan lambang-lambang penganut Kristian... Sedangkan ada lambang Allah SWT dan Muhammad SAWdi tiang-tiang bawah..


Antara tempat lain yang menarik jugak ialah Basilica Cistern yang terletak seberang jalan dari Hagia Sophia.Basilica Cistern ni adalah tempat simpanan air bawah tanah dibiina oleh emperor Justinian pada zaman Byzantine. Tempat ni amatlah recommended sebab ianya memang an engineering wonder and mystique combined into one.
Nape engineering wonder? Sebab tempat ni besor boleh simpan air sebanyak 80,000 m3 untuk kegunaan penduduk di zaman Byzantine tu. Nape mystique? Sebab tempat ni gelap jer disinari cahaya yang samar2 mcm dalam filem hantu, dan ade 2 biji kepala Medusa kat salah satu tiang2 tu. Ada gak satu tiang tu yang dipanggil 'Tears Pillar' sebab tiang tu sentiasa ade air mengalir kat dia..padahal tiang2 lain xde pon.. Tapi kalau nk berjalan dekat sini,susah nak bawak anak yang duduk dalam stroller sebabnye xboleh nak tolak masuk kot...Jom tengok gambar macam mana rupa Basilica Cistern nie..


 Aku tengok pon dah seram,rasa macam masuk Mumia dekat USS Singapore..tapi ni lagi scary...hahah..bawah tu penuh dengan air..




Ini la Tears Piller tu..Masukkan ibu jari dalam lubang tiang tue then hajat apa yang nk dihajatkan...syirik la bnda ni buat orang Islam...


Untuk sampai ke tiang berkepala Medusa ni kena jalan sampai ke hujung. Ada dua kepala; satu terbalik dan satu lagi mengiring. Zaman Byzantine ni dolu dorang percaya yang sesape yg tengok mata Medusa leh bertukar jadi batu. So bila letakkan camni, haa... tak jadi batu.



Menarik jugakla kan tempat-tempat di Istanbul nie...kalau rasa nak tahu sejarah Islam dan tengok peninggalan kesan-kesan Islam bolehla datang sini..Bukan saja untuk berbulan madu,tapi dapat tahu serba sedikit cerita tentang Istanbul nie...





2 comments: