Monday, March 24, 2014

AL-FATIHAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Dunia digemparkan dengan tragedi yang menyayat hati.. Penantian 17 hari telah terungkai dengan seribusatu persoalan dan tanda tanya.. 

Walau tiada seorang pon penumpang mahupun kru pesawat yang ada talian darah dengan aku,kesan diahti tetap terasa besar impaknya... sedih dan sayu mengenangkan apa yang berlaku sekarang.. 

Allah SWT lagi tahu segala yang berlaku,pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.. DIA berikan kita ujian serta kedukaan sebabnya dia nak mengantikan kita dengan sesuatu yang pasti bahagia pada akhirnya nanti...

Moga Bertemu kita dia Syurga nanti wahai saudara ISLAM ku...



1 year 5 month :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Lama rasa tak update belog kan..hehee..kemalasan nak menulis akhir-akhir nie... Anak ibu dah besar panjang dah...macam-macam peel...


rehat dihujung minggu...nak relax atas sofa atenye...hahaha

  ibu suruh posing depan camera,mula la nak buatt aksi terlampau kan...hahahha


"Ibu rasa, Muhammad ensem tak??" hahah kalau lah nanti sok besaq pandai cakap dah,jenuh aku nak jawap apa kat budak kenit nie...



Mula dah bosan layan ibu yang nak maca-macam style nie,mula la tak dapat dibedung dah...hahaha..nak tunjuk taik hidung dia kat ibu..hahahha

 Baru ibu perasan taik hidung tengah banyak membiak dalam hidung Muhammad...hahahha



  Ibu suruh buat mata,p buat mulut pakej dengan tutup mata sekali...kahkahkah


 Ok,enough ye Muhammad...

Sunday, March 23, 2014

Dhuha- Sahrul Gunawan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)





Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Tuhan

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Airmata menetes, mohon dikabulkan
Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Tuhan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan

Tuhan

Bila masih haram, Engkau sucikan
Bila masih kotor, Engkau bersihkan
 
Tuhan
 
 

Thursday, March 13, 2014

Allahuakbar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Malam Jumaat semalam lepas baca yassin,Muhammad sibuk nak jugak pegang buku Yassin..Saja la ibu bagi kat dia nak tengok dia nak buat apa...mulut dok terkumat kamit baca..lastly baru perasan yang dia sebut Allahuakbar... alahai Muhammad,sejuk hati ibu...pandai pulak sebut...




Moga jadi anak yang soleh tau sayang ;)

Monday, March 10, 2014

ARJUNA BETA, "MIQ"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sunday, March 9, 2014

MH370

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum, Selamat Pagi Isnin ;)

Satu Dunia sudah rasa resah dicampur rasa sedih dan bimbang apatahlah lagi keluarga penumpang yang terlibat.. Kalau kita boleh tidur malam lena walaupun ada resah dihati, tetapi mereka belum tentu dapat tido malam sejak dari Sabtu lepas. Mungkin perut juga tidak dijamah lansung dengan makanan serta seteguk minuman.. 

Ya Allah berat mata melihat,berat lagi bahu keluarga yang memikul semua ini.. tak kena pada keluarga sendiri memang kita tak akan dapat merasa apa yang dibedung dilubuk hati ibu,ayah,anak, suami mahupun isteri yang mungkin merupakan penumpang dalam pesawat MH370..

Perasaan resah saya kembali terasa tatkala ingat saat-saat Muhammad kritikal di ICU dahulu.. Mungkin ini jugak perasaan yang dirasakan oleh mereka jugak.. Bibir tidak henti berdoa kepada yang Maha Esa.

Sedih ketika membaca puitis yang dicipta untuk Kapten Zaharie,

MH370...

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia



Moga mereka dipertemui dalam keadaan yang selamat. Moga para penyelamat yang terlibat dapat menemui mereka.. Ya ALLAH Ya RAHIM. Engkau la MAHA Mengetahui segalanya, Kau Permudahkan lah segala-gala yang sedang berlaku ini..

Sunday, March 2, 2014

Family Potrait

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum :)

Hujung minggu yang indah sebab dapat snap family potrait dengan budak kenit sorang nie.. Dalam tengah-tengahjalan menghadap jem,kita selfie dulu ye :)